SAHABAT BLOG

16 September 2013

Melayu Memang Bodoh??


Asalnya aku nak tulis tajuk "Melayu Memang Bodoh" tanpa tanda soal supaya kasi gempaq sikit. Tetapi tak tergamak pula rasanya mengutuk bangsa sendiri. Sebenarnya perkataan "Melayu Memang Bodoh" aku ambil bulat-bulat dari apa yang ditulis dalam banner di bawah. Aku percaya banner ini disediakan oleh orang-orang Cina dari parti DAP.

Ini orang yang tulis ini banner memang tidak takut mati punya. Macam gangster punya orang. Apa akan jadi jika orang Melayu pula membuat banner "Memang Cina Bodoh". Tak payah tulis lebih-lebih, cuma tukar melayu itu kepada cina.  Sudah tentu melompat-lompat  pemimpin Cina. Berduyun-duyun pemimpin Cina tak kira dari DAP, MCA dan Gerakan akan menuntut supaya PM mencari siapa yang membuat banner berkenaan dan menghukum mereka di bawah akta hasutan. Bukan pemimpin Cina sahaja yang melompat, tetapi pemimpin Melayu dan India yang sudah hilang jati diri melayu pun turut sama melompat. Bukan melompat gembira tetapi melompat menyokong Cina-cina ini.

Dalam hal ini, jika hina menghina antara kaum ini tidak dibendung, maka tunggulah malapetaka yang besar akan melanda negara kita ini. Oleh itu, aku pohon supaya kerajaan menyiasat siapa punya angkara yang membuat banner ini dan menyiasat mereka di bawah akta hasutan kerana perbuatan mereka ini boleh menghasut rakyat untuk bermusuhan sesama sendiri. 

Artikel ini diilhamkan dari blog sangkakalajari9.

SIAL SUNGGUHBPUAK PUAK NI !!! TAK TAU HORMAT ORANG AGAKNYA !!!


Kalau nak dimaki nanti kata rasis..tapi kalau tak dimaki hati sakit bagai nak gila..jadi agaknya apa yang patut dibuat dengan puak puak ni?

Mereka ni sekarang dah melampau sangat sampai mengatakan melayu memang bodoh dalam banner yang di gantung di Gelang Patah Johor.

Jadi adakah orang Melayu Johor mahu berdiam diri dalam hal ini? Adakah mereka ini perlu dibiarkan begitu sahaja?

Bukan Sangkakala mahu Melayu Johor bangkit untuk berperang dengan cina DAP yang terang terang menghina Melayu. 

Cuma apa yang Sangkakala nak bagi tahu disini ialah, mereka (cina DAP) sebenarnya tidak peduli dengan sensitiviti melayu yang ada dalam PAS dan PKR. 

Bagi mereka Melayu tetap Melayu dan mereka akan menghina Melayu tanpa memikirkan soal parti politik. 

Tapi Melayu yang ada dalam PAS dan PKR mahupun dalam DAP sendiri seolah olah tidak mempunyai roh perjuangan orang Melayu serta semangat kemelayuan dalam diri mereka. 

Apa akan jadi kesudahannya nanti jika Melayu terus dihina oleh orang Cina DAP seperti ini?

Fikir fikir kanlah wahai Melayu..kamu kini kian lesu.


No comments: