Kelahiran anak adalah satu anugerah dari Allah S.W.T kepada setiap pasangan yang berkahwin. Bagaimana pula jika sekiranya anak yang dilahirkan itu tidak mengenal siapa bapa dan atuk dan nenek sebelah bapanya.
Jika hal yang sedemikian terjadi, bagaimana anak tersebut hendak menjalani kehidupan yang sempurna. Siapakah wali nya dan dimanakan harta pusakanya. Tergamakkah anak tersebut memohon doa kesejahteraan untuk ibu bapanya.
Inilah situasi dan dilema yang dialami oleh anak-anak Islam yang dilahirkan secara luar nikah. Sebenarnya banyak lagi masalah yang bakal dihadapi dan terpaksa didepani oleh anak-anak tersebut. Boleh saja kita samakan perangai dan kelakuan para ibu bapa yang melahirkan anak luar nikah ini seperti perangai binatang.
Makin hari semakin ramai anak luar nikah yang dilahirkan. Jika hal sedemikian berlaku tanpa kawalan dan usaha untuk mencegahnya tidak dipergiatkan, tidak mustahil suatu hari nanti negara ini akan bersepah dengan anak-anak yang tiada nasab keturunan ini. Bahkan tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak ini bakal menjadi pemimpin besar negara. Memang benar anak-anak ini tidak berdosa dan tidak mewarisi dosa ibu bapa mereka, tetapi apabila kita hendak melantik seseorang itu menjadi pemimpin kita, hendaklah nasab keturunannya diselidiki terlebih dahulu. Kita bimbang jika sekiranya kita melantik anak-anak luar nikah ini sebagai pemimpin kita, maka negara kita akan hilang nur dan keberkatan dari Allah S.W.T.
Melantik pemimpin bukannya sesuatu yang mudah dan semua orang layak diterima sebagai pemimpin. Kita hendaklah sentiasa mengambil sikap berhati-hati untuk melantik pemimpin. Bagi umat Islam, pemimpin yang rendah moralnya hendaklah dijauhi dan disingkirkan daripada perebutan jawatan pemimpin.
Apabila kita melantik pemimpin yang rendah moralnya ataupun jahat perangainya seperti berbohong, mungkir janji, penzina, peliwat, nescaya tiada nur dan keberkatan yang akan mengiringi pemimpin berkenaan. Apabila pemimpin tidak mempunyai nur dan keberkatan, bimbang nanti rakyat akan terpalit sama dengan dosa-dosa pemimpin berkenaan.
Kerajaan pusat dan pemimpin negeri hendaklah berganding bahu untuk mencegah kelahiran anak-anak tidak sah taraf ini. Perlaksanaan undang-undang pencegahan sedia ada hendaklah dipergiatkan dan kalau boleh tambahkan lagi undang-undang pencegahan supaya kegiatan yang mendorong kepada 'kesedapan dan kenikmatan" 5 minit ini dapat dibendung. Langkah kerajaan melaka yang galakkan remaja supaya mendirikan rumah tangga di usia mudah boleh dijadikan satu contoh dan usaha pencegahan kelahiran anak luar nikah ini. Sebenarnya banyak lagi kaedah yang boleh dilakukan seperti perlaksanaan undang-undang aurat di kalangan lelaki dan wanita Islam, atapun undang-undang dimana pasangan yang tidak berkahwin tidak boleh melakukan aktiviti bersama berdua-duaan selepas pukul 12.00 tengah malam.
Kerajaan Selangor mendakwa kekurangan penguatkuasa untuk mencegah dan melaksanakan undang-undang. Maka kerajaan hendaklah membentuk satu badan ataupun skuad sukarela yang ditugaskan untuk mencegah perlakuan maksiat dan juga perlaksanaan undang-undang pencegahan yang lain.
Kerajaan hendaklah melaksanakan sesuatu tindakan yang drastik itu tanpa menghiraukan suara-suara sumbang pihak yang menentangnya. Pihak yang menentang ini memang tidak pernah sunyi untuk membantah apa juga tindakan kerajaan.
Ketahuilah bahawa MAJORITI rakyat negara ini adalah beragama Islam. Oleh itu bangsa lain dan penganut agama lain hendaklah DUDUK DIAM jika kerajaan bertindak untuk melarang dan mencegah para penganut agama Islam diadakan pelbagai peraturan dan undang-undang. Bertindak dahulu adalah lebih baik dari lewat bertindak ataupun langsung tidak bertindak.
Jika hendak mengetahui lebih lanjut adakah boleh menikahi seorang yang sedang hamil, sila kunjungi blog hafizfirdaus yang menghurai dengan panjang lebar.
Jumlah anak luar nikah di Selangor ”sangat besar” - Dr Hasan
01/04/2011 3:25pm
SHAH ALAM 1 April – Masalah kewujudan anak tidak sah taraf di Selangor adalah ”sangat besar” dan jumlah sebenar tidak diketahui kerana ada kes kelahiran anak luar nikah ini tidak didaftarkan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, berdasarkan statistik yang ada sehingga 2008, seramai 257,000 anak luar nikah didaftarkan.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Abdul Rani Osman (Pas-Meru) mengenai jumlah anak luar nikah yang didaftarkan dari 2007 hingga 2010 pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.
Hassan berkata, bahagian penguatkuasaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pendaftaran anak tidak sah taraf kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara.
Sementara itu, beliau berkata, JAIS tidak mempunyai jumlah penguat kuasa yang cukup untuk membanteras gejala maksiat yang menjurus kepada kelahiran anak luar nikah di negeri ini. – Bernama
No comments:
Post a Comment