SAHABAT BLOG

26 January 2010

Takziah Kepada Kerabat Diraja Johor

Salam,

Masih belum terlambat bagi saya mengucapkan Takziah kepada kaum kerabat Kesultanan Johor kerana kemangkatan Almarhum Kebawah DYMM Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor Darul Ta'zim. Ke Bawah Duli Almarhum adalah Yang DiPertuan Agong ke dua terawal yang berada di dalam memori saya kerana ketika Sultan-Sultan sebelumnya yang menjadi Yang Dipertuan Agong, saya masih kecil.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas perlantikan DYMM Tunku Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Sultan bagi negeri Johor Darul Ta'zim pada hari ini Sabtu 07 Safar 1431 bersamaan 23 Januari 2010. Didoakan semoga baginda memerintah dengan adil dan saksama kepada rakyat jelata kerana sesungguhnya rakyat sentiasa menyanjung tinggi seorang sultan yang adil dan berjiwa rakyat.

Semoga legasi Kesultanan Melayu akan terus kekal buat selama-lamanya di Negara kita ini kerana sesungguhnya Sultan itu adalah lambang perpaduan rakyat sejak dulu, kini dan selamanya. Hindarkan sifat-sifat yang boleh membawa kepada penderhakaan kepada Kesultanan Melayu.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mendoakan agar kesihatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan yang mana sekarang ini sedang menjalani rawatan serta saya juga ingin mendoakan agar Sultan Ismail Petra iaitu Raja yang memerintah kerajaan Kelantan agar cepat sembuh dari gering.

Sekian, terima kasih.

No comments: