SAHABAT BLOG

10 April 2013

Hasrat PR Menawan Putrajaya Semakin Kelam.

Sebelum Pakatan Rakyat ( Rakyat Mana?) sibuk mencongak-congak sape calon yang bakal diketengahkan, mereka patut baca ini sebagai pembakar semangat. Namun demikian, jangan pulak jadi peluntur semangat sudahlah.

Setiap parti dalam Pakatan Rakyat (Rakyat Mana?) nampaknya sedang sibuk mengumumkan calon masing-masing. Dalam soal mengumunkan calon pun mereka tidak sepakat. Sepatutnya Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri diberi kepercayaan dan penghormatan untuk mengumumkan calon parti-parti yang mewakili Pakatan Rakyat Bangladesh? Barulah dikatakan berpakat dan muafakat.

Ini tidak masing-masing PAS terutamanya langsung tidak memberi peluang kepada Anwar untuk mengumunkan calon parti PAS (mungkin aku tak perasan kot) . DAP nampaknya masih memberi kepercayaan kepada Anwar Untuk mengumunkan calon DAP ( Lim Kit Siang di Gelang Patah). Maknanya DAP memang mengiktiraf Anwar sebagai leader sedangkan PAS sebaliknya.

Hakikat yang boleh aku simpulkan bahawa, Pakatan Rakyat  ini hanya berpakat dan bermuafakat untuk tidak menentang antara satu sama lain sahaja bagi menentang BN. Hakikatnya mereka masih tidak sebulat suara menentukan siapa yang bakal menjadi PM jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. Walaupun Anwar diuar-uarkan untuk menjawat jawatan PM, namun pada masa yang sama PAS nampaknya seperti tidak merestui. Sudah tentu jika PAS yang menguasai lebih banyak kerusi Parlimen berbanding PKR, mereka mahukan Haji Hadi menjadi PM. Pada masa itulah kita akan melihat sesuatu perkara yang tidak diingini oleh Pakatan Rakyat.

Namun demikian, hakikat untuk Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya semakin kelam. Menurut pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Samsul Adabi, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Majlis Professor Negara, sokongan rakyat terhadap BN hari ini sudah meningkat lebih daripada 62 peratus.

“Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Pilihanraya dan Demokrasi Universiti Malaya dan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, peratusan sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat dari masa ke sama dan peratusan terbarunya mencecah 62 peratus.

“Berdasarkan kajian ini, ia memberikan mesej yang cukup jelas dan saya berkeyakinan peluang BN untuk menang dengan tahap selesa amat cerah,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini.
Jelas beliau, ini berikutan kejayaan gagasan 1 Malaysia serta dasar transformasi politik dan kerajaan yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang dilihat sebagai keprihatinan kerajaan terhadap rakyat secara berterusan.

“Sebagai contoh gagasan 1 Malaysia beserta program-program yang memberikan bantuan secara langsung kepada rakyat akar umbi telah banyak membantu menguatkan sokongan rakyat terhadap BN,” ujarnya.
Selain daripada faktor tersebut, isu-isu yang ditimbulkan oleh Pakatan Pembangkang juga dilihat sebagai salah satu sebab mengapa sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat.

“Isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang hanyalah isu-isu sampingan dan bukan isu yang menyentuh induk pemerintahan. Contohnya isu rasuah, ia hanya melibatkan sesetengah individu tertentu dan bukannya pada pemerintahan pusat.

“Apatah lagi apabila pembangkang membuat kenyataan tentang isu Lahad Datu itu satu sandiwara yang ternyata bertentangan dengan pemikiran rasional rakyat. Begitu juga dengan manifesto Pakatan Pembangkang yang dilihat tidak bersifat realistik,” ujarnya.

Justeru itu, beliau meminta rakyat dinegara ini agar memilih kerajaan berdasarkan pemikiran yang rasional serta melihat kepada rekod kerajaan yang sudah terbukti  mampu untuk mentadbir negara.
“Bagi saya, jangan kita gadaikan masa depan dengan memilih sesuatu yang masih belum pasti serta tidak pernah mempunyai rekod dan pengalaman dalam pentadbiran sesebuah negara. Pilihlah kerajaan yang stabil demi masa depan diri sendiri, keluarga dan anak cucu pada masa yang akan datang,” jelasnya. -MediaUMNO

No comments: