Perhimpunan Agung UMNO telah selesai. Kepada mereka yang telah dipilih oleh para perwakilan, saya ucapkan tahniah dan kepada mereka yang tidak terpilih terutama yang masih muda-muda, harap bersabar kerana karier politik mereka masih panjang.
Pak Lah secara rasminya telah meninggalkan jawatan Presiden UMNO. Najib pula secara rasminya diumumkan mengambil alih jawatan utama parti terbesar orang Melayu itu. Peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib berjalan dalam keadaan tertib dan manis. Semua perwakilan dengan sebulat suara merestui proses peralihan ini bilamana semua Bahagian telah mencalonkan Najib sebagai Presiden UMNO kecuali Bahagian Gua Musang yang mencalonkan Tengku Razalieh Hamzah sebagai calon presiden.
Pemilihan Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Presiden adalah seperti diharapkan oleh semua ahli UMNO. Namun demikian kemenangan beliau bukanlah satu kemenangan mudah sebagaimana sepatutnya . Muhyidin terpaksa menerima tentangan daripada Tan Seri Muhammad Taib dan Ali Rustam. Oleh kerana Ali Rustam tidak dibenarkan bertanding kerana politik wang, maka laluan untuk Muhyidin menang lebih lurus dan mudah. Muhyidin memang layak untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana beliau adalah seorang yang rela mengorbankan sesuatu demi untuk melihat nasib orang Melayu kembali terjamin ataupun lebih tepat lagi dikatakan bahawa Tan Seri Muhyidin Yassinlah yang menjadi pencetus kepada proses peralihan kuasa dalam UMNO dipercepatkan dari tahun 2010 kepada Mac 2009. Beliau dengan lantang dan berani telah menafikan persepakatan antara Pak Lah dan Najib walaupun beliau sedar akan risiko yang bakal dihadapi olehnya. Ali Rustam dan Muhammad Taib hanya seperti orang yang ingin merebut keuntungan hasil daripada penerokaan Muhyidin.
Naib Presiden UMNO adalah jawatan yang tidak kurang pentingnya dalam parti. Daripada Naib Presidenlah seorang pemimpin itu bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika sekiranya jawatan Timbalan Presiden kosongkan sebelum pemilihan yang baru sepertimana berlaku kepada Tun Dr Mahathir dan juga Pak Lah. Disebabkan peluang inilah maka seramai 8 orang calon telah menawarkan diri untuk menjawat jawatan Naib Presiden. Kemenangan Datuk Zahid Hamidi memang ditunggu-tunggu oleh para ahli parti. Zahid Hamidi adalah seorang yang mempunyai prinsip perjuangan yang boleh membantu untuk memulihkan UMNO. Beliau yang dikenali adalah seorang yang tegas dalam perjuangan dan pernah ditahan dalam ISA kerana prinsip perjuangan beliau. Ketegasan beliau dalam memperjuangkan kedaulatan Islam dapat diperhatikan dalam ucapan penggulungan beliau.
Naib Presiden yang kedua ialah Hishamuddin iaitu bekas ketua pemuda. Hishamuddin dikenali sebagai seorang yang kelihatan lembut tetapi mempunyai karisma tersendiri. Beliau merupakan anak kepada Perdana Menteri yang ke tiga iaitu Tun Hussin Onn dan cucu kepada pengasas UMNO itu Dato’ On Jaafar. Jasa dan keringat yang telah dicurahkan oleh Datuk dan ayahnya beliau terdahulu telah benyak membantu Hishamuddin untuk bertapak kukuh dalam UMNO. Laluan yang beliau pilih iaitu melalui pemuda merupakan langkah bijak yang diambil oleh mana-mana ahli politik yang bercita-cita besar. Langkah beliau menjadi ketua pemuda membolehkan beliau menjadi pemimpin yang akan popular dalam sedikit masa nanti bilamana para perwakilan muda akan mengambil alih tampuk kuasa nanti.
Kemenangan Dato’ Shafie Afdal banyak dibantu oleh para perwakilan Sabah. Sebagai sebuah negeri yang besar dan mempunyai ramai perwakilan , calon-calon dari Sabah yang mendapat restu seperti Shafie Afdal mempunyai kelebihan. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil suatu hari nanti dalam masa terdekat seorang rakyat Sabah akan menjawat jawatan yang lebih tinggi. Tanpa sokongan dari perwakilan Sabah. saya berpendapat sukar Shafie untuk memenangi kerusi Naib Presiden. Jika hendak dibandingkan antara kekuatan Rais dan Shafie, saya lebih setuju untuk memilih Rais Yatim.
Jika dilihat jumlah undi yang diperolehi oleh ketiga-tiga Naib Presiden semuanya melepasi angka seribu sedangkan calon yang ke empat Cuma meendapat undi 600 lebih sahaja. Ini memberi gambaran bahawa ketiga-ketiga Naib Presiden yang dipilih merupakan pilihan para majority oerwakilan.
Pemilihan majlis tertinggi sekadar pelengkap kepada proses pemilihan. Peranan Majlis tertinggi dalam kerajaan kurang berkesan. Majlis tertinggi dilihat cukup berkesan untuk menentukan halatuju parti.
Perwakilan pemuda UMNO juga telah memilih Khairy Jamaluddin sebagai ketua yang baru setelah menewaskan Datu Mukriz dan Dr. Khir. Walaupun pada awalnya, Datuk Mukriz dilihat bakal menerajui pemuda, tetapi seramai 304 perwakilan telah memilih Khairy sebagai ketua mereka yang baru. Pemilihan Khairy Jamaluddin sebagai ketua pemuda telah menimbulkan kekecohan bilamana para penyokong Datuk Mukriz dan Dr. Khir Toyo membantah keputusan yang diumumkan. Mereka mendakwa telah berlaku penipuan dalam proses penjumlahan undi. Bagi sesiapa yang hadir ke PWTC, mungkin mereka dapat mengetahui kebenaran cerita ini, manakala bagi mereka yang tidak hadir , mereka hanya dapat membuat andaian berdasarkan cerita-cerita yang diperolehi dari blog-blog dan juga logik akal semata-mata. Bagi saya, kalau dikaji secara logik dan juga cerita-cerita yang dikutip daripada mereka yang berada di PWTC dan blog-blog, cerita ataupun dakwaan penipuan semasa penjumlahan undi boleh diterima akal. Hanya Allah yang Maha mengetahui dan aku berdoa, mana satu yang baik untuk Umat Islam dan Bangsa Melayu, maka yang itulah hendaknya ditunjukkan Jalan dan direstuiNya.
Pemilihan Dato’ Seri Sahrizat Jalil sebagai ketua Wanita UMNO yang baru bagi menggantikan Tan Seri Rafidah Aziz tidaklah mengejutkan bagi sesetengah permerhati politik termasuk saya. Namun reaksi Tan Seri Rafidah Aziz dalam menerima kekalahan itu yang mengejutkan ramai pihak. Kalau diikuti ucapan-ucapan Tan Seri Rafidah Aziz, beliau kelihatan seorang yang dapat menerima kekalahan secara matang, tetapi sebaliknya berlaku. Bagi saya sebagai orang yang dah berusia, rajuk Tan Seri Rafidah hanya bersifat sementara. Rajuk beliau itu adalah rajuk orang tua dan jika dipujuk akan hilanglah rajuk itu. Sebagai seorang pemimpin berpengalaman , Tan Seri Rafidah tahu bagaimana hendak mengawal keadaan. Elok juga TS Rafidah tewas kerana ini akan memberikan lebih banyak masa terluang kepada beliau untuk menulis buku yang bakal mengenai pengalaman beliau sebagai ketua wanita yang paling lama berkuasa supaya buku tersebut bakal memberi manafaat kepada Negara amnya dan wanita UMNO khususnya.
Kemenangan ketua puteri UMNO dari Sabah iaitu Rosnah seperti juga kemenangan Shafie Afdal. Mereka banyak dibantu oleh para perwakilan Sabah. Berbanding Pemuda, Ketua Puteri kelihatan tidak mempunyai masa depan yang cerah dalam politik. Perkara ini disebabkan terdapatnya kekeliruan dan percanggahan keahlian antara puteri dan wanita. Seorang ahli puteri UMNO tidak didaftar sebagai ahli Wanita UMNO. Disebabkan ini, mana-mana ketua puteri sukar untuk mendapat tempat dalam wanita.
Akhir sekali, saya tertarik kepada kehadiran Tun Dr Mahathir di hari terakhir persidangan. Beliau dakwa , beliau datang disebabkan kemenangan Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Presiden. Kehadiran beliau menerima tepukan gemuruh daripada para perwakilan. Kesanggupan beliau untuk naik ke pentas dan bertemu dengan Pak Lah telah ditafsirkan sebagai satu era baru dalam politik UMNO. Saya turut terharu dengan kehadiran Tun Dr Mahathir. Amat malang, anak beliau Datuk Mukriz tidak berjaya dalam perebutan ketua pemuda. Apa-apa pun tahniah kepada Dato’ Mukriz kerana menerima kekalahan sebagai seorang pemimpin berjiwa besar. Insyaallah ada tempat untuk Dato’ Mukriz dalam kabinet Najib. Ramai pihak yang mendoakan semoga DS Najib tidak mensia-siakan Dato’ Mukriz.

1 comment:
Salam Putrarahman,
Saudara orang kuala Berang rupanya..baguslah,kita satu kapal. cuma tekadkan pada hati untuk berjuang pada satu jalan yang kita fikirkan betul dan kita tahu mampu membela nasib kaum kita dan anak bangsa kita.Jika ada pengendali jalan yang kita lalui itu silap,kita betulkan dengan tekad untuk melaksanakan dasar perjuangan sebenarnya dan bukan cara memilih jalan yang lain. DAn itu yang sedang kami usahakan sekarang sehinggalah pergolakan perlantikan MB selepas PRU12 dulu sehinggalah kami dituduh sebagai derhaka.Tapi cerita sebenar disebalik bantahan kami tiada siapa pernah bertanya.Sehingglah hari ini,Allah maha besar dan Maha mengetahui,kelemahan kepimpinan MB baru telah kita sekalikan dengan bukti.Harap saudara paham dgn apa yang ingin saya terangkan,dan tak perlulah kita memikirkan sebarang spekulasi,PM memberi jaminan ini akan selesai dalam sebulan lagi dan kita tunggu sajalah..
Post a Comment