SAHABAT BLOG

08 January 2009

P36 - KT

Semalam aku tepon kawan aku kat kampung. Mat Amin nama dia. Sebenarnya isteri aku yang tepon pasal nak kirimkan kerusi jati ke kampung. Kebetulan Mat Amin nak punggah barang-barang bini dia kerana bini dia dah dapat tukar ke Terengganu. Lepas isteri aku selesai bercakap, aku pun sambung. Setelah bertanya khabar, aku pun tanyakan riak dan aksi penduduk KT untuk hadapi pilihanraya kecil P36. Mat Amin ni seorang petugas parti yang cukup aktif dan setia. Dia cakap sekarang ni tak cukup tidur kerana bertugas di Peti Undi Wakaf Mempelam. Aku tanya dia macamana peluang parti-parti yang bertanding. Dia cakap parti PAS berpeluang besar untuk menang. Dia cakap semasa perarakan calon ke pusat penamaan calon pada 06 Jan itu hari, para penyokong dalam nisbah 3:1. Ini bermakna penyokong PAS lebih kurang 30,000 orang kerana penyokong BN digambarkan oleh akhbar seramai 10,000 orang.

Aku tanya juga berkenaan ceramah-ceramah. Dia cakap, ceramah PAS penuh sesak dengan para pengunjung atau pendengar. Manakala ceramah BN, katanya banyak kerusi dari orang. Apabila dia cakap begitu, aku pun terbayang pada tahun 1999 dulu sewaktu PAS berjaya memerintah Terengganu. Pada waktu itu, ceramah-ceramah PAS penuh sesak dengan rakyat.

Walaupun BN dakwa PAS tidak ada isu baru nak diketengahkan. Pada pendapat aku, pengundi tidak kira apa isu yang dikemukakan oleh PAS. Pada mereka, isu baru tak penting kerana isu lama masih relevan, disamping kredibiliti calon juga memainkan peranan penting. Jika dulu aku cakap, calon tidak memainkan peranan, ini mungkin benar kepada pengundi Melayu, tetapi bagi pengundi Cina, mereka akan melihat kepada calon. Komen-komen dalam akhbar oleh pengundi Cina, mereka inginkan calon yang bukan hanya pandai menabur janji semasa kempen sahaja, sedangkan selepas kempen YB hilang entah kemana. Mereka mahukan YB yang dapat mendampingi rakyat dan sentiasa turun padang mendengar masalah rakyat. Apabila melihat kepada percaturan ini, aku dapati kelebihan ada pada calon PAS.
Kesimpulannya, PAS berpeluang besar untuk menang kali ini. Jika PAS menang, maka BN akan menerima pukulan smash kali kedua. Pukulan kali ini memang satu pukulan yang akan membawa kesan jangka panjang kepada UMNO yang mana kesannya akan berpanjang kepada pilihanraya umum yang akan datang.

No comments: