Amah tak diperkosa - Detik.com
JAKARTA 7 Jan. - Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) hari ini menegaskan, tidak wujud sebarang kes pemerkosaan melibatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim dengan pembantu rumah dari Indonesia seperti mana digembar-gemburkan.
Ketuanya, Jumhur Hidayat berkata, berdasarkan kepada keterangan daripada pembantu rumah berkenaan iaitu Rubingah, kejadian tersebut tidak pernah berlaku sepanjang dia bekerja dengan Rais.
ULASAN SAYA;
Aku percaya para penyokong parti pembangkang bukannya percaya berita yang dinyatakan di atas. sudah pasti mereka akan mengatakan bahawa berita penafian tersebut sengaja dirancang. Ini memang biasa terjadi kerana memang sudah sifat semulajadi mereka sebagai pembangkang, apa sahaja yang dilihat tidak berpihak kepada mereka walaupun perkara itu benar atau dibuktikan, mereka masih berusaha hendak menafikannya.
Aku hairan dengan sikap para penyokong pembangkang ini yang mempunyai pendirian yang berbeza dalam kes Rais berbanding kes Anwar dan kes ADUN Selinsing. Dalam Rais Yatim, mereka dengan cepat mempercayai kisah yang dilihat seperti sebuah novel berbanding dengan kes Anwar yang jelas dan nyata serta diakui oleh mereka yang terlibat. di dalam kes Anwar, mereka sanggup bermatian-matian menafikan keterlibatan Anwar dan sanggup menafikan segala kebenaran yang ada termasuk sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful. Disamping kes Anwar, mereka juga menafikan kes yang melibatkan ADUN Selinsing yang ditangkap di dalam Koc VIP keretapi. perkara itu didedahkan oleh orang yang menangkapnya sendiri di dalam bentuk video. Kenapa mereka tidak membuat laporan polis untuk menyiasat kesahihan berita yang disebarkan itu. sudah pasti mereka tidka akan membuat laporan polis malahan akan menafikan berita itu kerana ianya terkena kepada batang hidung mereka sendiri. Siapakah yang telah meracuni pemikiran para penyokong parti PAS ini yang seolah-olah seperti robot. pemikiran mereka telah diprogramkan sedemikian rupa oleh para pemimpin mereka sehingga mereka tidak dapat membuat penilaian sendiri berdasarkan akal yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka.
Jika pemimpin inilah yang bakal memerintah negara, aku tidak tahulah apakah yang bakal mereka rancangkan untuk memprogram minda rakyat supaya mengikut segala telunjuk mereka. Adalah sesuatu yang malang dan bencana besar bakal melanda alam melayu jika sekiranya Parti PR dibenarkan memerintah negara. Jika ditakdirkan mereka menang di dalam mana-mana PRU yang akan datang, sesuatu hendaklah dilakukan samada sah atau sebaliknya untuk menghalang mereka. bukan sesuatu yang tidak pernah berlaku di dalam dunia ini parti yang menang PRU tidak dapat menjadi pemerintah kerana tewas kepada kebangkitan rakyat. Oleh itu secara peribadi, aku percaya walaupun ditakdirkan PRU dimenangi oleh parti pembangkang yang ketuai oleh DAP, ramai pihak yang tidak akan memperakuinya dan akan berlakulah huru hara dimana orang-orang melayu akan mengamuk sakan. Tidak mustahil peristiwa yang tidak pernah disaksikan bakal terjadi. Oleh itu, saran aku kepada para pemimpin PR yang diketuai oleh DAP, jangan impikan untuk menjadi ke Putrajaya kerana taun/puan bakal dihalang samada sah atau sebaliknya oleh orang melayu. Saranan aku, jadilah sebagai pembangkang yang berinovatif dan berjaya berbanding tuan/puan memasang niat dan meracuni fikiran rakyat untuk ke PUTRAJAYA kerana tuan/puan adalah lebih baik jika menjadi pembangkang berbanding menjadi pemerintah untuk kesejahteraan dan keamanan rakyat negara ini.
No comments:
Post a Comment