SAHABAT BLOG

31 December 2008

pERISTIWA pENTING 2008

Tahun 2008 dah sampai ke hari terakhir. Besok, 2009 akan kunjung tiba. Ini bermakna semakin tua aku ini rupanya. Esok kalau ikut tahun,. Aku sudah berumur 40 tahun. 40 tahun, adalah umur yang sudah cukup matang. Tapi aku tak pulak rasa matang-matang pun. Sama macam dulu jugak. Sepanjang tahun 2008 aku akan catatkan beberapa peristiwa penting yang berlaku kepada aku.

01 Januari 2008
-Dengan izin Allah S.W.T. aku masih dihidupkan.

08 Mac 2008
-Buat pertama kali dalam sejarah hidup kau, aku mengundi parti PAS bagi Pilihanraya Parlimen manakala bagi DUN , aku undi BN. Aku undi PAS dengan tujuan untuk mengurangkan majority BN dalam Parlimen. Calon yang aku undi akhirnya tewas, tetapi entah macamana ramai juga orang yang berfikiran seperti aku untuk mengurangkan majority 2/3 BN dalam Parlimen. Akhirnya BN tidak memperolehi majority 2/3. BN hanya dapat 140 kerusi sahaja sedangkan untuk memperolehi majority ialah sebanyak 148 kerusi. Apabila aku memilih untuk mengundi PAS bagi kerusi parlimen, ini bermakna aku merupakan seorang pengundi yang matang yang tidak seperti rakan-rakan aku yang lain. Bagi mereka, walau siapa yang menjadi calon, parti adalah diutamakan.

24 April 2008
-Ini hari peperiksaan terakhir aku dengan Universiti Terbuka Malaysia. Aku mula studi di OUM pada Januari 2004 hinggalah Mac 2008. Mood aku turun naik. tetapi Alhamdulillah dengan kuasa pertolongan dari Allah, maka aku tidak menghadapi masalah besar sepanjang aku belajar. Semua matapelajaran aku lulus dengan hanya satu sahaja matapelajaran yang paling bawah iaitu C aku perolehi.

24 Ogos 2008
-Hari bersejarah dalam hidup aku, bilamana aku akhirnya bergelar siswazah. Hari ini adalah hari Konvokesyen aku di PWTC. Dengan penuh rasa bangga aku menerima skrool daripada Pro-Canselor, Tan Seri Azman Hashim. Tapi sedikit terkilan kerana aku tak sembahyang Zohor. Acara berlangsung dari jam 12.00 hingga jam 4.30 petang. Hanya sembahyang dalam hati je le. Tetapi aku Qadar semula bila pulang ke rumah. CGPA aku ialah 3.51. Aku fikir ini adalah CGPA yang terbaik antara kawan-kawan aku yang lain yang sama-sama belajar bersama aku. Rezeki.
30 Ogos 2008
-Perkahwinan adik perempuan aku telah dijalankan secara sederhana tetapi sempurna. Aku sentiasa berhajat agar adik perempuan aku ketemu jodoh dengan seorang DUDA yang ada anak. Ini disebabkan adik perempuan aku ada sakit yang mungkin menyebabkan dia tak boleh memperolehi anak sendiri. Alhamdulillah, suami adik perempuan aku ditakdirkan seorang yang baik dan bertanggungjawab.

14 November 2008
-Aku menghadiri temuduga bagi jawatan Pengurus. Temuduga kali ini aku buat sedikit luar biasa kerana aku sediakan satu kertas kerja untuk diberikan kepada panel temuduga. Tujuan aku berbuat demikian, kerana aku tahu aku bukannya seorang calon yang dikenali ramai dan dalam istilah bukan calon “favorite”. Oleh itu, untuk mendapatkan satu hasil yang luar biasa, maka akupun buatlah sesuatu yang luar biasa. Sehingga kini, aku belum mendapat apa-apa berita berhubung temuduga tersebut. Ada rezeki, ada le tu.

25 November 2008
-Isteri aku bersalin anak kami yang ke 4. Seorang anak perempuan yang comel. Berat waktu dilahirkan ialah 2.49 kilo sahaja je. Nama yang ku berikan ialah Nurul Husnina. Nama ini adalah pilihan isteri aku. Dah ada 3 perempuan, hanya seorang hero je. Kalau ada seorang atau dua orang lagi hero, maka lengkaplah apa yang aku inginkan. tetapi semuanya rezeki Allah.

31 Disember 2008
-Aku menandatangani perjanjian membeli kereta terpakai untuk adik perempuan aku.

Inilah beberapa peristiwa penting yang aku alami sepanjang tahun 2008. Tahun 2009???????

No comments: