SAHABAT BLOG

29 April 2013

La..Parlimen Putrajaya bukannya Putrajaya.. Semua Kena tIpu Hidup-Hidup oleh PR

Cita-cita asal memang nak tawan Putrajaya. Habis dicanang seluruh negara bahawa Pakata Rakyat bakal menawan Putrajaya selepas PRU13 ni. Para penyokong pun cukup suka dan gembira kerana dalam kepala mereka bahawa selepas PRU 13, Pakatan Rakyat bakal memerintah negara. DS Najib bakal menjadi ketua pembakang. Maka bersungguhlah mereka buat kerja kempen merata tempat tak kira siang mahupun malam. Para artis dan juga kakitangan kerajaan yang dah pencen pun mulalah memberikan sokongan dengan harapan bila Pakatan Rakyat menjadi pemerintah, bintang mereka bakal kembali menyinar. 

Apabila dinilai kepada cita-cita Pakatan Rakyat, itu, ianya nampak seperti mustahil. Mana mungkin Pakatan Rakyat boleh menawan Putrajaya kerana BN adalah sebuah parti yang cukup gagah dan mempunyai jentera yang cukup hebat. Mana mungkin DS Najib ditolak oleh rakyat setelah beliau berusaha dengan gigih membantu rakyat. 

Akhirnya semuanya telah tertipu dengan cita-cita menawan Putrajaya. Bukan sahaja penyokong PR sahaja yang tertipu malahan pemimpin BN pun tertipu. Agenda sebenarnya Pakatan Rakyat memang hendak menawan Putrajaya, tetapi bukan hendak menawan Pusat pemerintahan Putrajaya sebagai Perdana Menteri. Putrajaya yang dimaksudkan ialah Parlimen Putrajaya sahaja. Memang pada asalnya mereka membuat propaganda untuk menawan Putrajaya, tetapi apabila melihat kepada sokongan yang diterima oleh BN semakin hari semakin meningkat, maka mereka telah mengubah taktik iaitu dengan memnbuat strategi baru iaitu menawan Parlimen Putrajaya. 

Walaupun taktik dan strategi sudah diubah, tetapi propaganda menawan Putrajaya itu masih dicanang kemerata tempat. Perkataan Parlimen tidak disebut, ianya disembunyikan kerana itu memang strategi mereka.

Aku malas nak studi, tetapi kawan aku cakap pertambahan pengundi di Parlimen Putrajaya cukup ketara sekali. Sehingga akhir tahun 2012, jumlah pengundi di Parlimen Putrajaya melebihi 10,000 orang iaitu peningkatan sekali ganda berbanding jumlah pengundi tahun 2008. Aku tak tahu bagaimana gerak kerja dan usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat sehingga jumlah pengundi Putrajaya naik begitu mendadak dalam tempoh 5 tahun. Mungkin juga pertambahan penduduk yang layak mengundi ataupun ada aliran masuk pengundi luar ke dalam Parlimen Putrajaya. Aku agaklah dan bukan menuduh, peningkatan jumlah pengundi ini adalah salah satu strategi puak Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. 

Aku cukup yakin bahawa Pakatan Rakyat berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menawan Parlimen Putrajaya bagi tujuan mencalar imej BN dan bagi memenuhi janji mereka kepada para Penyokong mereka. Disebabkan keyakinan yang tinggi ini, maka PAS sanggup mempertaruhkan Husam Musa di Parlimen Putrajaya. 


No comments: