Aidilfitri ada beberapa hari lagi. Ada khabar angin kata Aidilfitri akan jatuh pada Khamis 09/09/2010. Ini bermakna puasa pada tahun 1431H hanya 29 hari sahaja. Ada pula pihak yang kata dengan disokong oleh Aahli Falak, Aidilfitri akan jatuh pada hari Jumaat 10/10/2010. Bagi diri aku, samada Khamis atau Jumaat tidak menjadi masalah. Oleh itu tidak ada yang perlu dirisaukan. Anak bulan diteropong pada petang Rabu 08/09/2010. Kalau nampak, maka Khamis raya le. Namun kalau tidak nampak, mengikut Hisab, puasa pada tahun ini genap 30 hari iaitu raya pada hari Jumaat. Tak tahu, Hari Raya pun jadi Isu,tunggu sahaja pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Raya pada tahun ini, sebagaimana biasa aku akan pulang ke kampung sedikti berlainan bilamana aku pulang beraya dengan kereta MPV Exora menggantikan Waja. Aku sedih juga untuk berpisah dengan Waja aku itu kerana sudah 5 tahun dia bersama dengan aku tanpa banyak masalah. Namun disebabkan keperluan keluarga yang semakin besar dan keperluan ruang makin meningkat, maka Exora mernjadi pilihan. Kenapa Exora? Terus terang aku katakan bahawa aku adalah penyokong kereta tempatan. Aku membuat tempahan Exora tanpa pergi ke kedai dan tanpa menerima penerangan daripada jurujual. Aku beli Exora kerana aku percaya dan yakin dengan kemampuan Proton dan lagipun Isteri aku berminat dengan Exora.
Bila aku dah dapat Exora AT MC1 M-Line warna Hitam, baru aku perasan bahawa banyak sangat penggunaan bahan Plastik. Seminggu aku beli, sudah ada komponen yang tercabut dari tempatnya. Bukan nak komplen, tetapi kalau banyak sangat Plastik digunakan, ianya seolah-olah seperti satu penjimatan untuk mengekalkan harga yang kompetatif. Penggunaan Palstik yang paling tidak aku gemari ialah deskboard. Langsung tidak ada unsur kemewahan. Namun aku akan cuba untuk membiasakan diri aku dengan pemandangan ini.
Aku tidak pernah bawa kereta Automatik, jadi pada peringkat awalnya aku agak kekok juga terutama bila memandu menaiki bukit. Baru-baru ini aku memandu Exora aku menaiki bukit di sekitar Lebuhraya Karak. Walaupun bukitnya tidak curam, tetapi Exora aku bagaikan meraung dan merintih untuk melepaskan diri. Alathawa dingin aku berbau hangit seperti bahan terbakar. Sepertimana aku aku katakana, aku tidak pandai memandu kereta automatic, oleh itu engine meraung dan merintih itu mungkin perkara biasa bagi sebuah kereta automatic. Aku akan cuba untuk memahirkan diri aku dengan harapan masalah engine meraung dan merintih itu akan selesai bilamana aku sudah pandai dan mahir.
Raya tahun ini aku cuti 2 hari sebelum raya dan 1 hari selepas raya. Anak-anak aku sudah tidak sabar untuk pulang. Pakaian raya mereka telah lama aku belikan. Bukan seperti selalu, hingga ke malam raya, masih lagi mencari pakaian raya seperti songkok dan kain samping. Cuma kasut si Angah sahaja yang masih belum dibeli. Katanya dia nak beli di Terengganu.
Aku akan bertolak pada malam 07/09/2010. Risau juga untuk memandu kereta baru ni terutama kereta automatic. Kalau selama ini sudah berbelas tahun memandu kereta manual, baru kali ini aku memandu Automatik. Kalau Jalan lurus, aku tidak risau tetapi bilamana hendak memotong kenderaan besar dan sengambil selekoh tajam, aku tak tahu nak pilih gear. Kalau Manual kita boleh pilih gear mana yang kita nak gunakan, tetapi automatic kuasa memilih tidak ada, he he he . Nampak sangat aku ni ‘darat’. Apa-apa pun, sebagai pemandu berhemah, aku akan sentiasa berhati-hati memandu. Sebagai motivasi, aku akan sentiasa ingat kepada kemalangan kerana apabila aku teringat kepada kemalangan, maka aku akan lebih berwaspada.
No comments:
Post a Comment