SAHABAT BLOG

27 May 2013

Betul ke SPR Bersetuju PRU diadakan semula?

Putrajaya 27 Mei 2013. Pihak SPR bersetuju untuk mengadakan PRU semula sebagai memenuhi tuntutan pihak pembangkang. Pihak pembangkang mendakwa bahawa PRU13 penuh dengan penipuan termasuk lampu padam dan dakwat tidak kekal. Pada PRU yang diadakan semula ini, pihak SPR berkemungkinan akan meningkatkan kualiti dakwat yang digunakan.

Berkemungkinan SPR akan menggunakan inai Mekah yang biasa dibeli oleh Jemaah Haji semasa menunaikan Fardhu Haji kerana ianya terbukti dapat bertahan berbulan-bulan.

Bagi tujuan mengadakan pilihanraya semula ini, SPR telah menetapkan tarikh untuk mengadakan pilihanraya semula itu. Tarikh yang telah dikenalpasti ialah pada 15 Jun 2018, iaitu setelah YDA memperkenankan pembubaran parlimen.

Maknanya pihak pembangkang kena tunggu 5 tahun lagi untuk mengadakan PRU semula. Jangan mimpilah PRU 13 bakal diadakan semula dalam masa terdekat ni. Mengadakan PRU bukannya kerja sekecil-kecil anak dan boleh dibuat dengan mudah-mudah.  Ianya melibatkan begitu ramai tenaga kerja dan jumlah perbelanjaan yang besar yang diambil daripada duit rakyat.

Jadi kepada pembangkang, aku nasihatkan supaya menghentikan perbuatan tidak masuk akal mereka untuk mendesak SPR mengadakan pilihanraya semula. Senang untuk menyebutnya, tetapi berat untuk melaksanakannya. Easy said than done. Aku tak tahu siapa yang memberikan ilham kepada mereka yang mendesak PRU 13 di adakan semula. Ini ilham mengarut yang bukannya datang dari Allah S.W.T. tetapi datangnya dari manusia yang munafik dan hipokrit yang hendak menjahanamkan keamanan dan keharmonian negara ini.

1 comment:

Anonymous said...

My spouse and I stumbled over here coming from a different page and
thought I may as well check things out. I like what I see so now i'm following you. Look forward to looking over your web page for a second time.

Also visit my page; personal injury claims