Tahun 2009 dikatakan oleh ramai pakar ekonomi sebagai tahun dimana ekonomi dunia akan merudum. Sekarang ini ekonomi dunia telah mula merudum namun kesannya mungkin belum lagi terasa kepada Malaysia. Jika dalam tahun 1997 dulu kejatuhan ekonomi bermula di sebelah Asia, tetapi pada kali ini kejatuhan ekonomi bermula di sebelah Eropah dan USA iaitu dua kuasa ekonomi dunia. Apabila Eropah dan Amerika mengalami kelembapan ekonomi, maka kesannya akan merebak ke seluruh dunia. Eropah dan Amerika merupakan pengguna terbesar barang-barang yang dieksport oleh Negara-negara membangun. Bilamana ekonomi Eropah dan Amerika merudum, maka permintaan terhadap eksport mereka turut jatuh.
Baiklah, apa strategi aku nak hadapi tahun 2009. Perbelanjaan sudah pastinya makin meningkat kerana dengan kelahiran baby baru. Rezeki pun Insyaallah akan meningkat juga kerana ini janji Allah dimana setiap bayi yang baru lahir itu ada rezekinya tersendiri. Namun tak tahu lagi bentuk rezeki yang macamana. Yang nyata pendapatan ada meningkat sedikit dengan kenaikan gaji tahunan dan juga KWSP 3 %. Itu je le pendapatan yang dijangkakan akan bertambah sebanyak lebih kurang RM300.00. Sekarang ini pun perbelanjaan telah melebihi pendapatan. Dijangkakan penggunaan kad kredit akan bertambah sedangkan kad kredit dah nak hampiri limit. Penggunaan kad kredit sebagai alat untuk mengatasi deficit, merupakan satu langkah terdesak yang paling tidak bijak.
Dalam keadaan ini,. Aku memerlukan beberapa langkah untuk atasi kemurungan tahun 2009. Aku jangkakan harga barangan tidak akan berkurangan kecuali kerajaan menguatkuasakan lebih bayak barangan kawalan. Harga minyak telah turun. Ini sekurang-kurangnya telah membantu. Tetapi penurunan harga minyak tidak diikuti dengan penurunan harga barang. Oleh itu kesan penurunan harga minyak ini diperolebhi kepada mereka yang kerap menggunakan kenderaaan. Bagi yang tidak kerap menggunakan kenderaan ataupun langsung tidak ada kenderaan, kesannya tidak terasa atau langsung tidak ada.
Pendapatan luar lain, rasanya tak nampak jalan. Hanya berserah kepada Allah S.W.T. je le. Manalah tahu kot-kot ada pihak yang sudi untuk mengajak aku mencari rezeki dengan kemampuan yang aku ada, tetapi kalau dalam MLM, aku malas sikit. Memang ia langkah mudah untuk ceburi bidang perniagaan bagi mereka yang berkerjaya seperti aku, tetapi aku tidak ada kesungguhan dan keyakinan diri yang tinggi dalam hal ini. Walaupun idea banyak, tetapi kesungguhan kurang, maka idea tak berkembang jugak.
Apa strategi yang mampu aku buat????. Kurangkan perbelanjaan? Perbelanjaan apa yang perlu dikurangkan. Selama ini pun aku memang dah kurangkan perberlanjaan yang difikirkan kurang bermanafaat. Melancong, makan diluar telah dikurangkan. Apa lagi yang aku mampu untuk kurangkan.
Aku ada sedikit duit simpanan yang mampu untuk bertahan selama 8 bulan tahun depan. Itupun jika dibelanja dengan hemah. Dilema aku sekarang ini, adakah aku perlu bayar hutang kad kredit dengan duit tersebut ataupun gunakan duit tersebut untuk menampung deficit setiap bulan dan pada masa yang sama, penggunaan kad kredit dihentikan dan bayar minimum sahaja. Ini salah satu strategi aku. Kalau aku tak guna kad kredit dan bayar minimum, aku kena belanja lebih kurang RM360.00 sebulan untuk langsaikan bayaran minimum ini. Kalau aku jelaskan salah satu kad kredit aku, bermakna aku Cuma bayar RM150.00 je sebulan untuk bayaran minimum. RM200.00 lagi aku boleh jimat. Tetapi aku tak ada duit simpanan langsung. Hai pening kepala aku memikirkannya. Nampaknya aku kena buat analisis dan pengiraan secara teliti dulu.
Aku juga nampaknya kena membuat bajet bulanan. Masalahnya , isteri aku tak pernah nak bersama-sama membuat bajet. Dia ada pendapatannya sendiri dan aku ada pendapatan sendiri. Kalau digabungkan kedua-dua pendapatan kami, ada le dekat RM2,500.00 sebulan, tetapi belum tolak bayar kereta dan pengasuh lagi. Nampaknya aku kena kurangkan penggunaan bil-bil. Bil telefon dah tentu kena bayar.
Aku rasakan, aku kena buat perkiraan bajet bulanan aku semula. Pendapatan tolak perbelanjaan dan aku kena ikutinya dengan yakin dan tekun. Inilah yang perlu aku buat untuk melihat kekuatan dan kelemahan Kewangan aku di tahun 2009 ini.

No comments:
Post a Comment