CATATAN PERIBADI

18 July 2013

Hina Islam - Bila Dipolitikan, PAS Pasti Membela

Aku dah cakap dah, orang kapir tanpa segan silu atau pun tanpa rasa takut-takut untuk menghina agama Islam kerana mereka tahu apabila isu ini ditangani oleh ahli politik, maka akan ada para pemimpin dari parti PAS yang akan memihak kepada mereka. Yang salah adalah pemimpin UMNO jugak. Memang kekallah PAS itu musuh UMNO dunia dan akhirat agaknya. Kesimpulan aku, PAS ni tidak boleh diharap satu sen pun untuk menjadi pembela Islam jika tidak membawa kepada keuntungan politik mereka.

Dalam berita di bawah ini, Si Dr. Mariah tu pulak telah mempersoalkan para pekerja syarikat Insuran, Bank yang menjalankan aktiviti riba dengan menawarkan insuran dan juga pinjaman konvensional kepada orang Islam. Walaupun beliau tidak menyebat pasal perkara ni, tetapi kalau dikupas inilah maksudnya. Elok jugak beliau sentuh perkara ini kerana di negara kita ini berapa ramai orang Islam yang terperangkap akibat kejahilan mereka sendiri apabila mempromosikan barangan/perkhidmatan berunsurkan  riba kepada umat Islam. Perasan tak promotion pinjaman ASB oleh bank-bank. Pinjaman tu adalah pinjaman konvensional dan dah semestinya kadar bunga yang dikenakan adalah riba.

Si Ketua pemuda PAS tu pula tak baca berita atau tak ikut perkembangan kot. Ingat tak lagi pemuda Islam yang dipenjarakan kerana membakar gereja itu hari. Bukan kes itu sahaja, banyak lagi kes lain yang boleh dijadikan contoh. Setakat ni aku tak pernah tahupun ada orang kapir yang dipejarakan kerana menghina Islam.Setakat diambil keterangan sahaja banyaklah. Tapi apabila orang Islam hina agama lain, pasti mereka akan dipenjarakan dan akan dikecam oleh orang Islam (PAS dan PKR) dan oleh orang kapir (DAP, MCA, MIC).

Baca berita di bawah ini yang diambil daripada http://bm.harakahdaily.net

KUALA LUMPUR: Kemarahan umat Islam terhadap pasangan Alvin dan Vivian yang menghina agama Islam sebelum ini perlu ditangani dengan sebaik-baiknya tanpa ada pilih kasih.


Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar), berkata masyarakat hari ini mudah menjadi marah apabila berlaku hinaan ke atas agama Islam oleh bukan Islam.

Sebaliknya, hanya berdiam diri apabila terdapat orang Islam sendiri yang menghina Islam dengan melakukan perkara-perkara yang melanggar hukum Islam itu.

"Ya, memang wajar umat Islam marah apabila ada bukan Islam menghina Islam. Tapi anehnya, apabila ada orang Islam yang jelas menghina agama, tiada pula yang marah," kata beliau ketika diminta mengulas tindakan pasangan tersebut.

Bercakap pada wartawan pada sidang media di lobi parlimen, hari ini Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat itu berkata terdapat pemimpin negara ini yang beragama Islam secara jelas mempunyai pegangan saham judi di Genting.

Malah, tambah Dr. Mariah terdapat korporat-korporat di negara ini yang beragama Islam yang menjalankan perniagaan dengan mengambil keuntungan dari hasil riba yang jelas haram di sisi Islam.

"Sedangkan sudah termaktub dalam al-Quran yang mengatakan riba itu bukan satu perniagaan. Dan tindakan mengenakan riba itu juga merupakan satu penghinaan terhadap agama Islam itu sendiri," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau meminta sebarang isu berkaitan sensitiviti mana-mana agama perlu diberikan perhatian seadil-adilnya tanpa pilih kasih.

Sementara itu, Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan (gambar), berpendapat tindakan tegas bukan sahaja dikenakan ke atas individu bukan Islam yang menghina Islam, tetapi turut dikenakan ke atas orang Islam yang menghina agama lain.

"Tindakan tegas perlu dikenakan kepada mana- mana pihak yang menghina mana-mana agama. Bukan hanya kepada orang bukan Islam, tetapi juga kepada orang Islam yang menghina agama lain," kata beliau.

Tambah Ketua Pemuda PAS Malaysia itu, biarpun pasangan tersebut telah memohon maaf, ia tidak bermakna mereka boleh terlepas dari dikenakan hukuman.

Katanya, hukuman setimpal perlu dikenakan bagi memastikan kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi di masa hadapan.



No comments:

Post a Comment