SAHABAT BLOG

01 June 2011

Liwat II: Anwar mohon lucutkan hakim lagi


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diarahkan membela diri bagi kes liwatnya memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dilucutkan kelayakan beliau bagi mendengar perbicaraan itu, buat kali ketiga.

“(Kami memohon untuk melucutkannya) daripada membicarakan kes itu pada peringkat pendakwaan lagi,” kata peguam Anwar, Sankara Nair dalam kenyataan ringkas kepada media hari ini.

Baca di sini untuk ketahui lanjut.


Aiiiiiii.....mengarut betullah dia orang ni. Aku tak tahu dorang ni dari spesis atau dari planet mana datangnya. Kalau hakim ditukarrrrrrrrrr, yang akan mengadili sudah tentu hakim yang masih berkhidmat jugaaaaaaa. Mana boleh hakim pencen mengadili kesssssss. Hakim pencen pun berat sebelah juga iaitu berat kepada kebenaran dan bukan berat kepada kebatilan.


Aku ingatlah, puak-puak spesis yang 'maksum' ni tak payah dibawa ke mahkamah. Kita biarkan sahaja dia orang nak buat apa. Kalau dibicarapun buang masa dan buang duit sahaja kerana mereka bukannya boleh terima keputusan yang tak berpihak kepada mereka. Hancusssssss Malaysia jika ada 3 orang macam dia ni. 

Aku cadangkan kepada puak-puak ni supaya mengaku bersalah sahaja dan teruskan kepada peringkat rayuan. Di peringkat rayuan nanti secara automatik hakim ditukar dan diperingkat rayuan nanti bukan sorang hakim, tetapi paling kurang 3 orang hakim akan mengadili kes beliau. Namun kena ingat, kalau keputusan tidak berpihak kepada mereka, jangan pula kata hakim berat sebelah pulak atau hakim takut kehilangan jawatan pulak. 

Secara jujur, aku dah bosan dan meluat dengan dia sorang ni. Bukan sekarang ni, tetapi semenjak jadi TPM dulu aku dah meluat dan tak respek dia ni. Dah terdetik dalam hati aku,"cepat naik, cepat jatuh". Macam ketua pemuda UMNO sekarang jugaklah. Lebih kurang sama je cerita dorang. Maksud aku, cepat naik, cepat jatuh jugak.

Banyak cerita aku dengar dari kawan-kawan berkenaan pemimpin yang menjadi 'pelakon' popular ni yang tak bermoral. Masa tu aku masih belia lagi. Gara-gara dia janji nak datang buat lawatan ke sekolah aku, segala bajet sukan tahunan telah digunakan untuk persediaan menyambut beliau. Namun batang hidung dia pun tak datang. Entah  'tersangkut' di mana.



3 comments:

Anonymous said...

KALAU UNDANG UNDANG NEGARA MEREKA NAK PERLEKEH, APA KATA KITA GUNA UNDANG UNDANG RIMBA SAHAJA?

NO QUESTION ASKED!!!!!!!

Anonymous said...

amboi, dendam dari zaman sekolah lagi ! :)

Teruk-teruk dia pun, memang kreatif otak dia mikirkan alasan nak panjangkan kes. Malaysia Book Of Records kena kemaskini sokmo bahagian - Rekod Bilangan Tunda Kes Mahkamah.

putrarahman said...

Tanpanama 8.01pm...ha ha ha Undang-undang Rimba. Harimau jadi hakim, baru padan muka.

Din...taklah dendam, tetapi bengang dan kecewa jugaklah kerana sukan sekolah satu acara yang cukup meriah dan akan dikenang sampai bila-bila.