SAHABAT BLOG

25 February 2011

PAS Kekurangan Sokongan Profesional

Keghairahan PAS untuk mencalonkan golongan yang berpendidikan dan profesional sebagai calon Pilihan Raya mereka telah menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk memilih calon kerana tidak ramai golongan profesional dan berpendidikan yang menzahirkan sokongan mereka kepada PAS secara terang-terangan.

Keadaan ini boleh juga memberi makna bahawa golongan profesional semakin menjauhkan diri daripada PAS ataupun golongan profesional yang berkerja dengan kerajaan kalangan guru-guru sekolah tidak mahu untuk mengambil risiko melepaskan jawatan masing-masing. Mereka khuatir akan kehilangan punca pendapatan tetap jika kalah di dalam pilihanraya. Mungkin juga mereka melihat kepada nasib yang menimpa Cikgu Normala Sudirman di DUN Tenang yang telah kehilangan pekerjaan sebagai guru kerana kalah di dalam PRK.

Ekoran daripada kekurangan pilihan ini menyebabkan PAS terpaksa menggunakan semula calon mereka yang telah ditolak oleh para pengundi sebagai calon untuk menghadapi PRK di DUN Kerdau. Hassanudin Salim yang telah tewas dalam perebutan kerusi DUN Kerdau pada PRU 12 dahulu dicalonkan sekali lagi sebagai calon PAS untuk merebut kerusi DUN Kerdau. Pencalonan Hassanudin diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kompleks PAS Kerdau. Dalam PRU 2008 dahulu Hassanuddin Hassanudin tewas dengan majoriti 1,615. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi. Hasanuddin, 43, adalah seorang usahawan kelulusan diploma ukur tanah UiTM.

Sebelum pencalonan Hassanuddin ini diumumkan, kedengaran ura-ura bahawa Tuan Ibrahim Tuan Man bakal dicalonkan oleh PAS. Mungkin juga disebabkan BN telah mengemukakan seorang calon yang berkaliber dan berpotensi untuk menang telah menyebabkan pucuk pimpinan PAS telah menukar calon mereka pada saat akhir sebelum hari penamaan calon iaitu Sabtu 26 Februari 2011.

3 comments:

Anonymous said...

bukti gologan profesional telah tidak menerima umno adalah pilihanraya universiti dimana kebanyakkan undi por-M menang. Pro M ini diibarat bukan penyokong kerajaan , manakala Pro A (aspirasi) adalah pemyokong kerajaan. rata-rata golongan muda skrg tidak menerima parti yang dipimpin oleh umno.

berbalik kpd isu kerdau dimana faktor geografi memainkan peranan iaitu kebanyakkan pengundi adalah peneroka felda. namapun felda iaitu simpanan tetap umno. kalu prk ini berlaku di kwsn bandar..maka umno akan menerima nasib yg sama.

Anonymous said...

bukti gologan profesional telah tidak menerima umno adalah pilihanraya universiti dimana kebanyakkan undi por-M menang. Pro M ini diibarat bukan penyokong kerajaan , manakala Pro A (aspirasi) adalah pemyokong kerajaan. rata-rata golongan muda skrg tidak menerima parti yang dipimpin oleh umno.

berbalik kpd isu kerdau dimana faktor geografi memainkan peranan iaitu kebanyakkan pengundi adalah peneroka felda. namapun felda iaitu simpanan tetap umno. kalu prk ini berlaku di kwsn bandar..maka umno akan menerima nasib yg sama.

Anonymous said...

Sudah ramai Ulama’ yang menyatakan sokongan terbuka kepada Umno selama ini tetapi adakah Ulama ini berjaya menasihatkan pimpinan Umno sehingga berubah. Contoh paling mudah ialah dalam soal menutup aurat, sudahkah Ulama’ Umno menasihat pimpinan Umno agar diri sendiri dan keluarga menutup aurat dengan betul.

Sudahkan Ulama” Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya mengarahkan syarikat GLC atau GOC membayar zakat ?

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan supaya menggunapakai Hukum Islam secara menyeluruh.?

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya menukar sistem ekonomi dan kewangan negara dari berasaskan riba kepada bebas dari RIBA

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya menggunapakai Hukum Islam dengan menghapuskan undang-undang Lord Reid