SAHABAT BLOG

07 November 2013

Elok Juga Parti Islam Semalaysia ditukar menjadi Parti Kebajikan Semalysia

Aku bukan nak menyokong Karpal, tetapi mungkin pandangan kami kebetulan serupa dalam hal parti politik yang menggunakan agama sebagai asas perjuangan mereka, atau lebih tepat kalau di Malaysia ini ialah parti PAS. Kalau tak silap aku seruan dan gesaan supaya PAS tidak menggunakan perkataan Islam pada parti mereka telah lama kedengaran. Maknanya gesaan supaya jangan ada parti politik menggunakan dan memperalatkan agama bagi tujuan politik bukan perkara baru. Cuma dahulu ianya datang dari pemimpin dan penyokong UMNO. Jadi ianya tidaklah begitu sensasi kot. 

Karpal Singh berlebih-lebihlah pulak. Ada ke patut beliau mahu supaya parti berasaskan kaum pun tak boleh dibenarkan. Tambahan lagi beliau berganda-ganda berlebih-lebihnya sehingga mengaitkan NGO sekali. Apa, dia ingat parti DAP itu sudah cukup baik ke? Kalau semua orang melayu sertai DAP, jangan harap beliau nak jadi pengerusi DAP. Ramai  Melayu yang tak hingin nak pilih dia sebagai pengerusi.

Berbalik kepada isu parti politik berasaskan agama ,aku tidak bersetuju jika agama dijadikan asas untuk berpolitik sepertimana yang dilakukan oleh PAS. Kalau PAS boleh buat, tidak mustahil akan wujud Parti Budha  atau parti Hindu Semalaysia suatu hari kelak. Namun kalau nak memperjuangkan dan mempertahankan agama melalui kuasa politik aku cukup galakkan. Ianya ada beza antara mempolitikkan agama untuk kuasa dan menggunakan kuasa untuk mempertahankan agama. Maklum sahajalah, ilmu politik ni tak berapa betul sangat dan adakalanya jauh menyimpang dari ajaran Islam. Contohnya ramai ahli politik yang hanya pandai berjanji tetapi tidak ada azam hendak menunaikan janji-janji mereka. Kalau tak berjanji, tak dapat undi. 

Lagipun aku dapati, keadaan orang Islam dah haru biru disebabkan sikap PAS yang menggunakan agama sebagai alat untuk berkuasa. Bila dapat kuasa, tidak pula mereka menggunakan kuasa mereka itu untuk meninggikan Syiar Islam. Lain halnya dengan UMNO. Mereka tidak memperalatkan agama untuk berkuasa tetapi mereka menggunakan kuasa untuk meningkatkan Syiar Islam. 

Bila aku kata isu ni dah lama, betullah tu. Orang UMNO dah mendahului Karpal mengesa supaya perkataan Islam digugurkan dari parti PAS.  Lagipun PAS tidak lagi memperjuangkan sebuah negara Islam tetapi mereka memperjuangkan Negara Berkebajikan dan pada masa yang sama mereka juga sudah sanggup membenarkan bukan Islam menjadi pemimpin mereka. Nasib baik tidak menang dalam PRU13 baru-baru ini. Lagi pun kalau dikaji perangai para penyokong PAS, ramai di antara mereka yang lebih teruk perangainya berbanding orang UMNO.  Eloklah diubah nama Parti Islam Semalaysia itu kepada satu nama baru kerana dasar perjuangan mereka pun sudah berubah iaitu negara berkebajikan dan bukannya negara Islam. Jadi eloklah ditukar menjadi Parti Kebajikan Semalaysia (PKS). 

Ini pandangan aku sahaja dan tidak semestinya betul untuk diikuti. Buatlah penilaian sendiri. 


3 comments:

Wak Labu Farm said...

Karpal tu kafir, jadi kalu die tak mau parti yang berasaskan Islam tak heran lah, tapi yang menghairankan orang Islam yang tak suke parti yang berasaskan Islam........

Anonymous said...

Wak tak kan lupe PAS itu asenya sayap ugame dlm UMNO dulu. Sayap ni keluwo UMNO sebab UMNO mase tu buat keghoje tak nak bepandu pade ajaghan Islam. Ade sesetengah tu ape yg diputuihkan oleh UMNO ditego oleh sayap ni le, macam loteri kebajikan dulu. Bukan UMNO tak mau dengo nasihat sayap ugame parti sendighi je malah dipeleceh pulak. Macam mana nak maju kalo ikut caghe Islam, banyak beno pulak pantang... ini hagham itu hagham, susah kalo gitu, kate puak UMNO pada sayap ugame ni, mane nak kompoi duit kalo banyak sangat pantangnye. Sayap ni keluwo UMNO make ditubuhnye PAS. Mole dulu seghonok beno UMNO buatle apepun tak ade sapa nak tego dlm parti. PAS menego daghi luwo parti. Nak haghap oghang ceghodek ugame dlm UMNO jawab balik, mane boleh lawan oghang yg guna alQuran dan hadith ni. Ate...cembughule puak UMNO ni, meghoyan tak sudah. Ate ce pikio, daghi mole dah tak bekenan pada Islam, alih-alih sekaghang mempejuang Islam pulak! Duit bantuan SAR dipotong, tulisan jawi macam dah lenyap seghope Altantuya, pejuangkan Islam konon! Belum ceghite bab hudud lagi banyak kalo nak sogheh. Sebenonye demer tu yg tak nak kat Islam ni disughoh oghang lain jangan gune Islam. Ngaku je le itu yg beno ato bute sejaghah.

putrarahman said...

Anon 11.27, pekat sungauh bahase pirok maung. Nasik baik akau' pahan.
Akau' bukang dok setujau nok pejuon agami, tapi bukan ikut patei pulitik. Budaye pulitik di neghare kite nain, teghauk sangat. Lasaun dok ikut care islang. Ulamok hok ade patei pulitik, kuar patwa pong ikut napsu pulitik. Dalan bahase mudohnye ulamak pulitik bukan ulamok tulin. Zaman khalipoh islan dulu pong rama ulamok jenih ni. Jadi bende naing bukang bende bagheu.