SAHABAT BLOG

20 January 2011

Lelaki Muda lawan Perempuan Muda.

Nampaknya tenang akan kembali tidak Tenang. Bn sudah menamakan calonnya iaitu seorang orang muda berjawatan penolong pegawai daerah (ADO) dan dengar khabarnya telah meletak jawatan ADO untuk bertanding. PAS juga mempertaruhkan orang muda untuk bertanding. Mungkin akan ada lagi calon bebas dari kalangan orang Cina kot. Siapa tahu kerana orang Cina pun ramai di situ. Mungkin juga orang Cina itu ditaja oleh DAP atau MCA sebagai pengacau. Nampaknya kali ini orang muda lawan orang muda. Cuma jantina sahaja yang membezakan mereka. dari segi umur, lebih kurang sahaja. Calon BN iaitu Mohamad Azhar Ibrahim berumur 39 tahun dan merupakan anak jati di Tenang. Merujuk beberapa maklumat blog, dia ni anak kepada bekas pemimpin di Tenang ataupun bekan ADUN di Tenang. beliau pernah menjadi bendahari Pemuda UMNO di Tenang. Tak tahulah apa pula kejian dan umpatan serta fitnah yang bakal beliau tempuhi sepanjang tempoh berkempen. Kalau dari segi pendidikan, kelayakan beliau jauh lebih cemerlang berbanding calon PAS, tetapi ini tidak boleh dijadikan ukuran dan juga modal berkempen. Lihat sahaj apa yang berlaku di Galas tempohari. Aku percaya pihak BN telah membuat kajian menyeluruh sebelum membuat keputusan memilih budak ini sebagai calon kerana BN mempertahankan kerusi. Berbanding Galas, BN merebut kerusi. jadi kalau kalah tidaklah kalah dua kali. tetapi di Tenang kalau kalah, maka Bn akan kalah berkali-kali.

Jika BN hendak menjadikan kayu pengukur ataupun membuat analisa trend, maka PRK kali ini, BN jangan berkempen lebih-lebih. Berkempen secara bersih dan tidak melampau-lampau. Jika BN masih menang dengan kaedah berkempen yang tidak melampau, maka bolehlah diandaikan bahawa para pengundi telah menerima BN kembali. kerja Bn mungkin akan lebih mudah jika sekiranya PAS membenarkan Anwar Ibrahim turun berkempen. Kalau beliau turun berkempen, sudah pasti janji 100 hari beliau itu yang akan di bawa sekali.

Calon PAS pula aku dengar berita adalah seorang bekas pendidik bertaraf Diploma. Nama dia Normala dan bapak dia Sudirman. Bukan anak penyanyi Sudirman tu. Dengar ceritanya dia ni aktif dengan Parti PAS semasa masih di dalam profesyen perguruan lagi. Aku tak hairan kerana ramai kawan-kawan aku yang menyokong parti pembangkang. Walaupun sebenarnya penjawat awam kena sentiasa taat kepada yang Dipertuan Agong dan Kerajaan, tetapi sokongan kepada parti pembangkang tidak mengubah kesetiaan tersebut dengan syarat dia tidak meninggalkan tugas-tugasnya kerana parti yang dia sokong. ada bloger yang mempersoalkan kesetiaan Cikgu Mala. Aku tidak boleh ulas kecuali aku mengenali beliau dan mungkin kawan-kawan beliau tahu tahap kesetiaan beliau kepada kerajaan. Kalau dia nak kutuk DS Najib sebagai Presiden UMNO atau Pengerusi BN, itu tidak dikatakan tidak setia kepada kerajaan, tetapi kalau dia kutuk DS Najib atas jawatan Perdana Menteri seperti mengutuk dan tidak bersetuju dengan projek-projek yang dibuat oleh kerajaan sehingga menunjukkan niat dan perbuatan atau percakapan membangkang, maka itu baru dinamakan tidak menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan. Sebenarnya hakikatnya ramai kakitangan awam yang tidak setia kepada kerajaan, tetapi tidak ditunjukkan melalui perbuatan dan percakapan. Aku sebenarnya tidak suka kepada penjawat awam yang menunjukkan kebencian mereka kepada kerajaan BN yang melampau-lampau. kalau setakat bercakap-cakap itu taklah aku meluat sangat, tetapi bila memegang apa-apa jawatan dalam parti dan berkempen sehingga naik stage, itu yang aku bengang teramat sangat. Dahlah makan gaji dengan kerajaan, tetapi mengutuk kerajaan berlebih-lebih pulak. kalau mengutuk parti BN atau UMNO, aku tak kisah sangat, tetapi apabila mengutuk menteri dan kerajaan BN itu yang aku tidka boleh terima. kalau nak sokong parti pembangkang, tunggulah 4 atau 5 tahun sekali. Bila time mengundi, tandalah / parti yang disukai dan tandalah X parti yang tidak disukai. Pangkah dan raiklah dengan sekuat tenaga biar koyak kertas undi tu tak mengapa kerana kertas undi itu memang tidak dikira pun.

Apa-apa pun kita tunggu hari penamaan calon pada 22 Januari dan hari pengundian pada 30 Januari nanti. Sementara itu, kita lihat parut kudis siapa yang lebih banyak dan lebih besar apabila bakal-bakal calon ini di'telanjangkan' oleh para bloger.

Apa cerita Anwar mencabar DS Najib berdebat. Sebelum berdebat dengan DS Najib, aku berpendapat , pulangkan dahulu darjah kebesaran yang dikurniakan itu kepada pemiliknya. Buat macam DS Khir Toyo, beliau sendiri yang menulis surat untuk memulangkan darjah Kebesarannya buat sementara waktu. Utusan hari ini melaporkan, DS Najib kata, dia ada maklumat yang boleh membuat Anwar Demam jika berdebat dengannya. Anwar dah semakin tak laku dah, itu pasal dia nak berdebat dengan PM supaya dia dapat mengheret PM sama-sama tak laku macam dia. Macam orang lemas, dia akan capai apa sahaja untuk menyelamatkan diri. Kalau dia fikir dia masih mampu selamat, dia akan capai sesuatu yang mampu menyelamatkan dirinya. Namun jika dia merasakan dia sudah tidak ada harapan, maka sudah tentu dia akan mencapai sesuatu yang hebat untuk dibawa lemas bersama. Dengar beritanya, Anwar bukan ajak PM berdebat tetapi ajak PM berbincang apasal pelan 100 hari yang mengarut. Pelan 16 september pun gagal, sekarang nak buat pelan baru pulak. Hai...tak tahulah apa nak jadi dengan Ketua Umum PKR ni. Biar jelas,, nak debat atau nak bincang. Kalau nak bincang , macamana timbul soal debat ni, ataupun takut demam.

No comments: