SAHABAT BLOG

10 December 2009

Tun Mahathir Melayu Tulen, Nazri Aziz?

Malaysia pada asalnya adalah hanya milik orang Melayu sebelum ada pihak lain yang datang tanpa diundang oleh orang Melayu untuk bertapak dan sama-sama membangunkan Tanah Milik Melayu ini. Hakikat ini walaupun tidak secara teperinci mesti diakui oleh semua pihak kerana ianya telah dicatat di dalam nota-nota sejarah yang dikarang dan dibaca oleh semua yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan jelasnya.

Orang Melayu yang berjatidiri melayu ( saya istilahkan sebagai melayu tulen) sehingga kini masih tebal dengan perasaan bahawa Malaysia ini asalnya adalah tanah air mereka. Mereka tidak boleh disalahkan kerana semuanya sudah terang dan jelas bahawa tidak ada negara lain lagi yang boleh mereka dakwa sebagai tanah air mereka kecuali Malaysia yang sebuah ini sebagai tanah melayu. Jika Cina ada tanah Besar Cina, India masih ada Negara India, tetapi bagaimana dengan melayu.

Perasaan kasih dan sayang yang masih tebal dalam jiwa Melayu tulen ini menyebabkan mereka merasakan bahawa semenjak kemerdekaan dicapai, suatu hari nanti mereka akan kehilangan sesuatu yang paling berharga dalam kehidupan bangsa melayu iaitu tanah air mereka sendiri. Perjuangan orang Melayu untuk mencapai kemerdekaan bukan melalui senjata dan kekerasan tetapi melalui kebijaksanaan akal fikiran dan ketajaman mata pena melayu. Di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan ini, sikap bertolenrasi orang melayu yang sejak dahulu diketahui amat tebal telah menyebabkan mereka terpaksa berkongsi sesuatu yang amat bernilai iaitu Tanah Air mereka dengan suatu bangsa yang pada asalnya hanyalah pendatang dan menumpang untuk mencari sesuap nasi dan rezeki di Tanah Melayu. Sikap tolenrasi inilah sebenarnya yang akan menyebabkan melayu akan kehilangan Tanah Air mereka suatu hari nanti. Namun demikian, tidak juga dapat disalahkan kepada pemimpin-pemimpin melayu pada masa itu kerana di samping orang melayu yang menuntut kemerdekaan, ada juga bangsa lain yang pada masa yang sama menuntut kemerdekaan melalui kekerasan. Bangsa yang tidak sedar diri ini menuntut kemerdekaan seolah-olah Tanah melayu ini hak kepunyaan mereka sedangkan hakikatnya bangsa mereka hanya datang sebagai pencari rezeki pada asalnya. Inilah serba serba sedikit ringkasan sejarah yang dilihat dari sudut pandangan seorang Melayu tulen.

Sebagai seorang Melayu tulen, tidak salah dan tidak pernah ada kesalahan kepada sesiapa sahaja yang masih tebal dalam jiwa mereka perasaan sayang yang tidak berbelah bahagi kepada Tanah Melayu ini menunjukkan dan mempamerkan dimana-mana sahaja. Bukan mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa zaman semakin berubah dan sudah ramai orang-orang Melayu yang sudah tidak ada ketulenan jiwa Melayu dalam diri mereka, namun disebabkan kekentalan semangat dan rasa kasih yang mendalam terhadap bangsa Melayu ini menyebabkan mereka tidak mempedulikan semuanya ini.
Hakikatnya apa yang mereka lakukan dan luahkan itu bukan sahaja didorong oleh semangat kemelayuan yang tebal, tetapi yang lebih penting ianya masih lagi dalam lingkungan hak dan keistimewaan yang diberikan kepada orang melayu yang telah termaktub di dalam perlembagaan. Apa yang mereka luahkan tidak wajar dianggap sebagai perkauman. Namun sayang seribu kali sayang, oleh kerana sudah ramai di kalangan orang melayu termasuk para pemimpin yang berada di dalam parti orang melayu yang seolah-olah ( memang pun) dah hilang perasaan kasih dan sayang mereka kepada bangsa mereka sendiri yang telah mengkritik golongan melayu tulen ini. Golongan-golongan inilah yang aku anggap sebagai golongan-golongan yang pada bila-bila masa sahaja akan mengadaikan hak keistemewaan orang melayu kepada sesiapa sahaja tanpa mererka sedari. Awas dan kenalpastilah golongan-golongan yang sudah hilang rasa kasihnya kepada bangsa melayu ini kerana mereka berada dimana-mana.

Golongan-golongan yang telah hilang rasa kasih dan sayang kepada bangsa melayu ini tidak sedar bahawa diketika yang sama bangsa-bangsa yang lain masih tebal perasaan kasih dan sayang mereka terhadap bangsa mereka sendiri. Perasaan kasih yang mendalam inilah yang mendorong mereka saban masa berikhtiar untuk merobek dan memporak perandakan orang melayu supaya mereka dapat mengukuhkan lagi cengkaman bangsa mereka di Tanah Melayu ini. Mereka telah banyak belajar bagaimana hendak menundukkan orang melayu dan mereka juga telah belajar bahawa kekuatan sesuatu bangsa itu adalah disebabkan perasaan kasih dan sayang yang mendalam kepada bangsanya sendiri. Mereka sesungguhnya sedar , pabila orang Melayu telah hilang rasa kasih dan sayang mereka kepada bangsa melayu, senanglah bagi mereka untuk menguasai orang melayu dan seterusnya menguasai pemerintahan di Tanah Melayu kerana mereka cukup sedar bahawa selama ini mereka telah menguasai segala-segalanya kecuali kuasa melayu. Di sebalik kesedaran yang tinggi bangsa-bangsa lain itu, orang-orang melayu semakin ramai yang tidak sedar diri dan lupa diri. Semakin hari semakin bertambah ramai golongan yang sudah hilang rasa kasih dan sayang mereka kepada bangsa mereka sendiri bahkan mereka akan mencerca dan mengelar golongan melayu tulen sebagai perkauman dan yang paling dasyat, seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada orang melayu yang masih tebal dengan rasa kasih dan sayang kepada bangsanya telah digelar sebagai ;bapa perkauman’ oleh seorang pemimpin melayu yang senpanjang masanya suka mengampu ketuanya. Jika tidak kerana sikap mengampunya itu, takkan beliau masih dikekalkan sebagai menteri walaupun tidak mempunyai jawatan di dalam parti yang diwakilinya.

No comments: