Kalau tak dapat tu, maknanya tak ada rezeki. Jangan pulak disebabkan kamu tak dapat, maka kamu nakkan supaya orang lain pun turut sama tak dapat. Ada le sebab kenapa kamu tak dapat biasiswa tu. Aku tak faham betullah budak yang nak belajar di cambridge ni. Dia tak dapat biasiswa, lepas tu nak sama Khazanah pulak dan minta supaya 3 orang penerima yang dapat biasiswa itu dikategori sebagai tidak sah atauun ditarik balik pemberian biasiswa mereka. Tak patut macam ni. Mana yang dah dapat tu, biarlah mereka dapat. Kamu usahakanlah supaya kamu turut sama dapat, bukannya menganaiya orang lain yang dah dapat.
Tak dapat biasiswa pun nak tuntut ganti rugi ke? Biar betul. Macam-macam hal yang berlaku sekarang ni. Aku percaya selepas ni akan ada orang politik samada MCA atau DAP akan campur tangan. PM pun bula dah MCA atau DAP campur tangan, lemah longlai lutut dia.
Pelajar gagal dapat biasiswa ke Cambridge saman Khazanah
18/08/2011 2:39pm
KUALA LUMPUR 18 Ogos — Seorang pelajar yang gagal mendapat Biasiswa Khazanah-Cambridge menfailkan saman terhadap Khazanah Nasional Berhad dan tiga lagi.
Chan Xian Yao, 19, memfailkan saman itu melalui firma guaman bapanya Chan Chow Wang di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini hari ini.
Beliau menamakan Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar; pengarahnya, Azman Mohd Hussein; Khazanah; dan Yayasan Khazanah sebagai defendan.
Dalam saman itu Xian Yao memohon perisytiharan bahawa pemberian Biasiswa Khazanah-Cambridge kepada tiga penerima adalah tidak sah.
Dia juga memohon pampasan dan ganti rugi kerana mengalami perasaan malu dan tekanan akibat gagal mendapat biasiswa itu.
Xian Yao, yang ditawarkan tempat di Universiti Cambridge selama empat tahun bagi mengikuti kursus kejuruteraan kimia bermula Oktober tahun ini, mendakwa defendan tidak menjalankan proses pemilihan yang baik atau adil semasa peringkat pemilihan.
Pelajar itu berkata, Yayasan Khazanah telah menghantar satu emel kepadanya menyatakan dia tidak berjaya dalam permohonannya tanpa sebarang alasan.
3 comments:
hahahaha... najib akan membuktikan kebodohannya lagi
mcm ni la najib, aku bg peluang terakhir pada kamu. kamu layan nafsu cina ni, kompem aku tak undi mana-mana wakil kamu atau tak pergi mengundi. Aku seret sekali anak beranak, saudara mara, jiran tetangga dan kawan-kawan semua sekali... ini janji aku.
pehh..siap saman guna firma bapak plak..x kan x ada duit lagi kot dah nama pun anak peguam.
Post a Comment