SAHABAT BLOG

15 May 2013

Kenapa PR Beria Sangat Menolak Keputusan PRU 13 Terjawab.

Adakah Anwar mahu Obama tangani demokrasi di Malaysia sebagaimana USA tangani di Iraq. kalau itulah yang dimaksudkan oleh beliau semasa ucapan 505 di kuantan, negara dan rakyat sebenar sedang menghadapi suatu keadaan yang menuju kepada kemusnahan.

Bagi aku, jika Pakatan Rakyat beranggapan bahawa demokrasi telah mati di negara ini, aku fikir mereka telah melakukan perbuatan yang sia-sia dengan menyertai pilihanraya. Bukan sahaja membazirkan masa, malahan membazir wang ringgit. Apabila mereka turut serta di dalam pilihanraya malahan berjaya memenangi kebanyakkan kerusi samada parlimen ataupun dun, ini bermakna mereka, mengiktiraf sistem demokrasi dalam negara ini.

Oleh yang demikian, mereka tidak boleh mendakwa bahawa demokrasi sudah mati dan meminta campurtangan asing hanya disebabkan mereka tidak berjaya membentuk kerajaan di peringkat persekutuan. Bagi Rakyat yang rasional dan masih belum diracun fikirannya, boleh memikirkan perkara ini dengan waras.

Perbuatan Anwar & Geng Ni sebenarnya sesuatu yang amat merbahaya kerana mereka sanggup untuk menggunakan kuasa asing untuk merampas kuasa. Perbuatan ini hanya sanggup dilakukan oleh pengkhianat negara. Jika pengkhianat negara dibiarkan, aku fikir negara kita yang tercinta ini akan hancur Dan musnah sepertimana yamg dialami oleh Iraq.

Disisi lain, aku tertanya2,kenapa Anwar beria sangat menolak keputusan pru 13 ini sedangkan pada masa yang sama,pemimpin Pas pasrah dengan kekalahan ini & pada masa yang sama juga Timbalan Presiden PKR juga telah redha menerima keputusan ini. Adakah Anwar dilihat terlalu mengidamkan jawatan pm. Apakah yang beliau ingin lakukan jika,menjadi pm. Adakah ini ada kaitannya dengan kes liwat beliau yang masih belum selesai yang akan dibicarakan di peringkat mahkamah rayuan. Aku pun tidak boleh membuat sebarang komen, masing-masing boleh membuat andaian sendiri.


No comments: