Catatan Orang Kampung: Kalau nak sangat belajar orang putih sehingga berani mengugut kerajaan, akun ingat lebih baik Pengerusi page ni hantar anak beliau belajar di Amerika Syarikat atau yang paling hampir di Singapura. Kenyataan berupa ugutan beliau itu adalah paling biadap yang pernah aku dengar dari seorang orang melayu terhadap pemimpin melayu yang ingin memertabatkan bahasa kebangaan orang melayu.
Pengerusi Page yang beria-ria sangat hendak mengekalkan PPSMI tentu mempunyai niat dan agenda untuk mensabotaj kepimpinan melayu dan mensabotaj bahasa melayu. Dalam hal ini aku fikir, beliau patut dikenakan tindakan di bawah apa-apa peruntukkan undang-undang tidak ada kerana telah mengeluarkan kenyataan berbau ugutan kepada kerajaan. Sola dia nak beri undi kepada sesiapa sahaja itu hak dia dan tidak ada sesiapa yang menghalang tetapi apabila beliau menggunakan hak beliau itu untuk membuat ugutan bagi mencapai hasrat dan tujuan beliau, ini sudah melampau dan aku fikir ada sesuatu menanti beliau.
Belum lagi aku reda dengan kesedihan kekalahan tranung, ditambah pula dengan berita ini, bertambahlah kesedihan aku.
PPSMI: Beri pilihan, kami ganti majoriti dua pertiga
Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) mendakwa, kedua-dua pihak ibu bapa dan kanak-kanak telah "musnah" ekoran tindakan kerajaan menafikan pilihan terhadap dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
"Selepas melaksanakan dasar ini selama sembilan tahun, semua guru Sains dan Matematik, patut mampu mengajarnya dalam kedua-dua bahasa dan dalam masa yang sama tiada kekurangan," kata Pengerusi Page Noor Azimah Abdul Rahim.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dilaporkan berkata, keputusan kerajaan memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak.
Katanya, sistem pendidikan negara akan kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak mereka dalam dua mata pelajaran itu.
Dalam kenyataannya hari ini, Noor Azimah bagaimanapun berkata, jumlah sekolah yang memilih bahasa Inggeris sedikit dan akan lebih memudahkan menugaskan guru-guru berkaitan.
"Ia perlu ditangani dan tidak harus disapu ke bawah permaidani selepas membelanjakan RM3 bilion hasil titik peluh rakyat. Kami mahu penjelasan," kata Noor Azimah.
Katanya, selari dengan gagasan 1Malaysia yang dicanangkan, kerajaan perlu menunjukkan sekolah jenis itu dan memastikan "rakyat didahulukan", bukan "ibu bapa dan anak menjadi yang terakhir".
Sambil menegaskan bilangan kanak-kanak di sekolah seramai 5.4 juta, seperti bilangan ibu bapa mereka yang juga pengundi, Noor Azimah berkata, kerajaan terus memaksa dasar yang lebih rendah kepada kanak-kanak.
Katnaya, jika keputusan memansuhkan PPSMI sebelum ini tidak bersifat politikal, ibu bapa patut diberikan hak membuat pilihan.
"Jika ia berunsur politik, beri kami pilihan PPSMI di sekolah rendah dan menengah, dan kami akan beri kamu majoriti dua pertiga, yang sukar untuk kami.
"Jangan sampai undi ini kami beri pada pembangkang," katanya dengan nada amaran.

No comments:
Post a Comment