SAHABAT BLOG

20 December 2013

Orang Kampung Bercerita Pasal Tol.

Isu kenaikan tol yang mungkin akan naik tahun depan ni sedang hangat dibincangkan. Ramai pihak yang bantah ataupun meminta kerajaan agar mengkaji semula termasuklah dari kalangan ahli parlimen dari BN. 

Kebetulan ada orang kampung aku iaitu  "Pak Hassan" dengan "Pak Mail" tanya aku pasal tol ni. Maklumlah mereka ni orang kampung yang tak berapa faham sangat. Bukan mereka sahaja yang tidak faham, ramai lagi orang kampung aku yang tak faham.

Aku pun cubalah recall semula apa yang aku belajar bertahun yang lalu. Aku cakap, mengikut kefahaman aku, tol ini wujud disebabkan syarikat yang membina lebuhraya nak kutip kembali kos mereka semasa membina lebuhraya dulu. Syarikat berkenaan berniaga, maka sudah tentu mereka juga mahukan keuntungan. Dalam bahasa mudah, tol ini adalah bayaran perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna lebuhraya kepada syarikat yang menawarkan perkhidmatan. 

Aku bagi contoh mudah, contohnya  kalau Pak Mail sakit, Pak Mail ada dua pilihan, samada pergi mendapatkan rawatan di hospital swasta ataupun hospital kerajaan. Kedua-dua menawarkan perkhidmatan merawat pesakit. Samalah kalau Pak Mail hendak ke satu-satu tempat. PakMail boleh pilih nak guna jalan yang dibina oleh kerajaan ataupun jalan yang dibina oleh pihak swasta. 

Kalau menggunakan jalan yang dibina oleh kerajaan, tentulah lambat sampai dan kurang selesa berbanding menggunakan jalanraya swasta. tol, Tapi kena ingat, kalau guna jalanraya yang dibina kerajaan, ianya percuma, manakala menggunakan jalanraya yang dibina oleh swasta kenalah bayar tol. 

Terlopong Pak Hassan bila dengar penerangan aku. "Ooo macam tu ke?"..

 "Maknanya kalau kami tak mahu menggunakan lebuhraya swasta, maka kami tak perlulah bayar tol tetapi perjalanan kami kurang selesa dan lambat sampai"? Tanya Pak Hassan.

" Macam nilah Pak Hassan, Pak Mail, Pak Seman, Macam hospital dan kliniklah. Kalau nak yang percuma, cuma bayar Singgit je, pergi hospital kerajaan. Tetapi lambatlah sikit kena tunggu giliran. Kalau nak cepat dan perkhidmatan selesa, pergilah ke klinik swasta" tetapi bayarannya mahallah sikit".

"Bukan ke membina kemudahan infrastruktur ni tanggungjawab kerajaan yang memerintah" Tanya Pak Mail pula.

"Memang pun, membina kemudahan infrastruktur atau kemudahan awam untuk kemudahan rakyat termasuklah lebuhraya adalah tanggungjawab kerajaan. Namun demikian kadang-kadang ada rakyat ni yang minta sesuatu yang diluar kemampuan kerajaan dan kerajaan tidak mampu untuk melaksanakannya. Jadi kerajaan offer atau tawarkan kepada mana-mana pihak yang mampu untuk melaksanakannya. Biasanye mereka yang minta lebih-lebih ni adalah rakyat kelas atasan. Mereka banyak duit, jadi macam-macamlah yang mereka mahu dari kerajaan. m

" Pak Hassan rasa kenaikan kadar tol pada tahun depan ni munasabah dan patut ke? Aku tanya Pak Hassan. 

" Dalam keadaan sekarang ni, semua kenaikan yang boleh membebankan rakyat dan meningkatkan kos sara hidup rakyat adalah tidak patut. Rakyat baru sahaja menghadapi "serangan" kenaikan harga barangan keperluan disebabkan kenaikan harga minya petrol, kenaikan harga gula, kenaikan tarif letrik. Jadi kalau ada lagi kenaikan yang melibatkan bebanan kepada rakyat, ianya memang tidak patut langsung. Dalam PRU baru-baru ni, kerajaan BN berjanji tidak akan ada kenaikan harga barang-barang termasuklah petrol, gula, letrik dan juga tol. Mana janji-janji kerajaan. Ini tidak, tak sampai setahun mereka memerintah, pelbagai kenaikan telah dilakukan. Aku dah agak dah, kerajaan memang tidak ada duit tetapi bercita-cita besar. Kononnya hendak mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, tetapi siapa yang berpendapatan tinggi tersebut. Adakah orang kampung macam kami ni? Pendapatan tak bertambah tetapi perbelanjaan makin bertambah. Nak harapkan BR1M, bukannya dibayar tiap-tiap bulan. Lagi pun pada pendapat aku, pemberian BR1M ini adalah satu langkah yang merugikan kerajaan. lebih baik kerajaan mengeluarkan pinjaman tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik yang panjang kepada rakyat yang memerlukan. Sekurang-kurangnya kerajaan mendapat balik bayaran pinjaman tersebut. Itu lebih baik dari memberi secara percuma". Panjang lebar pula penerangan Pak Hassan kali ini. 

" Pak Hassan, BR1M tu untuk golongan yang memerluklannya. Pinjaman tu pula menggalakkan rakyat berhutang. Itu tidak bagus. Kata aku kepada Pak Hassan.

" Yelah, kalau nak bagi BR1M pun okey jugak, tetapi apa salahnya kerajaan membantu rakyat dengan menawarkan satu bentuk kemudahan pinjaman tanpa faedah ataupun pinjaman diskaun kepada rakyat". kata Pak Hassan. 

" Apa pinjaman diskaun tu Pak Hassan?" Tanya Pak Mail.

"Pinjaman diskaun maksudnya, kerajaan memberikan pinjaman kepada rakyat yang memerlukan pinjaman tanpa faedah bagi tujuan peribadi dan rakyat cuma bayar separuh sahaja pinjaman tersebut. Contohnya kalau kerajaan bagi pinjam RM1,000, rakyat cuma bayar balik RM500 sahaja. Rakyat bolehlah menggunakan duit pinjaman ini untuk pelbagai tujuan hidup. Pinjaman ni jangan diberi  sekali gus, tetapi diberi setiap bulan" Terang Pak Hassan kepada Pak Mail.

" Tak pernah dibuat orang Pak Hassan". Aku jawab. 

"Bukan kasi pinjam kepada semua orang, tetapi adalah syarat-syaratnya. Contohnya, Pak Mail nak pinjam untuk sekolahkan anak beliau, boleh pinjam daripada kerajaan tanpa faedah dan bayaran balik pula secara diskaun. Barulah dikatakan kerajaan yang mendahulukan rakyat". 

"Entahlah Pak Hassan, nanti kerajaan dikatakan bertindak sebagai ceti pulak" Aku jawab.

" Betul juga cakap Pak Hassan tu. Bukankah kerajaan sekarang ni sebuah kerajaan yang tidak berduit tetapi bercitarasa besar. Kononya nak maju, tetapi duit tak ada untuk membawa negara menjadi maju dalam tahun 2020 ni. Pasal tulah kerajaan terpaksa mengupah pelbagai konsultan untuk  memikirkan pelbagai cara untuk mendapatkan duit. Salah satu caranya ialah dengan memotong subsidi yang diberikan kepada rakyat. Bila subsidi minyak, gula, letrik dipotong, maka kerajaan dapatlah berjimat. Kesan sampingannya, harga barang akan naik. Bila harga barang naik, maka syarikat akan membayar lebih cukai kepada kerajaan. tambahan pula tahun 2015 ni, GST akan dikenakan.  Lagi kembunglah kantung kerajaan dengan duit cukai dari rakyat. Bila duit dah banyak, bolehlah kerajaan berbelanja sakan. Katanya hendak memajukan negara, entah ye entah tidak. Entah-entah duit tu dibelanjakan untuk membina pelbagai projek yang tidakdiperlukan oleh rakyat"  Tambah Pak Mail. 

Cukuplah Pak Hassan, Pak Mail, kita sambung lain kali pulak. Perbincangan kita ni, aku tulis dalam blog aku. Pak Mail bukalah blog aku kalau nak baca.

2 comments:

Anonymous said...

Kenaikan tol akan juga meningkatkan kos pengangkutan barangan yg bakal meningkatkan harga barangan. Ditambah dgn kenaikan tarif letrik, harga minyak sebelum ini, GST yg bakal menyusul dan entah apa lg selepas ini, brg yg berharga seringgit mungkin akan berharga lbh dua ringgit. Mk tidak akan ada maknanya peningkatan pendapatan yg sebelum ini Rm 3000 sebulan walaupun menjadi Rm6000 sekalipun. Itulah yg menjadi ketakutan rakyat sebenarnya. Pembuat dasar yg berpendapatan lbh 30000 sebulan tak de masalah, bahkan memandang sinis pula pd golongan kebnykn yg berpndptn rendah. Dituduh pula malas kerja la, tak kuat berusaha la, tak pandai tambah pendapatan la, msykt subsidi la, sedang kedudukan mrk pun diangkat oleh rakyat bertujuan utk menyelasaikan masalah dan mengurangkan bebanan rakyat.

putrarahman said...

Bagi yang makan gaji mungkin ada peningkatan pendapatan, tetapi bagi petani dan nelayan bagaimana mereka meningkat pendapatan mereka?