SAHABAT BLOG

23 December 2011

PAS ROBOH MADRASAH, ZALIM TAK?

Kerajaan PAS Kedah roboh madrasah? Madrasah tu suraulah kan? Macam pelik bunyinya. Kalau Kerajaan UMNO yang roboh surau , para penyokong PAS akan bising, siang malam, pagi petang, dimana jua pada bila-bila masa, mereka akan kata UMNO zalim meroboh surau. UMNO zalim meroboh rumah Allah. Kenapa tak bisingnye kerana surau yang UMNO roboh tu kebetulan ramai penyokong PAS menjadi jemaahnya dan ceramah agama pun mereka adakah disitu. UMNO roboh bukan pasal tu, pasal pembangunan juga.

Macam dekat rumah aku di kampung, ada sebuah surau tu, tidak digunakan. Kadang-kadang budak-budak je yang dok pi sembahyang. Namun tak roboh pun. Masih elok lagi.  

Para penyokong PAS ni memang spesies pelik. Payah nak faham dan tak mungkin akan ada yang faham pun. Menjadi penyokong PAS ni macam faraid. Kalau Mak bapak penyokong PAS, anak cucu akan turut menjadi penyokong PAS. Kalau kahwin pun kena cari yang sama parti. Kalau kahwin berlainan parti, alamatnya ada ketikanya 'berperang dinginlah' jawabnya. He he he macam kawan aku sorang tu.....bersabor jelah.


Sedikit fakta berkenaan Madrasah Salihiah.

DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun. Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.

Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.

Untuk cerita lebih menarik sila klik di SINI.




Tindakan roboh madrasah: AJK rayu bantuan istana

23/12/2011 2:52pm

ALOR SETAR 23 Dis. - Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak di sini akan menghantar memorandum kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak lama lagi bagi membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan madrasah itu.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Mansor Ahmad berkata, memorandum itu akan dihantar bagi menghalang pihak pemaju dan kerajaan negeri merobohkan madrasah berkenaan untuk dibangunkan sebagai pusat membeli belah.

"Kita akan menghantar memorandum tersebut selepas kita selesai mesyuarat bersama jawatankuasa madrasah dan kemungkinan besar kita turut akan menghantar memorandum tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penubuhan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di sini hari ini. - BERNAMA



1 comment:

Anonymous said...

bodoh mamat ni....tak baca penuh kenyataan mb kedah.... memang lah roboh...tapi bina semula utk keselesaan...bukan roboh terus tak ganti.....mengonggg...laaa