Semalam aku dan keluarga pergi membeli di TESCO Extra Jalan Midah. Tujuan adalah hendak membeli sejenis kerusi malas untuk Husnina yang berumur 46 hari. Kerusi malas supaya mudah Isteri aku melayan dan mengulit dia tidur waktu siang. Satu masalah si Husnina ni, dia akan berjaga ataupun cerah mata sekitar jam 12.00 - 1.00 malam. Lepas tu, jam 3.00 pagi baru terlelap. Semalam, isteri aku kejutkan aku sekitar jam 3.00 pagi untuk jaga Husnina. Sampai jam 4.30 pagi masih belum tidur. Kadang-kadang aku sengaja usik waktu tidur dia pada waktu maghrib supaya dia berjaga sehingga jam 11.00 malam dan mula tidur jam 11.00 malam. Tetapi kalau dia dah mengantuk, dia tidur juga walau diusik macamana sekali pun.
Disamping beli kerusi malas, aku juga beli beras. Aku dapati banyak beras yang dah diturunkan harga. Beras yang paling rendah yang dijual di TESCO ialah beras nasional dengan harga RM17.90, tetapi tak ada stok. Ada juga beras yang berharga sekitar RM22.90 hingga RM25.90. Aku beli beras cap rambutan dengan harga RM25.90. Menteri kata, akan datang lagi banyak harga barang akan turun. Harap-harap kedai makan pun turut sama menurunkan harga mereka. Kalau mereka tak turunkan harga, sebenarnya mereka rugi juga kerana pelanggan akan suka makan dirumah berbanding diluar. Jadi mereka akan kehilangan pelanggan. Macam aku, sekarang ini, maka diluar adalah sesuatu yang paling sukar untuk aku lakukan. Aku sering anggap bahawa para peniaga sering mengabaikan etika perniagaan dalam mengejar keuntungan. Mungkin ada sayur-sayur dan iakn-ikan yang jatuh ke dalam longkang ataupun digonggong oleh kucing tetapi masih dijual juga. Mungkin ada peniaga makanan yang sengaja membuang yang digunakan sebagai lauk.
No comments:
Post a Comment