Lama benar aku tidak update blog. Kesibukan belajar dan menyiapkan tugasan menyebabkan aku langsung tidak mempunyai azam dan ikhtiar untuk menulis. Namun demikian, tidaklah pula aku melupakan dunia penulisan blog dengan mengikuti perkembangan terkini terutama coretan bloger No. 1 Terengganu Bro Dinturtle. Baru-baru ni aku ada terbaca Bro Din telah difitnah oleh seseorang penulis hingusan. Sebagai seorang kenalan bloger, aku tahu bahawa Bro Din adalah seorang bloger tidak bertuan. Seorang bloger lepas bebas menulis apa yang difikirkan boleh membantu bangsa Melayu.
Baiklah, isu terkini yang menarik untuk aku ulas ialah berkenaan penghinaan terhadap kesucian Islam oleh blogers seks lucah No.1 negara iaitu Vivian Lee. Penghinaan beliau terhadap kesucian Islam bukanlah satu penghinaan yang boleh diselesaikan dengan permohonan maaf. Ianya satu penghinaan yang patut dibalas dengan hukuman sebagai balasan dan juga sebagai peringatan kepada sesiapa sahaja yang berani menghina Islam. Kalau Vivian ini melakukan perbuatan ini di Iran, aku percaya beliau sudah pasti telah dijatuhkan hukuman mati. Itu kalau di Luar negara, tetapi dalam Malaysia ini, aku percaya hukumannya tidaklah sampai ke tahap tersebut.
Baiklah, penghinaan terhadap Islam ini bukanlah suatu yang baru bahkan ianya telah berkurun-kurun yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Namun demikian dalam konteks negara Malaysia ini, penghinaan terhadap Islam ini semakin menjadi dan semakin terbuka semenjak wujudnya media sosial iaitu blog, facebook , twiter. Kalau dulu, penghinaan terhadap Islam mungkin secara tertutup dan tidak diketahui umum, tetapi kini ianya telah dilakukan secara terbuka dan boleh ditatap oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Aku tidak mahu berburuk sangka, tetapi aku dapati bahawa penghinaan terhadap Islam ini kebanyakkannya dilakukan oleh bangsa Cina. Aku tidak tahu Cina yang menghina Islam ini beragama budha ataupun Kristian. Orang Indian ada juga, tetapi tidaklah menjadi isu besar. Isunya kenapa mereka sanggup berbuat demikian sedangkan mereka sedar bahawa Islam adalah isu yang cukup sensitif terhadap orang melayu. Beberapa kesimpulan yang boleh aku kemukankan tetapi aku percaya ianya bukanlah tepat.
Pertama, aku dapati penghinaan terhadap Islam ini berlaku selepas peralihan kuasa PM dari Tun Mahathir kepada Pak Lah. Apabila Pak Lah memberikan sedikit kebebasan bersuara kepada rakyat Malaysia, maka isu ini pun mula kedengaran. Keduanya, apabila PAS telah bergabung dengan DAP. Penghina-penghina Islam ini beranggapan bahawa PAS yang dianggap sebagai pembela Islam yang ekstrem di negara ini telah berjaya ditawan ataupun dikawal oleh pemimpin Pakatan Rakyat terutama DAP, maka pemimpin PAS akan berbelah bahagi untuk menjadi pembela Islam kerana bimbangkan kepada DAP. Itu pasal apabila ada sahaja penghinaan terhadap Islam dilakukan, PAS akan berdiam diri dan tidak berani hendak memberikan komen.
Apabila ada NGO Islam yang membela Islam, maka akan ada sahaja pihak-pihak yang mengaitkannya NGO tersebut dengan UMNO. Mereka dengan pantas tanpa bertangguh akan mempolitikkan perkara tersebut. Para pemimpin PAS pun terus senyap untuk memberikan apa-apa komen kerana terpedaya dengan permainan isu politik. Maknanya , jika NGO yang membela Islam itu dikaitkan dengan UMNO, maka PAS tidak boleh menyokong kerana tidak mahu dilihat sebagai bekerjasama dengan UMNO.
Akhir sekali aku melihat, bahawa pemimpin UMNO terutama pucuk pimpinan tertinggi UMNO terlalu berlembut dengan puak-puak ini. Pemimpin ini juga sama seperti PAS iaitu tidak mahu dilihat menyokong NGO Islam ini bimbang akan hilang pengaruh politik mereka.
Cukuplah apa yang aku ingin nyatakan. Aku harapkan kepada pemimpin Islam terutama daripad UMNO dan PAS supaya melihat isu penghinaan terhadap Islam ini bukan dari sudut politik, tetapi melihatnya dari sudut Umat Muhammad dan Hamba Allah. Jika mereka melihat dari sudut Umat Muhammad dan Ham,ba Allah, aku percaya tidak ada yang berani menghina Islam lagi di Malaysia ini secara terbuka dan dengan begitu berani seperti dilakukan oleh bloger lucah Vivian Lee ini.

No comments:
Post a Comment