SAHABAT BLOG

29 October 2008

mINYAK dAH tURUN

Minyak dah turun. Namun demikian, tidak sepertimana kenaikan dulu, penurunan harga minyak dibuat secara beransur-ansur. Kerajaan menggunakan satu mekanisme yang menyebabkan harga minyak tidak dapat diturunkan secara mendadak. Ramai ahli akademik yang mencadangkan bahawa minyak boleh diturunkan ke paras sediakala ataupun mungkin lebih rendah lagi. Namun diketika rakyat menjangkakan kerajaan akan mengikuti pandangan ahli akademik, sebaliknya yang berlaku. Kerajaan seperti berhati-hati untuk menurunkan harga minyak. Adakah sikap berhati-hati ini menunjukkan kerajaan bimbang dan ragu-ragu jika mereka menurunkan harga minyak secara mendadak, tiba-tiba harga minyak kembali meningkat. Kebimbangan dan keraguan kerajaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai sebuah kerajaan, sudah semestinya mereka mempunyai penasihat-penasihat ekonomi yang pakar dakam menjangkakan apa yang bakal berlaku dalam tempoh-tempoh tertentu. Namun jika dilihat kepada apa yang berlaku semasa mereka menaikkan harga minyak dahulu, seolah-olah seperti kerajaan tidak mempunyai penasihat yang pakar berkenaan ekonomi. Bukan nak memuji DSAI, tetapi beliau pernah menyatakan dalam debat dengan MP Kemaman bahawa harga minyak sudah menampakkan aliran menurun. Itu pasal beliau dengan penuh yakin dapat menurunkan harga minyak sebanyak RM0.50 ataupun kepada RM2.20 seliter. Adakah DSAi seorang yang pakar dalam ekonomi, ini tidak diketahui., tetapi yang nyata samada beliau menerima nasihat atau tidak yang penting beliau mempunyai maklumat berkenaan pergerakan harga minyak . Maklumat dan sumber yang dimilikinya mungkin melalui nasihat dan penyelidikan sendiri. Bukan nak memuji DSAI, tetapi kelainan yang ketengahnya menambat hati kebanyakan rakyat marhean.

Saya tidak mahu ulas lebih detail, namun mengharapkan agar kerajaan yang memerintah membuat keputusan dengan wajar setelah mengambil nasihat mereka-mereka yang layak dan tidak berkepentingan peribadi dalam memberi nasihat. Jika seorang Perdana Menteri membuat keputusan dengan mengambilkira nasihat yang tidak wajar dan datangnya daripada mereka yang tidak berkelayakan, maka Negara dan rakyat yang akan merana.

No comments: