SAHABAT BLOG

05 January 2011

Warna-Warni Tahun Baru

Tahun baru telah 5 hari berlalu. Kesibukan aku closing account 2010 dan prefer statement 2010 telah mengabaikan aku untuk update blog aku. Alhamdulillah semalam, semua account and statement telah closing. Baru lega dan siap siaga untuk berhadapan dengan audit pulak. Pihak pengurusan pulak kalau banyak songeh, suruh dia orang buat sendiri, baru tahu susah senangnya nak tutup account bila banyak statement masih menggunakan excell. Itu cerita kerja, semoga tahun baru ini kerjaya aku semakin cemerlang lagi.

Suasana negara dalam 4 hari ini nampak berwarna warni. Para peminat sukan masih lagi dihidangkan dengan cerita-cerita kejayaan malaysia di AFF Suzuki, sehinggakan Khairul Fahmi pun dikhabarkan bakal 'dilamar' oleh Mancester United. Bukan nak menafikan kebolehan dan kecekapan Khairul Fahmi,tetapi ketinggian beliau tidak sesuai untuk bersaing dengan ketinggian para penyerang Eropah. Apa pun diharapkan perkara-perkara yang sebegini tidak menjadikan Khairul Fahmi terawang-awangan. Akupun bekas penjaga Goal juga (Dalam kenangan), dan aku tahu kecekapan penjaga goal itu akan bertambah mengikut usia sehinggalah berusia sekitar 35 tahun.

Politik pulak diwarnai dengan karenah seorang pemimpin DAP yang bersenamrobik di dalam kawasan masjid bersama-sama dengan para jemaah. Beliau yang ber T-Shirt dan berseluar track yang agak ketat sehingga menonjolkan buah dadanya yang tak berapa besar itu telah terkinja-kinja menari di kawasan masjid bersdama-sama para jemaah lelaki. Perbuatan ini telah mencemar kesucian tempat beribadat orang Islam. Aku pun hairan kenapa MP yang sorang ni begitu tertarik dengan masjid? Mungkin beliau tertarik dengan Islam ataupun sengaja mempergunakan Islam untuk memperolehi sesuatu faedah. Dikhabarkan beliau ni masjid belum kahwin, oleh itu alangkah molek kiranya ada "pak janggoat" yang sudi untuk memperisterikan beliau sebagai isteri bagi bilangan yang seterusnya.

Politik juga mencatatkan bahawa Ketua Pemuda UMNO tidak bercadang untuk mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya sekarang ini. Elok juga beliau berehat sementara di dalam arena politik kerana persepsi para pengundi muda terhadap beliau sangat teruk semenjak era pemerintahan TAAB menjadi PM. Pada masa itu, dikhabarkan banyak keputusan kerajaan diputuskan ataupun dinasihatkan oleh beliau kepada Pak Mertuanya sehinggakan dikhabarkan semua pemimpin UMNO takut dan gerun kepada beliau kecuali beberapa pemimpin veteran . Dikhabarkan juga beliau telah menggunakan wang yang banyak untuk memenangi kerusi ketua Pemuda UMNO. Oleh yang demikian, beliau patut berehat dan membina semula reputasi beliau dengan menyertai pertubuhan-pertubuhan NGO seperti PERKASA untuk memenangi kembali hati dan minda orang Melayu. Di dalam politik, membuat pusingan U di tempat dan masa tidak sepatutnya bukanlah sesuatu yang dianggap luar biasa.

Pentadbiran Awam pula mencatatkan kisah Perlantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang tidak dipersetujui oleh para pemimpin negeri dari PR. Mohd Khusrin yang dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara telah mendapat perkenan Sultan Selangor. Aku tidak tahu, adakah Setiausasha Kerajaan Negeri itu perlu melapor kepada Ketua Setiausaha Negara ataupun Menteri Besar. Setahu aku jawatan Setiausaha Negeri itu adalah jawatan pentadbiran Awam dan bukannya jawatan politik. Inilah masalahnya bila bila orang Pentadbiran Awam berpolitik. Sepatutnya mereka bersikap profesional di dalam memberi servis mereka. Di sebabkan kemelutnya, Sultan Selangor yang hanya memberi perkenan telah terbabit sama. Baginda bukannya terlibat dengan politik mana-mana pihak, baginda hanya memberi perkenan dan baginda tidak mahu membuat musuh dengan mana-mana pihak. Jika baginda menolak calon yang dikemukakan sedangkan tidak ada calon lain yang diberikan kepada baginda untuk dibuat pilihan, ini menunjukkan baginda seolah-olah mencari musuh. Macam biasa, pihak PR dengan cepat menuduh dan bersikap durhaka. Di Katakan Suhaimi Shafei seorang ADUN PKR telah dilihat mengeluarkan statement yang boleh ditafsirkan sebagai mendurhaka di dalam blog beliau. Aku belum baca blog dia lagi, jadi tak tahulah betul ke tidak. Kalau betul, memang malang bagi beliau kerana akan mendapat kutukan sepanjang zaman selagi zaman tidak berubah. Aku tengok di Kelantan tak ada pulak hal-hal sebegini walaupun telah 20 tahun lebih PAS memerintah. Salah satu puncanya yang membezakan pentadbiran Kelantan dengan Selangor ialah komposisi kaum. Di Kelantan orang Melayu memnguasai pentadbiran negeri. oleh itu tidak banyak karenah besar yang timbul. Berbeza dengan Selangor, orang Cina dilihat menguasai pentadbiran negeri walaupun Menteri Besar orang Melayu. Orang Cina sejak dahulu lagi bukanlah dilihat sebagai rakyat yang menjunjung kasih kebawah duli tuanku kecuali terpaksa.

Ini sahaja catatan yang disediakan kali ini. Ada idea akan mencatat lagi. Semasa menyemak dan mengedit, kawan sebelah bising pasal minyak RON 97 naik 10 sen menjadi RM2.40. Oleh kerana minyak RON 97 tiddak ada subsidi, aku tidak hairan jika dia naik. Aku cadangkan kepada para pengusaha minyak supaya menentukan sendiri harga minyak RON 97. Kerajaan pun tidak boleh kawal harga minyak R)N97 kerana sudah tidak ada subsidi dan bukan barang kawalan lagi. Namun jangan pulak mereka naikkan minyak melebihi kadar yang ditentukan oleh kerajaan. Selamat Bersaing PETRONAS, ESSO, SHELL, CALTEX, BHP bagi harga minyak RON 97. Kalu kamu jual rendah dadri pesaing, aku akan isi minyak tempat kamu.


Sekian, terima kasih.

No comments: