SAHABAT BLOG

25 April 2011

Dewan Parlimen Wajib memecat ahli yang tidak bermaruah, barulah status Dewan Yang Mulia terpelihara

Azmin Ali anggap Mustafa Ali sebagai ahli politik yang ingin mencari perhatian. Beliau angap bahawa setiausaha PAS itu sebagai jaguh kampung yang sudah lagi relevan dalam arena politik tanahair. Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata demikian sebagai respond kepada kenyataan Mustafa berhubung pendirian PAS yang ingin mengkaji semula hubungan mereka di dalam Pakatan Rakyat jika sekiranya terbukti bahawa pelakon Video Seks iaitu adalah Anwar Ibrahim .Pada dasarnya pihak PR telah sebulat suara  menafikan bahawa pelakon Video seks itu adalah Anwar. Penafian yang dibuat oleh Anwar dan Isteri beliau telah cukup   bagi mereka untuk dijadikan hujah dan pegangan pakatan.

Oleh yang demikian itu, apabila Mustafa Ali mengeluarkan kenyataan yang dilihat seolah-olah meragui keyakinan pihak pakatan, maka  beliau telah disanggah oleh Azmin Ali. Aku secara peribadi, bersetuju dengan pendirian Mustafa Ali dan juga PAS. Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, sudah tentu mereka tidak mahu bekerjasama dengan seorang pemimpin Islam yang terbukti terang-terang melakukan kesalahan besar di dalam Islam. Kesalahan yang boleh merosakkan imej dan kredebiliti parti secara keseluruhannya. Musatafa Ali  tidak mahu bersubahat dengan pemimpin yang terang-terang melakukan dosa besar kerana beliau sendiri bukanlah dari golongan tersebut.

Sehubungan itu, Azmin tidak ada sebab untuk mempertikaikan pendirian Mustafa Ali kerana itulah yang sepatut dan sebenar-benarnya pendirian yang wajib diambil oleh PAS. Sebagai seorang Islam yang bermaruah dan tidak terlibat dengan maksiat samada secara langsung mahupun tidak langsung, itulah yang sepatut dilakukan. Begitu juga Azmin, sepatutnya beliau mengambil pendekatan yang serupa dengan apa yang dirancang oleh Mustafa Ali.

Malam ini, di dalam berita TV3, Dr. Hassan Ali iaitu Naib Presiden PAS menjelaskan bahawa hubungan di antara PAS, DAP dan PKR tidak akan terjejas walaupun apa yang berlaku terhadap Anwar. Beliau mengambarkan bahawa  jika sekiranya Anwar disahkan sebagai lelaki di dalam Video berkenaan, maka Anwar akan meletak jawatannya di dalam Pakatan. Namun demikian, Dr. Hassan lupa bahawa jika sekiranya Anwar masih tidak mahu meletak jawatan dan masih berkeras untuk menuntut jawatan Perdana Menteri, apakah yang patut dilakukan oleh PAS. Adakah terus berkerjasama dengan Anwar ataupun menarik diri?

Parlimen adalah dewan tertinggi di dalam sistem perundangan dan pemerintahan negara. Parlimen juga yang mengubal perlembagaan dan juga pelbagai undang-undang lain. Sebagai dewan yang mulia, adalah menjadi perkara wajib ahli-ahlinya terdiri dari mereka yang mulia dan bermaruah. Sehubungan itu, jika sekiranya ada mana-mana ahli dewan parlimen yang terbukti mempunyai moral yang rendah seperti terlibat dengan perzinaan ataupun hubungan luar nikah, maka sewajarnya ahli tersebut meletak jawatan. Jika masih berdegil, Parlimen hendaklah mempunyai kuasa memecat ahli tersebut. 

Dewan parlimen yang mulia itu tidak seharusnya diduduki ataupun memunyai ahli yang sedemikian rupa. Barulah dewan Parlimen kita akan dihormati dan tidak dihina. Jika tidak ada peraturan yang membolehkan parlimen memecat ahlinya yang tidak bermaruah, maka hendaklah ianya diadakah secepat mungkin.

4 comments:

Anonymous said...

Di Indonesia Ahli DPR meletakkan jawatan setelah terlibat menonton video porno dalam Dewan

Di Malaysia Ahli Parlimennya menjadi pelakon video Porno tak mahu letak jawatan ....

Tapi Anmuar kata Indonesia lebih baik dari Malaysia

KEPALA BAPAK DIA ...

putrarahman said...

Takkan nak tunggu dia orang letak jawatan. Kalau sepuluh orang ahli parlimen kita diketahui homoseksual, penzina dan sebagainya, takkan kita nak tengok sahaja. Dema ni pembuat undang-undang bagi negara kita dan berada di dalam dewan yang mulia.

Mungkin juga undang-undang yang dibuat selama ini tidak dapat mencegah kesalahan disebabkan ianya digubal oleh mereka yang........aku tak nak menjatuhkan maruah ahli dewan kita.

Ahli Dewan baik UMNO, PAS,DAP, PKR hendaklah mempunyai imej bersih dan tidak terlibat dengan perkara-perkara yang salah seperti berzina, rasuah, penyelewangan dan sebagainya. Barulah undang-undang yang digubal itu mendapat pertolongan dari Allah S.W.T.

Anonymous said...

puterarahman dan tanpa nama...kalau kepala hotak tu umno...umno jugaklah....hangpa tu bijak sangat ka . tak usahlah jual minyak kalau tolol

putrarahman said...

Kik kik kik...tanpa nama 12:21, terima kasih kerana memberi komen.