SAHABAT BLOG

07 November 2013

Mykad Dipalsukan?

Kad Pengenalan Palsu? Adakah ini bermakna Mykad  itu boleh dipalsukan dengan cukup sempurna sehingga tidak mampu dibezakan dari yang asli. Minta pihak JPN beri sedikit penjelasan berhubung perkara ini.

Semenjak kes pembunuhan Pegawai Operasi Ambank baru-baru ini, heboh satu negara mengatakan para pendatang tanpa izin ataupun pendatang haram didapati memiliki IC Palsu dan menggunakan IC palsu tersebut digunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Setakat yang aku tahu, IC terkini yang dimiliki oleh warganegara Malaysia ialah Mykad dan Mykad ini adalah sebuah tanda pengenalan yang cukup bermutu tinggi. 

Dilaporkan harga sebuah Mykad palsu ialah antara RM300-500. Ini sesuatu yang sungguh mengejutkan kerana begitu murah benar harga 'warganegara' Malaysia. Pemegang IC yang dikatakan palsu ini  mampu untuk menjana pendapatan dan hidup selesa di Malaysia. Sekarang ini Akta Gaji Minimum telah diperkenalkan, bermaknanya setiap seorang pendatang asing yang menggunakan Mykad palsu ini mampu untuk hidup dengan selesa berbanding negara mereka sendiri.

Sekarang ini yang aku keliru ialah adakah IC yang diwar-warkan palsu oleh akhbar itu ialah Mykad yang telah dipalsukan ataupun ianya ialah Mykad asli tetapi telah disalahgunakan. Jika benar bahawa Mykad itu boleh dipalsukan dengan cukup sempurna, sebagai warganegara, aku cukup sedih dan terkejut. Setahu aku Mykad ini adalah satu identiti kad yang cukup sempurna dan bermutu tinggi dan mempunyai ciri-ciri pertahan an dari pemalsuan yang cukup tinggi. Pohon pihak JPN memberikan penjelasan, adakah Mykad itu telah dipalsukan sehingga orangramai begitu senang dikelirukan.

Diluar sana, ramai antara warganegara dan juga pemastautin tetap atau mereka yang mempunyai permit kerja yang sah tahu bahawa kawan-kawan ata rakyat senegara mereka yang mempunyai IC palsu ataupun duduk tanpa sah di negara ini. Mereka yang mempunyai maklumat ini dengan sengaja bersubahat dan tidak mahu melaporkan kepada pihak berkuasa. Apa kata jika kerajaan menawarkan reward atau hadiah kepada mereka satu jumlah yang munasabah jika sekiranya mereka melaporkan kepada pihak berkuasa sehingga kawan atau kenalan mereka itu tertangkap. Contohnya berikan mereka sebanyak RM1,000 atas setiap maklumat yang sahih sehingga tertangkapnya PATI tersebut. Banyak juga kerajaan kena keluarkan belanja, tetapi aku percaya ramai di antara rakyat asing ini yang sanggup mengorbankan rakan dan kenalan sendiri demi untuk hadiah yang ditawarkan itu.


6 comments:

Anonymous said...

'Dilaporkan harga sebuah Mykad palsu ialah antara RM300-500' Ayo..yo Mykad tu rumah ke atau kereta?. Kalau sekeping Mykad tu fahamlah aku ianya kad pengenalan rakyat Malaysia

Anonymous said...

aku yakin itu bukan ic palsu..

putrarahman said...

Ha.ha.ha. Anon 2:28, kesalahan memang disengajakan bagi tujuan supaya kamu komen dan bagi tujuan supaya Mykad itu dilihat sesuatu yang besar nilainya dan bukan seperti sekeping kertas biasa atau setaraf sekeping kad nama.

Anonymous said...

Cadangan menyediakan reward itu baik sebenarnya. Akan tetapi boleh disalah guna oleh majikan atau tekong untuk mendapatkan wang tersebut dan pada masa yg sama tidak membayar upahan pekerja ic palsu tersebut melalui proksi. Maka keuntungan jadi berganda pada pihak ini. Tambahan pula terdapat sebahagian pekerja tersebut masuk melalui sindiket dikepalai oleh orang y ada kedudukan, sudah tentu mendapat perlindungan yg diatur rapi. Teruskan usaha brain storm bro.

putrarahman said...

Kalau majikan yang lapor, mereka boleh dicaj sebagai mengaji warga asing tanpa permit yang sah. Bukan reward yang dapat, lokap pula yang menanti.

Anonymous said...

Sdr putrarahman
tak kan majikan tak boleh nak fikir, gunalah "proksi" iaitu mana-mana individu kepercayaannya, berilah komisyen beberapa persen