Saya ingin menyentuh berkenaan DAP.
Saya perhatikan DAP seolah-olah seperti menongkah arus. DAP seolah-olah bermatlamat agar Malaysia ini menjadi sebuah Negara republik. Ini dapat dibukti bilamana acap kali kita lihat tindak tanduk para pemimpin DAP terutama apabila melibatkan krisis dengan pihak istana mereka seolah-olah berkelakuan seperti tidak mengiktiraf kedudukan Raja-raja Melayu. Mereka juga sering kali dilihat sentiasa sahaja menjuarai hal-hal berkaitan isu-isu yang melibatkan keistimewa orang Melayu.
Perkara ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing kepada DAP kerana sudah terang lagi bersuluh objektif perjuangan mereka adalah kesamarataan dan setiap rakyat harus diberi peluang yang sama. Jika hasrat mereka ini diterjemahkan, kita boleh menebak kaum manakah yang akan menjuarai segenap bidang samada ekonomi, pendidikan, jentera kerajaan, perundangan dan sebagainya dan tidakkah kita sedia maklum bagaimanakah kaum-kaum tersebut memperjuangkan dan menguruskan hal kaum mereka.
Saya tidak menafikan bahawa persaingan sihat ini boleh menguntungkan negara tetapi perlu diingat bahawa negara kita ini terdiri daripada berbilang bangsa dan kaum dan setiap bangsa dan kaum itu sejak dari dahulu hingga kini sentiasa sahaja berusaha untuk mempertahankan apa sahaja milik kaum mereka samada kebudayaan, bahasa pertuturan, adat resam, agama dan sebagainya. Jika cita-cita DAP direalisasikan, kita akan dapat melihat jurang pemisahan antara kaum akan semakin melebar dimana kaum yang lemah dan ketinggalan akan terus dipinggirkan di dalam arus pembangunan negara. Cita - cita dan hasrat DAP untuk memberi peluang yang sama kepada penduduk adalah bertentangan dengan perlembagaan negara dimana terdapatnya perkara yang memberi keistimewaan kepada bangsa Melayu. Saya yakin dan percaya jika DAP diberi kuasa pemerintahan oleh rakyat, mereka akan berusaha untuk meminda perlembagaan untuk menghilangkan perkara-perkara yang ada kaitan dengan keistimewaan orang Melayu bagi merealisasikan cita-cita mereka untuk membentuk sebuah Negara republik.
Kerjasama PAS dengan DAP adalah sesuatu yang malang kepada bangsa Melayu. Saya cakap bangsa Melayu bukan atas dasar saya seorang Melayu, tetapi atas dasar sejarah. Sejarah membuktikan orang melayu sentiasa sahaja akan menjadi mangsa apabila menjalinkan sesuatu kerjasama. Lihat sahaja sejarah kejatuhan Melaka. Saya juga melihat dengan terjalinnya kerjasama ini orang-orang Melayu telah dibohongi oleh para pemimpin PAS dan DAP apabila para pemimpin mereka (DAP dan PAS), secara tidak langsung bangsa Melayu akan dipinggirkan secara semulajadi.
Sudah semestinya para pemimpin PAS tidak rasa bersalah dalam hal ini kerana bagi mereka bangsa tidak penting, apa ada pada bangsa. Apa yang yang penting bagi mereka bagaimana hendak menegakkan Islam secara keseluruhan dan bagaimana untuk menumbangkan UMNO. Tidakkah mereka sedar bahawa para penyokong mereka ( PAS ) yang paling ramai adalah orang Melayu. Tidakkah mereka sedar bahawa kawan mereka iaitu DAP walaupun sebuah parti pelbagai kaum tetapi hakikatnya ianya adalah parti bagi kaum Cina. Perjuangan DAP untuk kesamarataan sebenarnya secara tidak langsung mereka berjuang untuk kaum Cina kerana mereka sedar bahawa kaum Cina sedang menguasai di segenap bidang kecuali kuasa politik. Tidakkah mereka (pemimpin PAS) sedar bahawa, matlamat DAP untuk menguasai kuasa politik tidak akan tercapai tanpa mendapat pertolongan parti orang Melayu.
Semua pekara yang dilakukan oleh DAP ini adalah pandangan peribadi saya dan mungkin ada berbeza dengan pandangan orang lain. Saya tidak memaksa para pembaca untuk bersetuju degan pandangan saya ini.
No comments:
Post a Comment