SAHABAT BLOG

03 October 2013

Takziah Untuk Keluarga Pelumba Terengganu Mohd Asmui Ali

Tranung kehilangan seorang lagi pelumba basikal berbakat akibat kemalangan sewaktu latihan.Kejadian kemalangan di kalangan pelumba yang sedang berlatih bukannya perkara baru, tetapi kerap kali dilaporkan dan yang malangnya kebanyakkannya megakibatkan kehilangan nyawa.

Semalam seorang lagi pelumba berbakat telah terlibat dengan kemalangan. Allahyarham adik Mohd Asmui Ali dikhabarkan  telah terjatuh ketika mengambil bekalan minuman daripada Van pembantu.  Dikhabarkan juga beliau terjatuh kerana  cuba untuk mengelak lubang.

Gambar dan berita di bawah diambil dari blog YB Rozi Mamat, ADUN Telemong.




Satu  kemalangan yang menyebabkan kehilangan nyawa seorang lagi pelumba basikal muda Terengganu yang berbakat besar. Selepas kemalangan yang membabitkan pelumba pelapis Terengganu Shafik Imran, pada Jun lepas telah ditekankan bahawa keselamatan pelumba semasa latihan tiada kompromi mesti dititikberatkan,namun nampaknya kejadian kemalangan yang meragut nyawa pelumba basikal negeri masih berlaku.


Kejadian berlaku pada pukul 11.30 pagi tadi bila Mohd Asmui Ali yang membuat latihan bergesel dengan rakan latihan dan tercampak ke atas jalanraya lalu digilis van. Allahyarham meninggal dunia ditempat kejadian di jalan Kuala Terengganu -Kuantan. Amat malang sekali perkara seperti ini berlaku negeri kehilangan seorang pelumba basikal yang berpontensi besar dan kehilangan besar juga buat keluarga serta negara Malaysia.

Diharap pihak Persatuan,pelumba serta pengguna jalanraya perlu sama sama memainkan peranan agar kejadian seperti ini tidak berlaku. TAKZIAH


No comments: