Lembu adalah binatang yang halal dimakan dan dijadikan korban oleh umat Islam apabila tiba hari Qurban. Lembu yang dikorbankan kebiasaannya adalah lembu jantan. Seekor lembu boleh dipecahkan kepada 7 bahagian iaitu tujuh orang boleh berkorban seekor lembu. Harga seekor lembu bergantung kepada saiz lembu, ada yangberharga sekitar RM1,500.00 ataupun ada yang mencecah RM4,000.00. bagi tujuan membuat korban, kebiasaannya satu Bahagian berharga RM300 – RM350.00. Daging-daging korban hendaklah diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.
Selain dijadikan korban, lembu-lembu boleh menjadi menu utama dalam ‘bekwah’ ataupun kenduri kahwin. Bagi kampung-kampung disekitar Hulu Terengganu, mereka akan memasak daging lembu dengan menggunakan kawah, ataupun lebih popular sekarang ini ialah gulai kawah. Gulai kawah ini menggunakan rempah ratus yang tersendiri. Seekor lembu kampung boleh dimasak sehingga 3 kawah Tukang masak khas biasanya digunakan untuk memasak gulai kawah. Bukan tukang masak sebarangan yang boleh memasak kerana jika tidak rasanya tak sedap. Kebanyakkan gulai kawah yang dikomersialkan sekarang ini aku fikir tidak menggunakan resepi gulai kawah yang sepatutnya. Itu pasal rasanya seperti masak kari biasa je.
Daging lembu amat mahal dalam pasaran. Harga daging batang pinang boleh mencecah RM30.00 sekilo mengikuit musim. Daging lembu segar kebiasaannya dijual sekitar RM22.00 – RM23.00 sekilo. Namun demikian, harganya boleh turun kepada RM18.00 sekilo.
Kepala lembu biasanya adalah Bahagian yang paling akhir untuk diproses. Itu pasal kadang-kadang kepala lembu ini dilupakan oleh sesetengah orang. Namun sekarang ini kepala lembu adalah bahagian lembu yang paling popular. Kenapa kepala lembu dan bukannya kaki lembu. Boleh juga digunakan kaki lembu kerana ianya juga bahagian lembu. Namun mungkin kaki lembu sekarang dah jadi harga maka , kepala lembu yang jadi pilihan.
Kenapa kepala lembu yang digunakan. Perbuatan membawa kepala lembu dalam tunjuk perasaan oleh penduduk Seksyen 23 baru-baru ini telah mendapat liputan meluas bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Tunjuk perasaan itu diadakan sebagai membantah pembinaan kuil Hindu ke kawasan mereka yang majoritinya adalah orang Islam. Isunya disini aku fikir bukan disebabkan penduduk di situ anti kepada kuil Hindu, tetapi aku berpendapat mereka cukup meluat dengan kerajaan Selangor yang terlalu menurut perintah orang bukan Islam tanpa peduli sensitivity orang Isalm yang telah memindahkan kuil tersebut ke kawasan mereka tanpa terlebih dahulu merujuk kepada mereka. Disamping itu juga mereka rasa tak puas hati pasal banyak sangat kuil Hindu yang dibina. Perkara ini ada benarnya kerana mengikut kajian yang dibuat oleh Dr. Ridhuan Tee, nisbah kuil Hindu berbanding Masjid dan Surau amat besar sekali perbezaannya.
“Contohnya di Selangor mempunyai penduduk berjumlah 4.8 juta. Daripada jumlah itu orang Melayu mewakili 2.5 juta dengan kapasiti 259 masjid dan 939 surau. orang Cina Buddha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong, orang India berjumlah 647,000 dengan 810 kuil berdaftar (bilangan ini belum dicampurkan dengan tokong dan kuil yang tidak berdaftar). Manakala, bilangan gereja Kristian biarlah Helen Ang yang cari untuk menampung jumlah 50,000 penganut Kristian”
Rujukan: www.ridhuantee.blogspot.com
Dr. Ridhuan juga menyebut data itu belum termasuk pembinaan ayng tidak didaftarkan. Jadi disini, persoalannya bagaimanakah konsep dan kaedah serta syarat bagi agama Hindu untuk membina kuil. Orang Islam sebenarnya telah lama bersabar dengan karenah penganut agama Hindu yang begitu senang dan dengan sewenang-wenangnya membina kuil merata tempat. Apabila kerajaan ingin meroboh pembinaan haram, maka menjadi isu pulak. Aku tidak salahkan penduduk di seksyen 23 jika mereka menunjukkan perasaan mereka kerana walaupun amalan itu salah jika tidak mendapat kebenaran, tetapi amalan ini telah dibudayakan oleh parti pembangkang. Menunjuk perasaan disebabkan perasaan yang sudah tidak dapat dibendung lagi. Soalnya kenapa perasaan tidak dapat dibendung. Aku fikir bukan sewenang-wenangnya orang Islam hendak menunjuk perasaan terutama orang UMNO yang telah diasuh dan dididik oleh parti pemerintah untuk mengikuti lunas-lunas perundangan. Tunjuk perasaan ataupun piket kebiasaannya dijalankan setelah hasil rundingan tidak mencapai persetujuan. Tunjuk perasaan boleh juga terjadi setelah perasaan tidak puas hati dalam sesuatu isu telah dipendam sebegitu lama. Sebenarnya tidak ada provokasi, tetapi ada pihak yang menganjurkan tunjuk perasaan tersebut sudah tidak dadpat mengawal perasaan mereka dan mereka juga sudah tidak dapat dikawal oleh penganjur tunjuk perasaan tersebut.
Menunjuk perasaan ini sebenarnya tidak salah dari segi moralnya jika dilakukan secara aman dan bertertib. Namun demikian ada ketikanya kaedah atau kelakuan penunjuk perasaan itu yang menyebabkan keadaan tidak bermoral. Dalam kes perarakan kepala lembu oleh penunjuk perasaan tempohari aku berpendapa tidaklah salah dari segi konsep menunjuk perasaan dimana kepala lembu itu samalah juga seperti sepanduk-sepanduk yang dibawa oleh penunjuk perasaan. Kalau diluar Negara kita dapat lihat penunjuk perasaan yang membawa dan membakar patung-patung pemimpin yang tidak mereka sukai. Kepala lembu itu adalah simbolik seperti juga patung-patung yang saya sebutkan tadi. Para penduduk menunjuk perasaan mereka kepada kerajaan negeri, oleh itu segala mesej ataupun bahan yang dibawa semasa tunjuk perasaan itu hendaklah ditafsirkan kepada kerajaan negeri. Kebetulan agama Hindu amat sensitif bila disentuh pasal lembu sepertimana Islam amat sensitive pasal babi.
Aku amat kesian kepada penunjuk perasaan yagn telah dihadapkan ke mahkamah pasal kepala lembu ini kerana mereka sebenarnya tidak bersalah dari segi konsep tunjuk perasaan. Aku percaya mereka tidak berniat untuk menghina agama Hindu, tetapi sebagaimana aku jelaskan bahawa segala apa yang dibawa dalam tunjuk perasaan itu sebenarnya hendaklah ditafsirkan kepada kerajaan negeri. Mereka menyatakan kerajaan negeri seperti lembu dicucuk hidung dan kerajaan negeri bodoh macam lembu. Mereka boleh membawa patung pemimpin kerjaan negeri dan membakarnya ataupun membawa lilin, tetapi adakah itu dapat membawa maksud seperti yang diharapkan.
Sebenarnya parti pembangkang sudah lama mengamalkan satu kaedah tunjuk perasaan yang baru iaitu menyalakan lilin. Kaedah menyala lilin ini juga sebenarnya satu kaedah baru yang diamalkan oleh penunjuk perasaan. Nampaknay budaya menyala lilin ini jika tidak dibendung akan menjadi satu budaya yang seolah-olah diterima dalam Islam. Ini bahaya. Aku fikir membawa lilin ini adalah lebih bahaya dari segi akidah Umat Islam berbanding membawa kepala lembu. Bagi Umat islam yang tidak bodoh macam lembu, mereka pasti bersetuju.
Kesimpulannya, kerajaan negeri hendaklah kena lihat kenapa tunjuk perasaan itu diadakan. Aku percaya isunya bukanlah sahaja pasal pemindahan kuil, tetapi aku percaya ianya berkait rapat dengan “kebodohan dan kedayusan pemimpin Islam Selangor” dalam memerintah Selangor. Apa-apa pun kita tengok apakah kesudahannya dan aku menyatakan sokongan aku kepada mereka yang kena tahan pasal kepala lembu itu untuk tidak mengaku bersalah. Aku tak perasan, kepala lembu yang menjadi kontroversi tu, diusung tak ke Mahkamah?
7 comments:
Lebih baik di bulan puasa ni, sama2 sedekah daging lembu :-)
Semalam Adalah Sejarah. Hari Ini Adalah Hadiah.
Esok Adalah Misteri.... Jangan permudahkan ;-)
>>> Blog 1 Malaysia <<<
Takziah kepada keluarga Asimah di Felda Mengkawang.
Negara makin tidak aman, hanya dua tempat sahaja yang sentiasa aman iaitu Bukit Aman dan Seri Aman Sarawak.
[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]free windows vista, [url=http://firgonbares.net/]egghead discount software[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] can oem software microsoft student software discounts
autocad class minneapolis [url=http://firgonbares.net/]buy windows mobile software[/url] software distributor canada
[url=http://firgonbares.net/]cheap software for you[/url] adobe photoshop cs4 keeps locking up
[url=http://firgonbares.net/]best software to sell[/url] freeware for windows xp
educator discount software [url=http://firgonbares.net/]software price list[/b]
[url=http://sunkomutors.net/][img]http://sunkomutors.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]cheapest software prices, [url=http://sunkomutors.net/]student discount on software[/url]
[url=http://sunkomutors.net/][/url] nero burning rom download best online shop software
lowest price for adobe creative suite 3 [url=http://sunkomutors.net/]winzip 12[/url] coreldraw glass buttons
[url=http://sunkomutors.net/]office 2000 "software[/url] 2 Mac
[url=http://sunkomutors.net/]filemaker pro 9 serial number[/url] create educational software
software like adobe [url=http://sunkomutors.net/]its software store[/b]
[url=http://hopresovees.net/][img]http://vonmertoes.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]cheap language software, [url=http://hopresovees.net/]can i buy computer software[/url]
[url=http://hopresovees.net/][/url] List Software Downloadable Software convert office 2003 open license to oem
netload mac adobe creative suite 4 [url=http://hopresovees.net/]download filemaker pro 10 advanced[/url] were to buy software
[url=http://hopresovees.net/]adobe photoshop for mac[/url] java download windows xp
[url=http://vonmertoes.net/]photo software downloads[/url] cheap microsoft office
8 Retail Price [url=http://vonmertoes.net/]buy mobile software[/b]
[url=http://vonmertoes.net/][img]http://vonmertoes.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]acdsee s-sw58 software, [url=http://vonmertoes.net/]desktop software downloads[/url]
[url=http://vonmertoes.net/][/url] logos software discount adobe photoshop cs4 keeps locking up
Deluxe 2009 Mac Parallels [url=http://hopresovees.net/]office software to buy[/url] 2d barcode reader filemaker pro
[url=http://hopresovees.net/]can microsoft office enterprise 2007 work on windows vista[/url] to buy adobe dreamweaver
[url=http://hopresovees.net/]kaspersky removal tool[/url] shop software vista
cheapest microsoft software [url=http://bariossetos.net/]adobe software for sale[/b]
[url=http://bariossetos.net/][img]http://bariossetos.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]free software shop, [url=http://bariossetos.net/]software for online shop[/url]
[url=http://vonmertoes.net/][/url] free software canada cheap software for non
acdsee 6 [url=http://bariossetos.net/]discount microsoft office suite[/url] Suite X4
[url=http://bariossetos.net/]become software reseller[/url] nero wolfe
[url=http://bariossetos.net/]selling software[/url] buy photoshop price
discount software microsoft [url=http://bariossetos.net/]software sales uk[/b]
Post a Comment