SAHABAT BLOG

22 March 2011

Libya Dicengkam PBB

Niat dihati Ingin dari dari harimau, tetapi malangnya terjebak keperangkap Buaya dan Naga. Beginilah gambaran yang boleh dikatakan sedang dihadapi oleh Rakyat Libya sekarang ini. Orang awam mengharapkan rara pembrontak yang mengangkat senjata untuk menentang pemerintah regim Ghaddafi supaya Ghaddafi menyerahkan kuasa kepada rakyat. Namun mereka pemberontak pula diserang oleh tentera kerajaan. Orang awam yang menjadi mangsa. Pemberontak pula memintya bantuan kuasa Barat untuk menyerang Ghaddafi, Amerika dan Britain menyerang tentera Ghaddafi, orang awam juga yang menjadi mangsa. Elok-elok duduk dibawah pemerintahan Ghaddafi, mereka sengaja menempah sengsara.

Entah ramai mana rakyat awam yang bakal terkorban disebabkan serangan bertubi-tubi pihak yang bermusuhan. Sekarang ini bukan dua kuasa sahaja tetapi telah menjadi tiga kuasa iaitu Tentera Gahddafi, Pemberontak dan Kuasa Barat. 

Beginilah keadaannya jika penyelesaian diharapkan kepada hujung senjata berbanding di meja rundingan.

Rencana yang ditulis oleh saudara Nizam Yatim yang duipetik dari Utusan Malaysia disisipkan disini untuk tatapan dan bacaan minda.

AS ulangi kesilapan Itali?

Oleh NIZAM YATIM

PADA 18 Mac lalu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan sokongan Liga Arab telah meluluskan resolusi tindakan ketenteraan bagi menghalang Presiden Libya, Muammar Gaddafi membunuh rakyatnya yang memberontak.

Resolusi yang diluluskan dengan sokongan Amerika Syarikat (AS), Perancis dam Britain itu turut membabitkan penguatkuasaan zon larangan terbang ke atas Libya dan membenarkan penggunaan tentera darat bagi melindungi orang awam daripada tentera Gaddafi.

Dua hari selepas resolusi itu diluluskan, AS dan sekutunya iaitu Britain dan Perancis telah menyerang Libya secara besar-besaran, dalam campurtangan Barat yang terbesar di dunia Arab sejak serangan AS dan sekutunya ke atas Iraq pada 2003.

Dalam serangan itu, sekurang-kurangnya 110 peluru berpandu Tomahawk telah dilancarkan terhadap negara itu. Televisyen kerajaan Libya berkata, 64 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam serangan udara tentera bersekutu itu.

Apa yang disebut di atas telah berlaku, tetapi persoalannya adakah AS dan sekutunya bakal mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan Itali apabila memulakan serangan pada Oktober 1911 untuk menjajah Libya.

Kerajaan fasis Itali yang ketika itu diketuai Benito Mussolini telah tersilap perhitungan kerana menyangka dengan kekuatan bala tentera yang sangat hebat, mereka akan dapat menjajah Libya dengan segera.

Sebaliknya, apa yang berlaku, mereka hanya dapat berbuat demikian setelah berperang selama kira-kira 20 tahun.

Perjuangan menentang penjajah Itali itu dilakukan oleh tentera Mujahidin yang diketuai oleh Umar Mukhtar. Beliau yang digelar sebagai Singa Padang Pasir berjuang secara gerila dari kawasan pergunungan dan ia hanya berakhir apabila tokoh yang dianggap simbol pembebasan Libya itu ditangkap dan dihukum gantung pada 16 September 1931.

Beliau yang ketika itu berusia 83 tahun sempat bersembahyang sunat sebelum dihukum gantung dan jenazahnya segera dikebumikan di Benghazi, yang kini menjadi kubu kuat kumpulan pemberontak.

Walaupun telah lama meninggal dunia, perjuangan Umar Mukhtar terus diingati. Gambar beliau dicetak pada mata wang kebangsaan Libya 10 dinar, manakala sebuah filem berdasarkan riwayat hidupnya bertajuk The Lion of the Desert lakonan Anthony Quinn turut diterbitkan pada 1981.

Pensyarah Program Hubungan Antarabangsa Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Yazid ketika mengulas mengenai serangan itu berkata, apa yang dilakukan oleh AS dan sekutunya merupakan satu penjajahan sama seperti yang dibuat Itali.

''Apa yang berbeza kali ini adalah penjajahan bukan secara langsung, sebaliknya berselindung dengan alasan untuk membantu segolongan rakyat Libya yang tidak menyukai Gaddafi.

''Saya berpendapat pemberontakan rakyat Libya berkenaan sebenarnya didalangi oleh pihak-pihak luar yang ingin menguasai kekayaan minyak Libya," katanya.

Ujar beliau, hanya masa yang bakal menentukan sama ada Gaddafi akan terus bertahan selama berpuluh-puluh tahun sama seperti perjuangan menentang penjajah Itali sebelum ini.

Menurutnya, jika Gaddafi tumbang dan kerajaan baru yang diketuai pemberontak dibentuk, ia sudah pasti akan condong untuk mengutamakan kepentingan AS dan sekutunya.

Dalam pada itu, GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, walaupun serangan AS dan sekutunya menepati peruntukan undang-undang antarabangsa, namun tindakan itu sebenarnya melanggar etika kemanusiaan serta moral.

Katanya, serangan tersebut boleh dipersoalkan kerana sesebuah negara mempunyai kedaulatan tersendiri yang perlu dihormati oleh kuasa-kuasa lain.

Menurut Azmi, Gaddafi pasti akan bertindak balas terhadap serangan tersebut dan ia akan menyebabkan perang berpanjangan.

''Bagaimana nasib penduduk awam Libya yang akan menerima kesan buruk daripada serangan AS dan sekutunya, terutama yang membabitkan kematian dan kemusnahan harta benda.

''Saya juga menjangkakan jika peperangan berpanjangan, ia akan menyebabkan ramai rakyat di negara Afrika Utara ini terbunuh," katanya.

Soalnya, berapa ramaikah rakyat Libya yang perlu terbunuh sebelum AS dan sekutunya berhenti mengebom Libya? Adakah ia akan mengatasi rekod ketika penjajahan Itali yang menyaksikan ratusan ribu penduduk negara itu mati dalam tahanan?

Jika Itali sebelum ini telah berhenti menyiksa tentera Mujahidin setelah akhbar- akhbar dari seluruh dunia mempersoalkan tindakan itu, maka adakah AS dan sekutunya hanya akan berhenti setelah kekejaman mereka didedahkan dalam Facebook dan Twitter? Hanya masa yang akan menentukannya.



4 comments:

Anonymous said...

BOIKOT USA DAN SEKUTUNYA...TERUTAMA ISRAEL.

TERMASUK BARANGANNYA DAN "PERKHIDMATANNYA"......UPCO

putrarahman said...

Setuju. Masalahnya tak ramai yang setuju.

Anonymous said...

membeli brgan usa dan israel solah-olah kita menderma dana kpd mereka bg hancurkan islam....

persoalannya...adakah gomen malaysia menggunakan khidmat israel???

putrarahman said...

APCO?

APCO bukan syarikat Israel. Israel macam Malaysia juga menggunakan APCO yang beribu pejabat di USA.