SAHABAT BLOG

05 November 2013

Miracle and magic..... Modal Air Liur pun Boleh Menang?

Benih padi yang ditabur oleh Presiden PAS dan Mahfuz di dalam air rupa-rupanya telah membuahkan hasil, Ha ha ha , PAS menang PRK DUN Sungai Limau. Itulah magic parti PAS ni, bermodalkan air liur dan janji kosong pun masih boleh menang. BN patut belajar dari PAS bagaimana hendaklah bermodalkan air liur dalam berkempen.

Apa yang aku perhatikan, PAS telah mendidik anak muda mereka untuk terus kekal bersama PAS walaupun mereka sedar bahawa PAS itu tidak boleh memberikan apa-apa kepada mereka. Pada mereka kalau nak rezeki yang lebih, mereka akan berhijrah ke negeri yang diperintah oleh BN untuk sama-sama berebut dengan anak negeri yang lain. Tinggallah orang tua untuk menguruskan negeri dan mendidik anak-anak kecil untuk terus menyokong perjuangan mereka.

Lihat di sebuah negeri di Pantai Timur, berapa ramai anak muda mereka yang berhijrah ke negeri yang diperintah oleh BN untuk merebut peluang pekerjaan. Tindakan mereka ini telah menyempitkan peluang kepada anak tempatan untuk mendapat pekerjaan. Apabila rezeki diperolehi, mereka akan menghantar pulang kepada orang tua mereka dikampung agar boleh menjalani kehidupan dengan lebih selesa. Mereka tidak izinkan ada orang lain untuk membangunkan negeri mereka walaupun orang tua mereka mendambakan pembangunan.

Aku bukan apa, kesian kepada orang-orang tua di Sungai Limau. Telah lama mereka mahu berhijrah tetapi selama ini mereka segan dan sayang kepada Allahyarham TS Azizan. Pasal itu, kalau dibuat kajian, aku percaya kebanyakkan saluran 1 iaitu saluran orang-orang tua dimenangi oleh BN. Mereka ini sebenarnya ingin mengambil kesempatan sebelum menghembus nafas terakhir untuk mengecaapi sedikit kemakmuran dan sedikit kesenangan yang tidak mereka perolehi  sepanjang 25 tahun di bawah pimpinan PAS. 

Aku percaya BN banyak tewas di saluran 4 dan 5 iaitu saluran orang muda. Orang muda ini sebenarnya telah dikuasai oleh emosi semasa mengundi. Perasaan benci dan meluat terhadap UMNO dan BN masih menebal dalam diri mereka dan tanpa mereka sedari emosi mereka itulah yang menjadi penghalang bagi mereka untuk berubah mengecapi sedikit kemakmuran dan sedikit pembangunan. Perasaan benci dan meluat ini telah diasuh sedari tadika lagi oleh keluarga dan pemimpin PAS. Perasaan meluat dan benci kepada UMNO dan BN itu telah menjadi darah daging mereka dan telah menjadi seperti akidah dalam pegangan hidup mereka. Bilakah mereka ini akan insaf? Ada yang tak sempat insaf sehingga habis nyawa dan ada yang insaf apabila usia menjelang senja. Majoritinya tidak akan insaf-insaf. 

Secara keseluruhannya, BN telah berjaya walaupun tidak mencapai sasaran untuk memenangi DUN Sungai Limau. Sekarang ini terpulang kepada pihak kerajaan bagaaimana hendak menunaikan janji-janji yang dibuat dalam kempen. Pihak PAS sering mendakwa bahawa janji jutaan ringgit peruntukkan yang disalurkan kepada penduduk Sungai Limau adalah umpan kempen BN, tetapi rupa-rupanya majoriti penduduk Sungai Limau hanya makan umpan tetapi bijak memilih antara mata kail dengan umpan. Mereka hanya memakan umpan dan memastikan mereka tidak makan mata kail sekali. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Memakan umpan dan mengelak mata kail? Perkara ini telahpun diajar dan diperturunkan oleh pepimpin mereka bagaimana membezakan antara umpan dan mata kain. Ajaran seperti " bagi kain, ambil, bagi pitis sapu, undi tetap pangklah PAS".  Dalam bahasa musahnya, pengundi PAS adalah ikan-ikan yang cerdik.

Sekarang ini, terpulang kepada BN samada masih hendak memberikan umpan ataupun terus memberikan mata kail. Nak makan atau tak nak? Tak nak makan, maka berlaparlah. Bagi yang makan mata kail kosong , ada habuan yang menanti.

 Oleh kerana majoriti penduduk Sungai Limau menolak umpan dan habuan yang ditawarkan oleh BN, maka tidak ada sebab bagi kerajaan BN untuk memberikan mereka makan secara percuma. Dalam bahasa mudahnya, kenapa kita hendak hulurkan kepada mereka yang menolak? 

Walaupun BN kalah, aku percaya segala peruntukkan yang dijanjikan kepada penduduk Sungai Limau bakal diteruskan dan ditunaikan kerana pemimpin BN adalah pemimpin yang menunaikan janji yang dibuat. Cuma dimasa yang akan datang, aku nasihatkan kepada pemimpin BN supaya jangan terlalu galak mengumpan rakyat dengan umpan semata-mata hendak menang PRK, tetapi BN kena bijak bermain kata-kata dan air liur perlu lebih masih.

Pengundi Cina? Langsung tidak boleh dipercayai. BN telah memberikan begitu banyak keselesaan kepada mereka kecuali kuasa, oleh itu mereka sudah tidak peduli apa hendak berlaku. Jika undian tidak melibatkan perubahan kuasa yang memihak kepada mereka, tidak ada sebab bagi mereka hendak bersungguh-sungguh keluar mengundi. 

6 comments:

Wak Labu Farm said...

punce sebenarnye nye rakyat menolak BN@UMNO se mate2 kerane pemimpin2 nye yang busuk2 tu masih ramai berade dalam UMNO.

wak banyak bertanye pade kaum cine kenape tolak BN, jawapan mereke mudah aje, kerane pemimpin UMNO yang busuk!

pemilihan UMNO yang lalu telah gagal menghapuskan pemimpin2 busuk dalam UMNO........

Anonymous said...

Anak muda mana yg mau sokong parti penyamun n perasuah..dr ketua bahagian sampai naib presiden semua naik melaui rasuah.hanya penyamun yg menyokong perasua..anak muda dah bijak bro..

putrarahman said...

Ye le, anak mude dah bijak, dah makin liberal dan makin hilang jati diri. Lama-kelamaan anak mude yang korang kata bijak inilah yang akan mengadaikan bangsa dan agama kepada kuasa asing (non malay). Masa itu, barulah sedar, tetapi sudah terlambat. Kalau tidak disebabkan ikhtiar dan usaha UMNO (dengan Izin Allah) kita masih lagi ditakuk lama. Aku sokong sikap zuhud, tetapi aku lebih menyokong pembangunan kerana dengan pembangunan dan kemajuan, barulah bangsa dan agama kita dihormati.

putrarahman said...

Wak, itu budaya dalam UMNO yang bukan mudah untuk ditolak. Lagipun kita bukan ahli UMNO, kenapa kita nak sibuk-sibuk. Samalah seperti budaya di dalam PAS yang membenarkan semua kata-kata pemimpin mereka sehingga pemimpoin mereka seolah-olah maksum.

Yang pentimg, budaya tersebut tidak memudaratkan rakyat. Apa yang hendak kita pastikan ialah agar budaya UMNO itu tidak merebak di dalam pentadbiran. Maknanya jika kita dapati ada pemimpin UMNO yang mengamalkan budaya UMNO itu di dalam pentadbiran negara, sebagai rakyat kita hendaklah mengambil tindakan memastikan mereka dikenakan hukuman. UMNO adalah pembela bangsa dan agama kita dan tidak ada parti lain selain UMNO yang boleh melakukan sepertimana UMNO lakukan.

Wak Labu Farm said...

yang susah nye tu semakin ramai melayu dah ter ikut2 style cine menolak UMNO -UMNO sudah tidak boleh diperbaiki lagi seperti asalanye.

kini pemimpin2 UMNO semakin jelas dikace mate rakyat semakin parah.

isu paling besar yang mengebab kan UMNO jadi buruk bermule dari skandal Bank Bumiputera dan berterusan kepade isu kapal selam, helikopter, dan terakhir ialah isu lembu.

isu2 yang kecil2 atau separa kecil seperti rasua, penyalahkan gune kuase dan lain2 terlalu banyak sehinggekan tidak terkire lagi.

memang sudah menjadi adal alam, yang terlalu lame tu akan menjadi busuk....... perlu ditukar yang baru.

jangan takut berubah..... kite perlu berubah.......

Anonymous said...

UMNO itu sendiri membawa maksud: United Malay Never Occur
Antara contohnya UMNO asal & UMNO baru. UMNO asal jujur serta ikhlas memperjuang dan membela nasib kaum melayu spt DEB, Felda dll tanpa menafikan hak warga kaum lain. UMNO baru pula jauh tersasar dari dasar asas tersebut. Perjuangan UMNO baru tertumpu kepada kepentingan diri serta konco-konco shj disamping menindas rakyat yg lain. Janganlah mengambil kredit jasa UMNO asal yg telah diharamkan untuk kepentingan UMNO baru. UMNO baru inilah perosak negara bangsa (baca bangsa bukan kaum).