SAHABAT BLOG

05 October 2009

Undi Pos di manipulasi?

Bekas sarjan akui undi bagi pihak tentera
Jimadie Shah Othman | Oct 5, 09 11:45am
Seorang bekas sarjan hari ini mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum semasa bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Abu Kassim, yang bertugas sebagai "sarjan gaji", berkata beliau dan beberapa kakitangan tentera dalam bahagian pentadbiran, seperti ketua kerani, mendapat arahan bagi memanipulasikan undi pos daripada pegawai pentadbir kem.

Abu, sudah kira-kira 10 tahun menyertai PAS, bagaimanapun tidak ingat tarikh tepat dan tempat peristiwa itu dengan alasan ia "sudah lama" berlaku.

"Saya tidak ingat. Lama sudah. Tetapi dalam pilihan raya besar (umum), zaman Dr Mahathir dulu," katanya kepada Malaysiakini pagi ini.

Anak kelahiran Kuala Pilah itu menganggotai tentera darat selama 23 tahun daripada 1969 sehingga 1989. Beliau paling lama berkhidmat di Markas Stesen Staf Port Dickson.

Abu kini seorang ahli jawatankuasa undi pos Pemuda PAS yang diketuai oleh ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat.
Dipetik dari: http://www.malaysiakini.com/news/114205



Ulasan Saya: Ini bukanlah cerita pertama yang aku dengar berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas-bekas tentera ( askar pencen ). Kebanyakan yang menyebarkan berita-berita ini datangnya daripada mereka yang menyertai dan menjadi orang-orang penting dalam parti pembangkang . Dakwaan-dakwaan sebegini telah dijadikan satu modal oleh para pemimpin pakatan pembangkang untuk mendakwa bahawa pengundian secara pos tidak telus dan dimanipulasikan.

Apa yang menjadi kemusykilannya walaupun dakwaan-dakwaan sebegini telah lama berkumandang namun pihak SPR tidak pernah mengambil sikap serius untuk menyiasat dan membuktikan adakah dakwaan-dakwaan ini benar atau sebaliknya. Selama ini pihak SPR hanya menafi terdapatnya kebocoran ataupun manipulasi dalam pengundian pos. Sedangkan diketika yang sama rakyat yang telah lama disogok dengan berita-berita yang tidak pernah dibuktikan ini dan ramai diantara mereka telah menerima bulat-bulat berita ini. Penerimaan bulat-bulat berita yang tidak diketahui kesahihannya ini dan mungkin juga adalah berita-berita fitnah telah menyebabkan ramai rakyat yang menjadikan berita-berita ini sebagai asas dan sebab bagi mereka memilih pemimpin. Tambahan pula berita-berita yang dibawa oleh askar-askar pencen ini telah dimanipulasi oleh para pemimpin pakatan pembangkang sebagai modal bagi mereka untuk memukau rakyat.

Rakyat yang menjadi penyokong tegar parti pembangkang pula akan menerima berita-berita ini sebagai benar kerana bagi mereka apa sahaja yang dibawa oleh pemimpin mereka adalah berita benar walaupun belum lagi terbukti benar. Namun demikian bagi pengundi yang masih waras yang mana bilangannya semakin merosot, tentu sukar bagi mereka untuk mempercayai bulat-bulat berita yang dibawa oleh askar-askar pencen ini. Bukan suatu yang mustahil askar-askar pencen ini mereka-reka cerita bagi maksud tertentu kerana mereka tahu bahawa mereka bukannya dikenakan apa-apa tindakan daripada pihak kerajaan.

Sehubungan itu, saya fikir sudah sampai masanya SPR mengambil sikap serius dengan mendesak kerajaan menubuhkan suatu Suruhanjaya bagi menyiasat kesahihan berita-berita yang dibawa oleh askar-askar pencen ini agar keputusan yuang bakal diperolehi daripada Suruhanjaya itu dapat menjelaskan hal yang sebenarnya berhubung dakwaan askar-askar pencen ini. Jika benar dakwaan yang telah dibuat oleh askar-askar pencen ini, maka suatu tindakan hendaklah dilakukan supaya rakyat selamanya tidak terus ditipu oleh sistem pilihanraya yang tidak adil. Namun demikian jika sekiranya dakwaan-dakwaan mereka selama ini adalah suatu yang tidak benar, maka suatu tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri ( ISA ) hendaklah dikenakan kepada mereka kerana disebabkan tindakan itu, suatu keputusan pilihanraya telah dibuat oleh rakyat disebabkan berita-berita fitnah dan tidak benar. Yang mana kita khuatiri disebabkan keputusan-keputusan yang pincang ini, Negara kita yang kita sayangi bakal diterajui oleh mereka yang langsung tidak berkelayakan dan bukan yang sepatutnya diberikan tanggungjawab.

Senario meletak calon tidak berkelayakan dan tangkap muat dipilih sebagai pemimpin bukanlah suatu yang mustahil kerana telah terbukti bilamana dalam PRU 12 baru-baru ini, ramai dikalangan calon-calon parti PKR yang boleh dipertikaikan kemampuan mereka. Kita tidak mahu, Negara yang kitya sayangi ini diterajui oleh mereka yang bakal merugikan Negara dan bukannya menguntungkan Negara yang mana akibatnya anak cucu kita bakal kehilangan sesuatu yang berharga yang diamanah oelh mereka kepada kita untuk menjaganya. Musuh-musuh kita sentiasa menanti kita membuat silap untuk mereka menyerang. Jangan disangka air yang tenang tidak ada buaya yang kelaparan menanti mangsa dengan mulut tersedia mengangga.

p/s: Mana-mana berita atapun kes-kes yang sentiasa dieksploitasi oleh parti-parti politik hendaklah diselesaikan sebelum PRU 13. Contonya kes DSAI.

No comments: