5hb. Mei hari ngundi? . Kata dulu nak buat 27 April 2013. Aku tak tahulah apa asas yang menjadi panduan kepada SPR untuk menentukan 05 Mei sebagai hari mengundi. Bukankah 05hb Mei tu hari bekerja bagi negeri di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Takkan SPR sengaja kot hendak pilih hari bekerja untuk keluar mengundi. Alang-alang pilih hari bekerja, kenapa tak ngundi pada 06 Mei sahaja. Biar semua dapat merasai susah payah keluar mengundi pada hari bekerja.
Aku tulis ni untuk persoalkan tindakan SPR kerana aku percaya dan cukup yakin SPR adalah badan bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti. Pasal itu aku tak berapa berkenan dengan tindakan SPR yang sengaja hendak menyusahkan rakyat untuk keluar mengundi. lagipun tempoh masa untuk ekrajaan sementara cukup lama. Selama itulah tak ada kesudahannya. Satu keputusan pun tak boleh buat. Pasaran saham pun tidak menentu selama dalam kerajaan sementara.
Tak patut betul SPR melambat-lambatkan tarikh PRU13 dan sengaja memilih hari bekerja seolah-olah mereka memilih untuk dikritik dan memilih untuk dikatakan sebagai mengikut telunjuk kerajaan BN. Padahal mereka adalah badan bebas.
Sekarang ni tak ada sape yang boleh mengubah keputusan SPR kecuali Agong. Aku harap ada pihak yang boleh memujuk YDA untuk menasihatkan SPR supaya memikirkan semula tarikh PRU13 ni.
2 comments:
saya setuju. apa reason pilih hari tu pun tak tahulah. memang saja nak kena maki. lain kali jgn promo org dtg mengundi kalau saja nak menyusahkan rakyat.
Nak kata strategi untuk menangkan BN di Kelantan, Kedah dan Terengganu tak logik langsung kerana penyokong BN pun bekerja juga dan setahu aku kalau di Kelantan tu merugikan BN adalah pasal ramai penyokong PAS tak bekerja kerajaan/swasta. Pengundi luar Kelantan sudah tentu balik kampung awal-awal lagi.
Post a Comment