Biarlah dia orang nak guna speaker pun, lagipun menghiasi langit subuh dengan bacaan Ayat-ayat suci Al Quran itu adalah lebih baik berbanding menghiasi langit dengan bunyi bising kenderaan atau bunyi mercun. Lebih menusuk kalbu dan boleh mendatangkan keinsafan. Sekeras-keras hati Umar, boleh dilembutkan oleh Al quran. Apatah lagi hati orang yang berjinak-jinak dengan Islam ataupun yang ikuti jejak langkah Khalifah Umar Abd Aziz. Lagilah mereka tertarik untuk memeluk Islam. Ataupun mungkin juga mereka sengaja tidak mahu mendengar ayat-ayat Al Quran kot, bimbang kot-kot hati mereka menjadi lembut seperti Umar dan terpaut dengan Islam. Konon-kononnya menganggu, tetapi hakikatnya tak boleh nak terima kebenaran ayat-ayat Allah tersebut.
Sepatutnya larangan itu hanya di kawasan penduduk yang berbilang kaum yang mana tiada suatu kaum pun yang menjadi majority. Namun demikian,kalau dalam kawasan majority Islam contohnya di Kampung-kampung tradisional Melayu, macam kampung aku, takkan tak boleh pasang kot? Ada ke orang Islam yang merasa terganggu dengan bacaan Al Quran?. Kalau ada yang terganggu, memang mereka ni jenis yang tidak suka kepada ayat-ayat suci Al Quran. Yang di kumandang Itu perkataan Allah, bukan perkataan manusia. Kalau perkataan manusia, ramai yang seronok dengar. Tak kisah pukul berapa sekali pun, mereka sanggup dengar. Tak terasa terganggu walaupun perkataan manusia itu mengutuk, mengeji, dan menghina orang lain. Dunia makin pelik, perkataan Allah tak mahu dengar, tetapi perkataan low class manusia seronok pula hendak didengar.
Kalau dikatakan menganggu anak kecil, itu salah sama sekali, kerana anak kecil menangis tanda mereka lapar, Lagipun anak-anak kecil ni penjaganya adalah malaikat. Takkan malaikat sengaja membangunkan anak kecil kerana terganggu dengan bunyi bacaan Al Quran? Lagipun kalau anak ekcil terbangun, emak dan bapak pun biasanya terjaga serentak. Hah!.. apa lagi buat ‘projek’lah. Kalau yang dalam patang tu, pandai-pandailah apa yang korang nak buat.
Orang sakit bila dengar Bacaan Al Quran, mereka ingat mati dan timbul penyesalan dalam diri. Ada ke orang sakit yang tak suka bila di baca Al Quran ke telinga mereka. Kalau ada yang jenis yang macam ni, maknanya semasa sihat dia , dia tak amalkan baca AL Quran. Tak biasa dengar bacaan Al Quran. Itu pasal dia terganggu. Namun kalau didengarkan lagu pop, atau lagu rock, tak terganggu pulak. Ataupun dengarkan sahaja ke telinga mereka kaset-kaset ceramah Ustaz pilihan mereka atau dengarkan ketelinga mereka ceramah politik pemimpin pujaan mereka, nescaya sembuhlah mereka yang sakit tu. Lagipun ketika sakit, bila dengar bacaan Al Quran akan menimbulkan keinsafan dan taubat pun boleh datang dalam hati.
Dalam masjid memanglah dilarang baca Al quran kuat-kuat kerana di Masjid tempat orang bersembahyang dan menyembah kepada Allah. Kiranya Masjdi itu umpama balairongsri tempat rakyat menghadap Sultan, mana boleh buat bising. Bukan sahaja baca Al Quran tak boleh, tetapi takzirah dan wirid kuat-kuat pun tak boleh kerana ianya juga boleh menganggu. Ni tidak, ketika si ‘masbuk’ masih sembahyang, iman wirid dengan kuat ataupun takzirah kuat-kuat sehingga terganggu. Itu pun tak boleh dan dilarang oleh syarak, tetapi kenapa ianya tidak dicegah?
Aku harap Yang Dipertuan Agong cepat-cepat campur tangan dalam hal ini. Sekurang-kurangnya di kawasan yang majority umat Islam, masih dibenarkan untuk bacaan Al Quran menggunakan speaker tetapi dengan suara yang lebih perlahan. Kita sebagai masyarakat majmuk kena ambil tolak ansur. Jika Islam boleh bertolak ansur kerana mematuhi ajaran Islam, kenapa penganut agama lain tidak boleh bertolak ansur sebagai mematuhi ajaran agama masing-masing. Berjudi, minum arak, melacur dan sebagainya, mana ada agama yang membenarkannya. Kenapa penganut agama lain itu tidak boleh mematuhi ajaran agama mereka. Minum arak, berjudi, melacur itupun menggangu orang Islam.
Kalau semua dah patuhi ajaran agama masing-masing, barulah Negara kita akan aman sentosa.
No comments:
Post a Comment