MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA. Laungan keramat ini sudah 56 tahun berlalu. 56 tahun yang lalu laungan ini bukannya 3 kali.Itu menandakan bahawa laungan merdeka itu sangat didambakan, sangat dihargai, sangat dinantikan. Sekarang ini nak melaungkan sebutan MERDEKA itu lebih dari 3 kali pun dah terasa susahnya, terasa malasnya. Ini disebabkan semangat kemerdekaan itu semakin luntur, semakin pudar, semakin lusuh dan tidak mustahil suatu masa yang akan datang, terdapat dikalangan rakyat kita yang langsung tidak pernah melaungkan sebutan MERDEKA bahkan mungkin ramai yang tidak tahu erti dan makna merdeka itu dan terpaksalah mereka menbelek-beleknya di dalam kamus dewan dan buku-buku sejarah.
MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA. Aku percaya, ada dikalangan pembaca blog aku ini yang tidak pun membaca perkatyaan merdeka yang sengaja aku tulis sebanya 7 kali diatas ini. Kalau ada yang baca pun, mungkin sekali baca sahaja.
Semalam , pensyarah Business LAW aku iaitu Dr. Suhaimi Ab Rahman membuka isu dan persoalan berkaitan merdeka kepada kami semua. Dr. Suhaimi ini rupa-rupanya sebaya dengan aku ataupun sama usia dengan aku, tetapi beliau kelihatan jauh lebih matang berbanding aku. Maklum sahajalah, pergaulan beliau cukup luas dan pengalaman pula cukup banyak berbanding aku ni. Ialah, latang belakang pekerjaan masing-masing membezakannya. Baiklah, Dr. Suhaimi bertanyakan apakah yang kami semua faham berkaitan dengan merdeka. Aku memberikan pendapat bahawa Kemerdekaan yang kita kecapi suatu masa dahulu dan hendaklah dipertahankan sampai bila-bila iala kuasa pentadbiran, kuasa pemerintahan, kuasa membuat keputusan, kuasa untuk menentukan bagaimana kita mahu jadikan negara kita ini mengikut acuan kita sendiri dan bukannya pihak lain yang tiada kaitan dan hubungan.
kebanyakkan yang memberikan pendapat adalah generasi X ataupun generasi yang lahir sebelun 80 an termasuklah Datuk Nabil iaitu salah seorang dari pelajar. datuk pun masih belajar untuk menambahkan ilmu. Manakala generasi Y langsung tidak mengemukakan pendapat dan idea, tetapi bila berbincang ataupun berdebat berkaitan dengan isu-isu semasa ataupun berkaitan dengan topik yang ada kaitan dengan pelajaran, merekalah yang paling hebat berdebat. Kita orang lama ni tak mampu untuk menandingi mereka kerana mereka.
Baiklah, apabila ada seorang pelajar yang aku kira dari generasi Y, nama penuhnya aku tidak hafal tetapi kami panggil dia Shah je kemukakan persoalan adakah TPPA yang sedang hangat dikatakan sekarang ini, adakah ianya satu bentuk penjajahan baru. Dr. Suhaimi katakan bahawa beliau sebenarnya tidak ada banyak pengetahuan berkenaan TPPA. Aku pun mengemukakan pandangan bahawa kalau nak dikatakan bahawa TPPA, ekonomi, bahasa dan sebagainya sebagai satu bentuk penjajahan yang kaitan dengan kemerdekaan, sebenarnya bukan sahaja perdagangan, ekonomi, bahkan kebudayaan, bahasa, filem, dan sebagainya kita semakin dijajah. Jadi aku kira, kemerdekaan yang wajib kita pertahankan adalah kemerdekaan untuk mentadbir negara kita ini dan membuat keputusan mengikut acuan kita sendiri. Manakala hal-hal lain boleh dihalang atau pun dielakkan untuk dijajah dengan peraturan dan undang-undang yang diputuskan oleh pemerintah kita.
Dr. Suhaimi pun menekankan bahawa kita semakin hilang identiti kita. Identiti kita semakin berserabut dan semakin hilang. Identiti inilah katanya yang menjadi kebanggaan negara-negara maju seperti Jepun katanya bahkan Thailand dan Indonesia pun mempunyai identiti mereka sendiri iaitu bahasa, sedangkan negara kita tidak ada identiti yang boleh dibanggakan dan boleh dijadikan asas dan pasak untuk menjadi sebuah negara maju. Dari segi makanan katanya, Thailand boleh mengembangkan tom yam mereka sehingga kenegara barat sedangkan itu tidak berlaku kepada makanan negara kita.
Akhir sekali DR. Suhaimi katakan bahawa sambutan ulang tahun kemerdekaan kita ini jika sekiranya diselitkan ataupun diadakan sajak kemerdekaan, ianya boleh membentuk identiti tersendiri untuk sambutan kemerdekaan. Burhanuddin pula lebih ganas bila mengeluarkan pendapat. beliau katakan adakah perlu kita membuat sambutan ulang tahun kemerdekaan pada setiap tahun sedangkan hakikatnya kita masih dijajah dan tidak merdeka sepenuhnya. Beliau juga mengeluarkan pendapat bahawa, negara kita ini sebenarnya tidak pernah dijajah dan kemerdekaan yang dikecapi itu adalah kemerdekaan dari sefi kuasa pemerintahan sahaja sedangkan tanah air kita ini secara keseluruhannya masih lagi milik rakyat peribumi.
Jadi kesimpulan yang boleh aku buat di sini ialah kemerdekaan kita ini adalah kemerdekaan kuasa dan bukannya kemerdekaan dalam hal-hal kehidupan lainnya. Jadi kuasa yang kita miliki ini hendaklah dipertahankan kerena jika sekiranya kuasa pemerintahan ini dijajah sekali lagi, maka pada masa itulah kita akan ketahui erti sebenar sebuah penjajahan. Untuk menjadi negara maju juga aku menekankan bahawa negara kita perlu mempunyai identiti dan mempertahankan identiti kita itu. Kita tidak boleh maju dengan meminjam identiti-identiti luar ataupun mempunyai identiti yang bercampur aduk. Identiti apa yang perlu kita pertahankan, sudah tentu yang paling utama ialah bahasa, kebudayaan, pakaian dan makanan. Kita sepatutnya bangga dengan bahasa kita, kebudayaan kita, makanan kita dan pakaian kita.
Itu sahaja...MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA. Slogan kemerdekaan tahu ini ye???? Rasa sayang eh , Lihat Nona jauh ke?
No comments:
Post a Comment