CATATAN PERIBADI

18 July 2013

Berwaspadalah Apabila Mempunyai Pekerja Asing





Wanita dilarikan ke Indonesia dibawa pulangNuridayu diiringi suaminya Mohd Riduan Abdul Razak sejurus tiba di balai ketibaan KLIA selepas dilaporkan dilarikan seorang lelaki warga Indonesia 22 Jun lalu.











SEPANG - Ibu tiga anak, Nur Idayu Aziz, 34, yang dipercayai dilarikan sekumpulan warga Indonesia ke Jawa Timur hampir sebulan lalu, berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang menyambut ketibaan wanita itu bersama suaminya, Mohd Riduan Abdul Razak, 34, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan misi diketuai Setiausaha Agung KP1M, Abdul Khalid Chairul seminggu lalu.

Beliau berkata, wanita malang itu berjaya dikesan minggu lalu, disembunyikan di sebuah rumah di kawasan pedalaman Rambipuji di daerah Jember, kira-kira enam jam perjalanan dari Surabaya.

“Ketika kami jumpa dia, keadaannya seperti tidak sedarkan diri malah langsung tidak mengenali suaminya dan kita mengambil masa tiga hari untuk mengubati dia dengan menggunakan kaedah rawatan Islam.

“Sekarang keadaannya bertambah baik, biarpun tidak pulih sepenuhnya, kita dimaklumkan dia didakwa terkena ilmu hitam yang dilakukan oleh penculiknya,” katanya.

Menurutnya, misi menyelamat itu merupakan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Nur Idayu dibawa pulang dengan selamat ke pangkuan keluarganya.

Nur Idayu mengucapkan terima kasih kepada pihak membantunya. - Bernama



No comments:

Post a Comment