SAHABAT BLOG

14 June 2010

WORLD CUP 2010 AFRIKA SELATAN


Kejohanan bolesepak Piala Dunia telah bermula dengan penuh warna warni. Aku dengan ditemani (kadang-kadang) oleh anak lelaki aku turut sama merasai kemeriahan kejohanan kali ini. Pasukan pilihan aku ialah sebagaimana tahun 1986 lagi iaitu Argentina kecuali jika Malaysia masuk , barulah aku akan mengalihkan sokongan aku kepada pasukan Negara. Namun aku fikir sokongan aku mungkin takkan beralih arah sampai bila-bila. Terima kasih kepada isteri aku kerana bawa balik jadual perlawanan. Aku pun tanpa berlengah menampal jadual itu dan arahkan anak-anak aku mengisi keputusan perlawanan. Biar minat ditanam dari kecil supaya suatu hari nanti boleh bergelar bintang.

Tahniah kepada pasukan Korea Selatan kerana dapat mengalahkan Greece. Tak sangka juga mereka dapat mengalahkan Greece iaitu juara Eropah tahun 2004. Aku teringat bahawa suatu masa dulu Korea Selatan sama taraf je dengan pasukan Malaysia, tetapi sekarang ni mereka 3 kali ganda lebih baik daripada pasukan Negara. Kemerosotan pasukan Negara bermula bila Liga professional diperkenalkan di Malaysia. Tak tahulah dimana silapnya. Di samping itu juga aku dapati roh bolasepak semakin menghilang dalam jiwa penduduk Malaysia. Roh telah berpindah ke permainan bolasepak yang semakin dayus iaitu Futsal ( dayus kerana Perempuan pun bermain bersama-samai lelaki). Sebagai goalkeeper, aku kurang berminat bermain Futsal, sebab tak ada masa nak relax. Asyik kena attack memanjang, dan lagipun bermain di atas simen, sakit lutut. Tak boleh ke main futsal di atas rumput atau pasir. Bawaklah masuk pasir berlori-lori ke dalam dewan, tetapi awas dan kena perhati sekeliling bimbang ada taik kucing.

Aku paling seronok tengok game antara Argentina dengan Nigeria. Messi bermain dengan cemerlang Namun kecemerlangan Messi dinafikan oleh kecermelangan penjaga gol Nigeria. Anak aku tak suka Messi, dia suka Kaka. Aku paling seronok melihat gelagat coach Argentina, siapa lagi kalau bukan idola aku iaitu Deigo Maradona. Aku perhatikan beliau kadang-kadang jadi pengutip bola, kadang-kadang menjadi linesman dan kadang-kadang menjadi pengadil. Macam-macam gelagat beliau yang boleh dilihat sepanjang perlawanan tersebut.


Di mana-mana orang bercakap pasal bola. Namun kawan-kawan tempat aku kerja tak berapa minat bola. Jadi nak berkongsi-kongsi cerita pun tak berapa best.

Aku harapkan Argentina akan menjadi Juara pada kali ini dan Maradona mengotakan janjinya hendak berbogel sekeliling padang

No comments: