SAHABAT BLOG

19 November 2013

Aku Sokong Hudud di Kelantan Disegerakan Kerana......

Dua Puluh tahun bukanlah suatu masa yang pendek. Ianya suatu masa yang cukup panjang. Dalam masa yang cukup panjang ini pelbagai usaha telah dilakukan oleh UMNO untuk merampas kembali Kelantan dari PAS. Salah satu perkara pokok yang selalu digunakan oleh UMNO ialah menghalang Kelantan dari melaksanakan hukum hudud. Aku bukanlah pakar dalam isu-isu perlembagaan, tetapi UMNIO sentiasa menggunakan alasan bahawa Hukum Hudud yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan adalah bercangah dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Pihak UMNO juga sentiasa menyakini bahawa hukum hudud yang bakal diluluskan oleh kerajaan Kelantan ialah hukum hudud yang jauh berbeza dari segi perlaksanaanya dengan hukum hudud yang diamalkan di zaman Rasulullah S.A.W. dan para sahabat. Ini pun aku tidak tahu kerana aku tidak mempunyai ilmu secara mendalam berhubung hukum hudud. Namun demikian aku percaya bahawa, kerajaan Kelantan sudah tentu telah membuat kajian yang mendalam sebelum mereka meluluskan enakmen Hukum Hudud 20 tahun yang lalu. 

Jadi dengan yang demikian itu, aku fikir masanya sudah sampai bagi kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud. Pengasas kerajaan PAS Kelantan iaitu TG Nik Aziz pun sudah semakin tua dan aku percaya sebelum beliau menutup mata, beliau mempunyai harapan dan impian agar hukum hudud yang diluluskan oleh beliau dan yang menjadi cita-cita beliau diluluskan. Kalau boleh,  sebelum beliau menutup mata, beliau ingin melihat ada antara orang Islam di Kelantan yang menjalani hukuman di bawah undang-undang Hudud. Jika ianya terlaksana, maka bolehlah TG Nik Aziz dapat kembali kepada penciptanya dengan mata yang tertutup rapat.

Sebagai orang Islam, sebenarnya aku sudah lama menanti kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud kerana itulah yang diharapkan oleh seluruh orang Islam di Malaysia ini. Kerajaan Kelantan diharapkan menjadi contoh dan juga 'pilot projek' bagi perlaksanaan hukum hudud di Malaysia. Jika sekiranya hukum hudud di Kelantan ini dapat dijalankan sebagaimana yang sepatutnya dan kegiatan jenayah di Kelantan dapat dikurangkan dan ianyan tidak mendatangkan masalah-masalah besar, maka tidak ada sebab mengapa ianya tidak boleh dilaksanakan di seluruh negara.

Sehubungan itu, sudah sampai masanya bagi semua orang Islam di Malaysia ini tidak kira darimana mereka berasal dan apa pegangan politik mereka hendaklah memberikan sokongan kepada kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud. Bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan keupayaan dan juga ketidak sempurnaan hukum hudud yang ditulis di Kelantan, maka buanglah jauh-jauh perasaan tersebut kerana sesungguhnya perasaan tersebut adalah gangguan-gangguan politik semata-mata.

Walaupun banyak perkara yang diamalkan oleh PAS tidak aku sokong dan berkenan tetapi dalam perlaksanaan hukum hudud, aku sentiasa menyokong seratus peratus dengan syarat hukum hudud yang ingin mereka laksanakan menepati hukum hudud yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang aku percaya telah mereka penuhi.  

Sekali lagi aku menyeru kepada kerajaan Kelantan bagi pihak TG Nik Aziz, laksanakanlah hukum hudud yang telah diluluskan kerana semua prasarana telah tersedia. Ambilkira jugalah bahawa TG Nik Aziz sudah semakin tua dan aku percaya di dalam hati beliau ada tersimpan hasrat sebelum beliau mengadap penciptanya, beliau ingin melihat ada orang Islam di Kelantan dibicarakan dan kalau boleh dihukum di bawah undang-undang hudud.Berapa ramai di kalangan para penyokong PAS yang meninggal dunia tidak sempat melihat hukum hudud dilaksanakan di Kelantan walaupun ianya telah diluluskan.

No comments: