Adakah disebabkan ketuanan melayu menyebabkan kaum Melayu mundur atau tidak berjaya mencapai kejayaan dalam Negara sendiri. Bagaimana pula Melayu-Melayu yang berjaya dan maju seperti contoh Datuk Zaid Ibrahim yang begitu berjaya dalam industri guaman, adakah dia bukan orang Melayu yang bernaung di bawah konsep dan dasar ketuanan Melayu.
Namun demikian, tidak boleh dinafikan juga ramai lagi orang-orang Melayu yang tidak berjaya dan berada jauh ketinggalan di belakang kaum Cina dan India. Adakah ini menjadi sebab untuk mengatakan bahawa ketuanan Melayu itu tidak berjaya dan gagal untuk memajukan orang Melayu?.
Kenapa ketuanan Melayu yang dipersalahkan. Sepatutnya perkara berkaitan hak-hak orang Melayu tidak wajar dijadikan sebab dan alasan untuk kejayaan dan kegagalan orang Melayu, tetapi kejayaan dan kegagalan orang Melayu setelah 50 tahun merdeka hendaklah ditujukan kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang mendokong dan menerajui orang Melayu itu. Disebabkan dasar merekalah maka, setelah 50 tahun, hanya setakat ini kedudukan orang Melayu. Bukannya disebabkan hak-hak keistemewaan atau hak-hak orang Melayu yang menjadi penghalang.

Hak dan keistemewaan ini janganlah hendaknya disentuh sama sekali oleh mana-mana pihak samada orang Cina, India atau mana-mana kaum termasuk orang Melayu sendiri kerana hak-hak keistemewaan ini telah dipersetujui bersama sejak sekian lama antara pemimpin-pemimpin kaum terdahulu dan ianya bukan untuk digadaikan bagi menjamin kejayaan dan kegagalan mana-mana kaum di Negara kita ini atau dijadikan sebab atas kegagalan dan kejayaan sesuatu kaum di Negara ini.
No comments:
Post a Comment