SAHABAT BLOG

31 December 2011

Catatan Akhir Tahun 2011

Tinggal beberapa jam je lagi tahun akan bertukar dari 2011 kepada 2012. Maknanya telah 2012 tahun berlalu semenjak kalendar kalendar masihi mula-mula diperkenalkan. Tahun 2012 juga menandakan telah 5 tahun aku menjadi seorang bloger walaupun aku tidak pernah mengiktiraf diri ku seorang bloger. Aku menulis sekadar mencatat apa yang aku ingin catatkan kerana sayang jika tidak dicatat dimana-mana, maka tidak adalah catatan kepada buah fikiran dan juga idea-idea aku. Kalau dahulu rajin juga mencatatkan idea-idea di dalam diari tetapi semenjak ada blog ni diari entah kemana hilang. Setiap tahun baru, pasti ada je diari orang bagi, tetapi apabila habis tahun diari tersebut kosong je tak ada tulisan. Rugi tau kalau tak ada dicatat dimana-mana apa yang ingin dicatatkan. Mencatat peristiwa dan idea adalah kelemahan terbesar orang melayu. Kalau orang melayu rajin mencatat, buku Tan Sri Lanang atau Munshi Abdullah sahaja yang boleh menghasilkan buku, tetapi mamat, Kassim, Osman, Karim, Salleh mungkin ada buku masing-masing.

Bayangkan kalau aku mula mencatat sesuatu semenjak aku pandai menulis, aku rasa kalau dibukukan, dah berjilid-jilid buku yang aku boleh hasilkan. walaupun bukan untuk dijual atau dibaca oleh orang ramai, sekurang-kurangnya generasi aku yang akan datang boleh juga membaca catatan leluhur mereka. Sekurang-kurangnya mereka boleh membaca idea dan juga buah fikiran serta pandangan aku terhadap peristiwa-peristiwa semasa. Mana tahu kot ada dikalangan anak cucu aku yang menjadi orang penting dan bijaksana di kemudian hari yang rajin hendak mengumpul segala tulisan-tulisan aku nanti. 

Tahun baru tak boleh dipisahkan dengan azam baru. Taip tahun bila masuk tahun baru, orang akan bertanyakan apa azam tahun baru. Sebenarnya untuk me buat azam baru ni tak payah tunggu masuk tahun baru. Setiap masa boleh ada azam baru. Tahun baru hanya bertukar angka sahaja dan bukannya bertukar apa-apa pun selain angka. Dari angka 2011 kepada angka 2012. Tak ada yang berubah. Angka ni setiap hari berubah. Kelmarin 30122011, hari ni dah berubah kepada 31122011 dan esok bertukar lagi kepada 01012012. 30122011 tidak akan datang lagi sehingga kiamat. Mana boleh dipusingkan lagi kalendar supaya menjadi 30122011 kembali. Umur pun turut berubah dari saat ke saat. Kalau semalam umur aku 42 tahun, tahun depan dah jadi 43 tahun. Umur aku tak boleh lagi menjadi 42 tahun sehingga kiamat kecuali seluruh dunia sepakat hendak pusing kembali kalendar masihi ni supaya ianya bermula dari tahun 2000 atau 1900. 

Hari ni tak ada cerita lain yang aku nak tulis tetapi cerita-cerita merapu pasal tahun dan perubahan masa ni. Kalau hari-hari cerita pasal hal ehwal semasa je atau hal politik je, boring juga jadinya. Aku yang boring, tetapi bagi sesetengan orang, mungkin tak boring. Macam kita makan nasi lemak setiap hari. Kelmarin makan nasi lemak Kak Yah, esok makan nasi lemak kak yah lagi, lusa makan nasi lemak kak yah lagi. Hari-hari makan nasi lemak kak yah, boring juga asyik-asyik makan nasi lemak kak yah. Tangan pun berbau sambal tumis nasi lemak kak yah. Kak yah mana pulak ni? Macam kawan aku semasa di tawau dulu, setiap hari dia sarapan mee goreng dengan telur. Setiap hari mee goreng dengan telur. Aku hairan juga, boleh juga dia ni setiap hari makan mee goreng dengan telur. Mungkin perut dia pening jika tiba-tiba suatu hari tu kawan aku ni telan nasi goreng. 

Malam ni aku nak tulis je apa-apa yang aku rasa nak tulis. Ikut suka aku nak tulis apa pun kerana ini blog aku. Orang nak baca atau tidak, aku tak kisah mana pun kerana aku tak rugi dan tidak untuk apa-apa pun. 
Pagi tadi aku pegi keja. Cuti-cuti pun aku kena pegi keja. Maklumlah hanya aku sorang je yang tahu buat keja aku kerana majikan aku bayar gaji supaya aku buat keja aku. Dia tak bayar gaji kepada kawan aku untuk buat keja aku. Oleh itu, bila pagi tadi keja aku kena disiapkan, maka akulah yang kena pegi keja. Takkan aku nak suruh kak yah penjual nasi lemak atau kawa aku yang makan mee goreng telur tu pegi manakala aku sedap-sedap tidur di rumah. Zalimlah aku kalau macam tu dan haram juga aku makan duit gaji aku. 

Ingatkan sekejap je keja aku hari ni, tetapi rupa-rupanya ada masalah pulak kat pejabat. Terpaksalah masalah di selesaikan dahulu, barulah keja aku boleh dimulakan. Ingatkan boss besar tak tahulah masalah yang berlaku, tetapi rupa-rupanya beliau tahu. Apa lagi kelam kabutlah aku dan kawan-kawan yang lain nak menyiapkan keja masing-masing. Kalau setakat siapkan keja tak jadi hal, tetapi kena menjawab tu yang tak sedapnya. Walaupun masalah tu bukan berpunca dari aku, tetapi oleh kerana aku juga ada dalam kumpulan yang sama, maka akupun kena tempiasnya juga. Harap-harap taklah menjejaskan prestasi C yang aku selalu dapat. Keja rajin pun hanya hendak mempertahankan C bukan nak harapkan B atau A. Semua tu dah di booking oleh orang lain. Kawan-kawan aku selalu perli aku nak kejar prestasi A bila tengok aku rajin bekerja terutama pada akhir bulan dan awal bulan, namun mereka gelak besar bila aku jawab aku cuma hendak mempertahankan C. Sama lah kita.

Lambat lagi detik 12 malam ni. Dah  hampir 5 tahun aku duk KL ni. Tak pernah sekali aku pergi ke dataran merdeka untuk sambut tahun baru. Niat di hati nak juga pergi 'bergelewat' dengan orang ramai. Namun bila difikirkan membuang masa dan bodoh pulak rasanya hendak melihat angka tahun berubah sedangkan duit dalam poket bukan makin bertambah tetapi berkurang ada le. Bodoh jugak kita sibuk-sibuk sambut perubahan angka tahun ni. Kalau nak membazir tu sebenarnya banyak lagi jalan yang lebih baik kalau nak membazir. Elok juga membazirkan duit untuk sambutan tahun baru tu untuk diberikan kepada orang-orang miskin yang ramai  kat negara kita ni. Kalau tak boleh dikasi semua pun, pilihlah beberapa orang yang boleh dibantu. Membazirkan duit untuk menderma kepada orang lain itu lebih bermanafaat berbanding membazirkan duit untuk sambut angka tahun berubah sedangkan perkara lain tak berubah apa-apa pun. kalau gaji hari ni RM5000, esok pun masih RM5000 juga. Kalau hari ini ayam harga RM6.00 sekilo, esok pun masih kekal RM6.00 sekilo. Lainlah kalau hari ni gaji RM5,000, tetapi bila masuk saja tahun baru gaji berubah secara automatik kepada RM5,500.00 nak juga aku sambut tahun baru ni dengan riang gembira dan besar-besaran. Maklumlah, masuk sahaja tahun baru gaji pun berubah. Sape tak suka. Aku pun hairan, pasal apa orang suka sangat nak sambut tahun baru ni sehingga sanggup membazirkan duit. 

Aku tak puas hati betul dengan kementerian pelajaran ni. Sekolah anak aku, dalam kelas dia sampai 40 orang pelajar semuanya. 40 orang pelajar ni ramai. Macamana murid nak berikan tumpuan. Cikgu mengajar di depan, murid mengajar di belakang. Cikgu kata musa hitam, murid dengar musang hitam. Itu pasal beratus ribu pelajar yang ambil peperiksaan PMR, hanya 34 ribu sahaja yang berjaya mendapat straight A. Ibu bapa pun dah boleh buat perkiraan untung nasib anak mereka.  masing-masing. Kalau sekolah tu ada 4 kelas untuk tahun 5 dan semua pelajar yang mendapat 5A UPSR datangnya dari kelas terbaik, maka dah boleh agak dah apa nasib pelajar yang duduk kelas ke dua terbaik. Jangan haraplah nak dapat 5A. Tak ada harapan langsung. Ni masalah sekolah yang mengasingkan kelas ikut kepandaian dan kecerdikan murid-murid. Aku langsung tidak bersetuju nak asingkan para pelajar ni. Murid cerdik berkawan dengan murid cerdik sahaja dan cikgu pun beri tumpuan penuh kepada murid dari kelas cerdik. Murid kurang cerdik pula berkawan sesama murid kurang cerdik. Macamana murid-murid kurang cerdik nak bertukar-tukar idea dan saling tunjuk ajar antara satu sama lain kerana semuanya kurang cerdik. Kalau murid cerdik dicampurkan dengan murid kurang cerdik, boleh juga murid cerdik tu tolong ajarkan atau boleh mereka belajar bersama-sama semasa cikgu tak ada dalam kelas. 

Malas bah nak menulis ni. Isteri dan anak-anak aku asyik layan cerita hindustan B4U. Orang lain tengok cerita melayu kot-kot ada cerita pasal sambutan tahun baru. Mereka pula layan Hidustan. Ada ke cerita tahun baru? Tak pernah aku tonton pun cerita yang ada kaitan dengan tahun baru. Bagus juga orang buat drama ni. Mereka tahu bahawa, sambutan tahun baru ni taklah meriah mana pun. Hanya segelintir orang sahaja yang teruja hendak sambut tahun baru ni. Pasangan kekasihlah paling meriah. Orang lain sibuk hitung detik 12 malam, mereka sibuk juga membilang, tetapi membilang berapa helai misai dan jangut yang tak kelihatan. Tunggulah bulan September 2012 nanti, ramailah anak luar nikah yang bakal dilahirkan hasil daripada kerja-kerja membilang jmisai dan jangut tu.

Dah, isteri aku dah mula bising dah. Aku kena berhenti setakat ni sahaja. Tunggu tahun baru 2012 nanti baru aku tulis lagi. Selamat Menyambut Tahun Baru 2012, he he he ucap juga. Dah terbiasa sebut begitu. Tulisan ni taklah aku edit-edit lagi. Biarlah tunggang terbalik kerana ni hanya tulisan belum ada nilai apa-apa lagi. 



No comments: