SAHABAT BLOG

06 December 2009

JANGAN TERLAMBAT

Apa khabar semua. Lama dah aku tidak menulis dalam blog ku ini. Kesibukan tugas-tugas operasi menyebabkan aku tidak ada kesempatan untuk mencurahkan idea-idea bagi tatapan generasi akan datang. Namun demikian di dalam kesibukan itu, hati aku cukup tersentuh apabila membaca blog yang membicarakan soal ketuanan melayu dan juga pasal nasib Melayu di Pulau Pinang. Di dalam blog Yazid Othman http://yazidothman.com/content/view/171/12/, beliau menulis berkenaan rancangan DAP Pulau Piang untuk memecah belah penduduk melayu di Pulau Pinang supaya undi melayu berpecah

Mengulas tindakan DAP Pulau Pinang yang ingin mengzonkan semula penempatan Melayu di Pulau Pinang, aku merasakan bahawa tindakan mereka ini bukanlah sesuatu yang ‘surprise’ bagi aku. Aku dah lama menjangkakan perkara ini akan berlaku juga kepada Pulau Pinang. Bangsa TP bukannya senang dengan bangsa Melayu walaupun pada hakikatnya mereka sewajibnya menyesuaikan diri dengan kehidupan bangsa Melayu kerana mereka adalah kaum pendatang. Namun demikian aku tidak menuduh semua mereka begitu kerana ada juga yang dah P. Pada fikiran aku, ianya hanya melibatkan mereka yang menceburi bidang politik sahaja kerana hanya orang politik sahaja yang tahu apa erti kuasa. Namun demikian, walaupun pada asalnya hanya melibatkan orang politik, tetapi aku percaya TP yang lain pastinya tumpang gembira dan akan memberikan apa jua bentuk bantuan kepada ahli-ahli politik TP yang tidak sedar diri dan tidak tahu dek untung ini jika mereka mendapati bahawa peluang terbuka dan dibuka untuk berkuasa.

Apabila menyentuh pasal peluang yang terbuka bagi orang-orang TP menguasai Negara, aku berpendapat sekarang ini laluan kepada peluang itu semakin lebar. Ini dapat dibuktikan apabila semakin ramai dikalangan pemimpin Melayu yang berpengaruh yang sebenarnya berdendam yang teramat sangat dengan UMNO. Dendam peribadi mereka ini telah menuntut mereka untuk bekerjasama dan bersengkokol dengan sesiapa sahaja demi melihat UMNO tumbang. Tak perlulah aku sebutkan nama tokoh melayu itu kerana semua orang dah tahu.

Tokoh-tokoh politik TP yang diketuai oleh 2L ini nampak peluang ini. Oleh yang demikian mereka sedaya mungkin akan mempergunakan kedua-dua tokoh melayu ini bagi mempengaruhi orang-orang Melayu supaya menyokong sebuah gagasan yang dibentuk iaitu Pakatan Rakyat yang kononnya memperjuangkan kesamarataan hak-hak semua kaum di negara kita ini. Orang-orang Melayu yang tidak tahu akan helah 2L ini telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada tokoh-tokoh melayu yang berdendam ini. Ahli politik TP dengan dibantu oleh penasihat-penasihat dalam dan luar negeri (LKY) telah merancang pelbagai cara bagi menarik sokongan orang Melayu terhadap mereka. Hasilnya, sekarang ini kita dapati sudah ramai orang Melayu yang tidak mempedulikan lagi soal bangsa melayu. Mereka sudah rela dan sanggup anak cucu cicit mereka diperintah oleh bangsa asing. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sudah rela dan sanggup untuk mempersia-siakan perjuangan nenek moyang mereka terdahulu untuk mendapatkan kembali kuasa pemerintahan setelah lebih 400 tahun dijajah. Mereka juga sudah rela dan sanggup jika ada anak cucu cicit mereka kencing dikubur mereka disebabkan tindakan tidak waras mereka ini.

Wujudnya puak-puak Melayu yang rela untuk menjadi pak turut ini, menyebabkan peluang bagi bangsa asing memerintah Negara Melayu ini semakin besar dan semakin hampir. Sebagaimana kita ketahui puak-puak TP ini sejak dari dulu lagi sentiasa sahaja menunggu peluang bagi memperkuatkan bangsa mereka. Mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja asalkan keistemewaan yang mereka perolehi selama ini tidak berkurang dan disamping itu mereka sanggup juga melakukan apa sahaja agar keistemewaan ini semakin hari semakin bertambah. Keistemewaan yang aku maksudkan adalah keistemewaan untuk mengekalkan budaya dan bahasa mereka walaupun mereka pada asalnya hanyalah menumpang sementara bagi mencari rezeki.

Puak-puak melayu telah dipengaruhi ini hanya bersandarkan kepada Perlembagaan semata-mata apabila memperkatakan soal keistemewaan orang melayu. Pada sangkaan mereka perlembagaan itu adalah sesuatu yang tidak berubah. Lihatlah bukti bertapa *%&$#@ dan @#$%^%^ mereka semua ini. Tidakkah mereka tahu, apabila puak-puak TP ini berkuasa, mereka boleh melakukan apa sahaja termasuk meminda perlembagaan.

Kesimpulannya, kedua-dua tokoh melayu yang mempunyai dendam yang teramat sangat kepada UMNO hendaklah dihilangkan pengaruh mereka walau dengan apa juga cara sekalipun. Semakin lama mereka diberikan ruang, semakin ramai pengikut yang *%&$#@ seperti mereka. Kata orang tua-tua, menyesal dahulu pendapatan dan menyesal kemudian sudah tidak berguna. Cepatlah padamkan api sebelum nasi menjadi bubur.

Akhir kalam, minta maaf kepada mereka yang terguris dengan aoa yang aku katakan kerana sesungguhnya apa yang aku ulaskan ini pada fikiran aku adalah merupakan sesuatu kebenaran dan sebagai juga peringatan. Lihatlah masa depan dengan melihat masa sekarang, jangan diharap masa depan tanpa mempedulikan masa sekarang.

No comments: