SAHABAT BLOG

01 June 2010

Israel Jahat dan Tidak Bermaruah

Hari ini kebanyakkan blog membawa kisah pasal serangan Israel terhadap pasukan bantuan GAZA termasuk rakyat Malaysia. Aku tak tahu nak cakap apa tetapi pendapat peribdi aku mengatakan tindakan Israel itu memang zalim atas apa jua alasan kerana mereka menyerang orang yang sedang memberi bantuan kepada orang lain. Disamping itu juga Israel memang anti kepada orang Islam sejak dulu kini dan selamanya.

Disamping itu juga adalah tidak bermoral jika sekiranya kita menyerang orang atau pihak yang sedang memberi bantuan seperti contoh para doctor ataupun jururawat di medan peperangan. Walau dari pihak mana doctor dan jururawat tersebut, semua pihak sepatutnya tidak boleh menyerang mereka. Perbuatan menghalakan serangan kepada pihak yang sedang menghulurkan bantuan itu hendaklah dikutuk oleh semua pihak.

Tak perlu rasanya aku ulas panjang lebar pasal serangan Israel tersebut kerana ianya memang menjadi tajuk pilihan utama para bloger pada minggu ini. Di sini, aku ingin kongsi sebuah kisah yang aku terima melalui e-mail dari seorang kawan aku pada hari ini yang kukira menarik untuk dikongsi dengan para pembaca sekalian ( ada ke pembaca blog aku ini?). Cerita ini bukan cerita yang aku karangkan, sekadar meminjam cerita orang je.

Dikhabarkan:

SALAM......

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang
disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon
utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di
belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang
berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?”

Sambungan di episode II. Episod II lebih menarik dan lebih suspend dan lebih memberi pengajaran.

No comments: