SAHABAT BLOG

22 June 2011

DATUK T BAKAL DIDAKWA JUMAAT INI?

Hari ini, menurut Datuk Eskay Abdullah, beliau akan didakwa di mahkamah pada hari Jumaat ini. menurut SMS yang dihantar kepada Media,beliau menyatakan bahawa Rahim Tamby Chik memaklumkan kepada beliau bahawa mereka bakal dihadapkan ke Mahkamah pada hari jumaat ini. 

Aku percaya semasa perbicaraan itu nanti, kesemua pihak yang terlibat termasuk wartawan yang menonton, Cina Doll, Lelaki Misteri yang berzina dengan Cina Doll itu akan dipanggil untuk memberi keterangan. Pada masa itu, aku fikir semua perkara akan terbongkar. Mungkin ada yang katakan bahawa tidak ada sebab untuk memanggil Cina Doll dan lelaki misteri itu, tetapi aku percaya atas kebijaksanaan pasukan peguam bela, mereka akan akan dipanggil untuk dicam atau memberi keterangan. Sejak mula lagi aku percaya bahawa inilah satunya cara bagaimana untuk mendedahkan siapa lelaki misteri itu secara sah. 

Secara peribadi, aku bersimpati kepada Datuk Eskay kerana niat murni beliau pada asalnya telah disalah tafsir dan cukup malang jika sekiranya beliau terpaksa dipenjarakan.

Blog Apa yang tersirat ada cerita selanjutnya.

No comments: