SAHABAT BLOG

30 October 2008

pOLITIK wANG III

Ulasanku mengenai politik wang telah masuk siri ke tiga. Aku fikir ini merupakan ulasasn yang terakhir dalam siri “politik Wang” yang sedang dihadapi oleh para kebanyakan parti politik di Negara kita terutamanya UMNO. Istilah “Politik Wang” ini merupakan satu istilah yang hanya heboh diperkatakan di Negara kita. Namun demikian, di peringkat nasional, amalan politik wang ini tidak kedengaran kerana mungkin ianya telah diambilkira sebagai satu bentuk rasuah.

Wang adalah instrumen penting dalam urusan kempen. Bila disebut kempen atau promosi atau iklan, semuanya memerlukan bajet. Semakin besar bajet yang digunakan , maka semakin besar peluang kecapaian dalam objektif kempen . Saya percaya setiap calon yang bertanding dalam pemilihan parti UMNO yang sedang giat dilakukan sekarang ini mempunyai bajetnya dan objektifnya tersendiri. Perkara ini supaya usaha mereka tidak menjadi satu usaha yang sia-sia.

Namun demikian, terdapat peraturan yang digariskan oleh UMNO bagi menyekat calon-calon daripada berkempen. Larangan-larangan yang kadang-kadang tidak masuk akal ini telah menafikan salah satu dari kriteria utama dalam sesuatu pertandingan iaitu berkempen. Sudah semestinya para calon yang menawarkan diri untuk bertanding akan mencari sumber Kewangan untuk digunakan dalam berkempen. Wang yang mereka perolehi itu datangnya daripada pelbagai pihak yang menjadi penaja kempen. Proses mencari penaja ini bukanlah sesuatu yang asing bagi dunia barat.. Contoh terbaru adalah kempen antara Demokrat dan Republikan bagi jawatan Presiden Amerika. Barak Obama dan John Macain berusaha mencari penaja kepada kempen mereka. Hilarry Clinton yang berkempen bagi menjadi calon Demokrat telah berbelanja berjuta-juta US Dollar duit peribadi beliau untuk berkempen. Adakah ini dinamakan sebagai politik wang?

Yang menjadi persoalan pokok adalah bagaimanakah wang mereka itu dibelanjakan. Sudah semestinya sebahagian besarnya dibelanjakan untuk membiayai kempen-kempen mereka kepelusuk Amerika. Namun jika dibandingkan dalam perlermbagaan UMNO, mereka telah menghalang sebarang bentuk kempen . Larangan berkempen yang berlarutan dalam jangkamasa yang lama telah menyebabkan satu budaya baru trerhasil dimana para calon yang ingin bertanding telah menjalankan kempen secara sembunyi-sembunyi. Kaedah yang paling berkesan ialah menggunakan bajet kempen mereka dengan cara memberi rasuah kepada para perwakilan untuk mengundi mereka. Budaya baru ini yang dinamakan ‘Politik Wang”.

Larangan berkempen sebenarnya menjadi punca kenapa politik wang telah menjadi satu virus yang sukar untuk dihapuskan dalam UMNO. Apa itu budaya? Budaya ialah nilai-nilai yang diikuti oleh sesuatu masyarakat secara berterusan dan turun temurun. Untuk menghapuskan atau menghilang sesuatu budaya itu, ianya menjadi satu tugas sukar kerana terdapat klompok-klompok tertentu yang akan berterusan mengamalkannya. Maka dengan itu, jika masih ada pihak yang mengamalkan budaya manakala pihak yang lain meninggalkannya, budaya ini tidak dapat dihapuskan sama sekali.

Antara langkah-langkah yang boleh digunakan untuk menghapuskan budaya politik wang ini adalah dengan cara memperkenalkan satu budaya baru. Budaya baru ini hendaklah dipromosikan secara bersungguh-sungguh supaya para pengamal budaya lama iatu bertukar kepada budaya baru ini dan diketika yang sama budaya lama hendaklah dihapuskan secara bersepadu.

Dalam pemilihan UMNO, para pemimpin UMNO hendaklah memperkenalkan satu budaya baru yang mana instrument utamanya adalah wang supaya wang yang ditaja oleh pelbagai pihak itu dapat digunakan dengan jalan yang betul untuk membantu calon-calon tajaan mereka memperolehi kemenangan.

YB Rembau cuba memperkenalkan satu budaya baru iaitu debat. Debat bukanlah satu bentuk budaya baru yang berkesan untuk menggantikan budaya politik wang. Oleh itu debat ini tidak boleh dikatakan sebagai satu bentuk budaya yang mampu untuk menghapuskan politik wang kerana debat tidak memerlukan bajet yang besar. Bagaimanakah bentuk budaya baru itu, ini semua hendaklah dibincangkan disemua peringkat supaya hasil perbincangan tersebut menepati ciri-ciri budaya baru itu iaitu penggunaan wang. Di ketika yang sama, budaya lama iaitu politik wang hendaklah juga dibincangkan dan mungkin boleh diperhalusi untuk mencari kebaikan dan keburukannya, kerana setiap perkara itu walau seburukmana sekalipun, pasti ada kebaikannya. Jika benar budaya lama iaitu politik wang mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan, maka ianya hendaklah dihapuskan secara bersungguh-sungguh dengan pelbagai usasha dan cara.

Kesimpulannya, budaya politik wang yang sedang melanda parti UMNO , jika dianggap satu budaya yang merugikan, maka ianya hendaklah dihapuskan dan digantikan dengan satu budaya baru yang instrument utamanya hendak melibatkan penggunaan wang. Budaya baru ini hendaklah dibincangkan disemua lapisan masyarakat oleh pengalam politik dan juga secara ilmiah oleh ahli-ahli akademik, supaya budaya baru ini membawa kebaikan kepada semua pihak dengan matlamat akhirnya untuk kebaikan Rakyat dan Negara.

Jika politik wang ini tidak membawa kebaikan kepada rakyat dan Negara, maka ianya hendaklah diletakkan dibawah akta yang sama seperti Rasuah dan penguatkuasaan hendaklah ditingkatkan.

No comments: