Pada 22/12/2008, aku dah mula deman. Malamnya, langsung tak boleh tidur. Sakit habis sendi-sendi terutama di bawah lipatan lutut dan pinggang. Along dan angah tak habis-habis lap badan dan kepala aku dengan saputangan aku yang dibasahkan. Nak makan pun tak ada selera. Semuanya rasa hambar. Pahit Liur.
Hari ini, aku rasa nak cuti lagi, tetapi kerani aku pulak demam. Maka aku pun terpaksalah datang kerja juga walaupun badan masih lemah-lemah. Selera makan belum terbuka. Makan pun secara paksa kerana nak makan ubat. Aku kerja separuh hari je kerana petang ni ada temujanji dengan doktor untuk anak aku yang kecil.
Ramai kawan-kawan demam. Di Kedah sibuk dengan demam chingkukunya. tetapi aku taklah terfikir ke arah itu. Aku anggap bahawa demam aku ni demam urat saje.
No comments:
Post a Comment