SAHABAT BLOG

06 November 2008

eTIKA dALAM pERNIAGAAN

Tengahari tadi aku dan kawan-kawan aku pergi ke Ampang Park untuk
makan nasi ayam.

Sampai di cafeteria, kawan aku tanya kepada penjual nasi ayam ”dijamin halal ke”. Pekerja restoran itu adalah wanita Indonesia. Dia cakap “ halal bang, Tokeh saja Cina tapi yang masaknya saya”. Wanita itu pakai tudung, tetapi belum tentu agamanya.

Masa makan aku pesanlah pada kawan aku itu. Aku kata, “ kalau mun nak tanya , jangan tanya halal ke tidak, tapi tanya ini produk orang islam ke? Kalau dia cakap bukan produk orang Islam, barulah tanya halal ke tidak. Kawan aku cakap wanita Indonesia tu tak tahu apa itu produk. He he he

Jadi aku cadangkan kepada pengusaha-pengusaha Islam supaya menandakan barangan keluaran mereka sebagai keluaran orang Islam bagi dibezakan dengan keluaran orang bukan Islam disamping tanda halal. Tanda halal tidak menjamin halal kerana sekarang ini , para peniaga semakin kurang beretika dalam perniagaan. Nilai etika dalam perniagaan hendaklah dititik beratkan oleh kerajaan. Kerajaan sepatutnya mewar-warkan bertapa pentingnya nilai murni atau etika dalam perniagaan dalam iklan-iklan mereka.

Contoh mudah, peniaga yang menjual air batu tepi-tepi Jalan. Jika mereka beretika, sudah tentu air yang digunakan adalah air yang dimasak atau air tapisan. Bagi yang tidak beretika, mereka mungkin akan menggunakan air paip sahaja. Begitu juga dalam perniagaan restoran dan makanan. Kebanyakan peniaga yang tidak beretika akan recycle mana-mana lauk dan tidak habis sehingga zat-zat lauk tersebut entah kemana perginya.

No comments: