Sekolah tak dibenar pilih BI ajar matematik/sains
Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata pihak kementerian itu tidak akan membenarkan sekolah memilih bahasa untuk pengajaran matematik dan sains kerana ini akan menyukarkan keadaan.
Menurut Muhyiddin, menyediakan pilihan akan menimbulkan masalah dalam perancangan.
Katanya, jika sekolah dibenarkan membuat pilihan, keadaan akan menjadi kucar-kacir dalam sistem pendidikan.
Beliau yang juga timbalan perdana menteri berkata, adalah sukar bagi kementerian untuk menyediakan guru jika sekolah memilih untuk mengajar dalam bahasa Inggeris, atau dalam Bahasa Melayu.
Kumpulan pendesak yang terdiri daripada ibu bapa meminta kerajaan membenarkan sekolah memilih bahasa pengantar bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut berikut perubahan dasar untuk kembali mengajar dalam Bahasa Malaysia.
Sementara itu, Bernama melaporkan Muhyiddin berkata, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) harus dihormati dan diterima baik semua pihak.
Katanya, ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.
"Sukar bagi Kementerian Pelajaran untuk merancang cara bagaimana sebuah sekolah mahukan bahasa Inggeris, manakala yang sebuah lagi mahukan bahasa Melayu dan bagaimana pula untuk menyediakan guru-gurunya. Berita lanjut baca di SINI.
Catatan Orang Kampung: Aku dah cakap dah, mereka yang masih berdegil untuk mendesak kerajaan untuk meneruskan penggunaan Bahasa Orang Putih sebagai bahasa pengatar bagi matapelajaran Matematik dan Sains adalah kumpulan yang tidak menghormati kerajaan. Kumpulan yang mementingkan diri sendiri. Kumpulan yang tidak layak untuk dipanggil sebagai pewaris Bahasa Melayu.
Selama ini dah berpuluh tahun negara kita diterajui oleh mereka yang belajar matematik dan sains di dalam Bahasa Melayu termasuk bijak pandai kumpulan pendesak ini. Apa yang mereka hendak ragui lagi akan perkara ini. Tidakkah mereka sedar bahawa Bahasa orang putih semakin mendapat tempat dalam kehidupan masyarakat moden kita sekarang ini.
Pewaris bangsa Melayu sedang diperalatkan secara halus oleh pihak-pihak yang ingin menghilangkan bangsa melayu. Hilang bahasa, maka hilanglah bangsanya. Menghilangkan penggunaan bahasa melayu daripada bangsanya sendiri bermakna menghilangkan bangsa itu sendiri. Jika tidak ada sesuatu tindakan yang drastik untuk memperkukuh dan memperkasakan penggunaan bahasa melayu dikalangan generasi tekemudian ini, tidak msutahil dalam masa 10 hingga 20 tahun yang akan datang, bahasa melayu hanya akan menjadi bahasa sejarah. Tidak ada penuturnya lagi.
Siapa yang bersalah dalam hal ini. Aku tidak hanya menyalahkan UMNO, atau kumpulan pendesak ini, tetapai pada aku mereka yang bersalah adalah mereka yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan mereka adalah pesalah sebenar yang patut dihukum. Tidak ada undang-undang yang boleh menghukummereka, biarlah mereka dihukum oleh pewaris dan sejarah. Tidak salah untuk menguasai bahasa Inggeris dan amat digalakkan, tetap bukan untuk menjadikan ianya sebagai bahasa pertuturan. Cukuplah penggunaannya setakat bahasa perantaraan di antara warga antarabangsa sahaja.
No comments:
Post a Comment